Tuesday, November 11, 2014

A Day At Zoo

Assalamualaikum..

Last 2 weeks on Saturday kitorang pergi Zoo Negara. Now memang the right time sebab Shein pon dah pandai appreciate animals kan? Seronok pergi sebab ramai-ramai. Kaklong sekeluarga, Mak, De sekeluarg and I sekeluarga. Atin and Auliyya Innara cucu I pon ada sekali. Yang tadek cuma Abang Long sebab dia kerja, Along sebab tak balik KL and Kakyang sebab dia ada exam. (Pagan muke Kakyang kena kinggal)

Kitorang janji nak masuk pukul 11.00am tapi sekian wassalam sebab biasala weekend ni dia memang agak susah nak bangun. Kata weekend? Lagipon sehari sebelum tu memang seharian I dekat luar sebab ziarah Arwah Kak Maslina sampai kebumi and pergi Bangi pulak lepas tu. Masa sampai memula Guard tak bagi park dalam, kata dia penuh. So kena parking kat tepi-tepi jalan all the way dari zoo nak naik ke Kemensah tu. Penuh kereta kiri-kanan jalan. Bapak la jauh tu kalau nak menapak. Confirm basah ketiak. Padahal dari luar nampak banyak je parking kat dalam.

Lepas patah balik kebawah, sekali Guard kasik masuk pulak. Tapi padan la muka kena sound sebab tadi memula kenapa tak bagi kitorang masuk dalam parking. Dari parking jauh sampai 1 kilometer plus baik jalan kaki dari Ampang ke Zoo baru puas hati. I suggest sesiapa yang nak datang, datang awal pagi time zoo baru bukak sebab takot masalah parking susah pulak.

Now harga tiket kalau nak masuk Zoo negara (For warganegara) Umur 3-12 tahun ialah RM10. Umur 3 tahun keatas RM30. Wargaemas umur 65 tahun keatas RM15.00 dan semua harga ni tak termasuk nak tengok Panda debab tu. If nak tengok panda charge lain. I suggest kalau korang nak beli tiket, ambik yang combo je so dia jadik murah lagi. Check out ticket rates here.


Ticket price at Zoo Negara

Dalam setengah jam jalan tengah tengok Harimau (Gimao) kata Amsyar, hujan turun dengan gembira. Naseb baik la bawak Moodde instead of stroller payung Shein, kalau tak, tak boleh imagine macam mana nak mendukung si Shein yang 13KG tu. Kitorang landing dekat pondok yang muat 5 orang tapi bersempit-sempit dengan budak sekolah sampai 20 orang. Imagine kadar kemampatan kitorang macam mana. Lebih kurang sejam jugak la hujan turun. Lepas tu bila dah reda baru la kitorang meneruskan perjalanan.

De sekeluarga dengan Atin and Auliyya duduk kat tempat berteduh yang besar. Sazli angkut kitorang sorang-sorang dari pondok ke tempat De. Kat situ baru la selesa. Siap boleh makan nasik lemak eK yang dorang tapau dari rumah. Take note, makanan dekat sini SEMUA mahal nak mampos. Popcorn je sebekas RM8.00, makanan lain harga dia stendet makan kat KLCC ok? RM25 dapat air+sweet corn+nugget je. Nugget 5 ketol. Memang tak kelakar. Nyampah!

Lepas hujan turun, cuaca jadik la sejuk sikit compare dari awal tadi. Bagus jugak hujan sekejap macam ni. Oh. Pesanan I, jangan lupa bawak payung jugak. Standby kot-kot la hujan. Stroller pon bawak la yang selesa and boleh recline sebab kalau baby tertido tadek masalah nak kena duduk dekat pit stop mana-mana. I suggest kalau korang first time datang Zoo Negara jangan lupa check dulu website dorang disini untuk check waktu show atau nak tengok any other information macam map, event or facilities yang ada dekat sini. Kot-kot la time tu ada family day or apapa acara lain, jadik tak syok la kalau nak pergi sebab susah nak parking.

Paling best among all ialah I suka time show sea lion tepuk tangan and timbang-timbang bola tu. Best giler. Tak silap I sehari ada 2 kali. Pukul 11.00am and 3.00pm, yang ni korang jangan terlepas langsung ok? Dah la time ni Shein ngamok sebab eskrem dia makan dah habes. Pastu nak tolak stroller Innara kuhulu-kehilir pergggh mengundang sangat-sangat. Heart attack I. Baju berlemuih dengan eskrem choc. 

Naseb baik bawak baju spare. Korang kalau nak datang zoo, pakai fabric cotton je la eh sebab  P A N A S. Berlengas giler. Mosquito patch jangan lupa bawak jugak. Lekat siap-siap kat baju dorang. Kasut takpayah wedges heals bagai. Zoo Negara je pon. Sah-sah banyak kena jalan. Ni ada yang datang siap pakai heals, wedges 5 inch, baju rambu-ramba, siap ada yang pakai macam nak pergi candle light dinner. Tau la datang ngan boipren tapi konsep Zoo Negara ni semua orang kena la paham macam mana kan?

Lepas habes show sea lion cuaca dah terik balik. Rupanya ada hikmah la tadi hujan. Imagine eh kalau tak hujan and panas je, memang I boleh kene megren sebab too hot. Overall, I really enjoy trip kali ni sebab dapat spend time dengan family and tengok Shein happy sangat. Dia paling suka kura-kura gergasi tu. Naseb baik this time datang dia behave. Last time masa I datang, dorang tengah romen. Sabar je la.

-eNd-

Jom tengok gambar. tunggang terbalik dah tak ikut susunan. Credit to Atin untuk semuaaaa gambar ni. Banyak pulak share. Exsaited kemain.


Time ni hujan rintik-rintik. I beli je topi. Senang. Tak payah nak pegang payung.



Ni dekat area Seladang. Tapi mana Seladangnyer?


Kaklong and Kaseh dekat Bee Museum. Tak masuk pon.





Auliyya kerjanya tido jer. 


Peacock


Happynya Auliyya


Payung De tu corak leopard. Sesuai la dengan konsep dalam zoo ni



Kata Kaklong, cuba Mak masuk dalam kolam buaya ni. Tengok dia makan Mak ke tak? Pastu kata Mak, ko je la masuk. Mak malas. Haha.


Besar nak mampos Badak, kata Amsyar anak De, 'Kebau Becar'.
Shein kata, 'papapappa' 'uuuuuuuuuuuuuuuuuu'


Tak ingat binatang apa kat sini


Amsyar pergi zoo takpayah stroller. Jalan je. Shein? Duduk dalam stroller lagi bagus sebab kalau lepas, kandang rimau pon dia panjat.


Atok, Sasha and Kaseh


I peratikan ajer yang tengah tu posing.


Atin, kenapa gambar Makcik tak banyak? Kiter clash!


Sea Lion show time!


Ishhhh. Kata Shein.Padahal Fish sebenarnya. Amboi yang belakang tu kemain makan eskrem.


Dekat tempat ular. Kata Amsyar, 'Wulo'.


Cekak rmbut vintage ada getah jangan dilupakan sesekali


Kekura giant



Memangku Shein yang pau air Atok dia


Flamingo!


Cekak rambut vintage the return




Sasha dekat tempat peacock




Confirm eh I bukan anak angkat? Asyik MIA je dalam gambar. Dorang bertiga je. Nyampah. Batu belaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


Melepak putihnya si Auliyya cucu Kaklong ni


Tak mauuuuuu


Saje menyakat si Shein. I saje letak Auliyya atas riba dia. Ditepisnya. 'Baik' sangat uncle Shein ni. 

-eNd-

Notakaki : Pagan Muke = Padan Muka. Kinggal = Tinggal
Ni bahasa Sasha masa kecik. Dia akan tukar semua jadik 'K' dekat depan


1 comment:

Mimy Hamid said...

aku ada kisah zoo negara....teringat aku masa nk gi sini un planned...aku pakai baju sempoi je nok...basahan je..ingat gi kedai depan rumah sekali hulu klang da....pitam..sib baik sempoi ekekek tak mekap ...petang kul 2 org tak ramai dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...