Monday, November 10, 2014

Charcoal Burger

Assalamualaikum...

Ni pertama kali dalam hidup I makan charcoal burger. Memula ngeri je nak makan sebab hitam legam sebab kan selalu imagine menda yang hitam-hitam tu ngeri, tapi bila makan, perghhhh sedap nak mampos. Bun dia lembut giler and burger patty dia juicy and tender. 

Dia operate dalam truck je. Ada dekat depan Espresso Lab, Melawati every Khamis, Jumaat and Sabtu malam je. Jenama burger ni I tak sure tapi I namakan dia sebagai burger power je la eh? Sebab dia seorang burger yang power. Haha. Sesuka-suki I je kan nak bg nama. 


Ice blended dekat Espresso Lab bapak la mahal. Kalah Starbucks. Sudahnya Shein buat main je. Bak balik duit Shein!


Yang ni classic cheese burger. Next time nak makan dua la kasi balance. Ok. Tak kelakar.


Bun dia extremely soft!

Most important thing is dia punya tukang buat burger muka macam Tam Spider yang version muda OMG hensem giler. Sambil makan tengok abang burger so jadik harmoni je suasana. Kah kah kah. Gatal.

Ishk. Lambat pulak Khamis. Tak sabar nak makan charcoal burger power ni lagi. Haha.

-eNd-

No comments: