Thursday, November 20, 2014

Intan dan Garfield atau Nama Glemer Beliau. GarfieldahAmanda.

Assalamualaikum..
Buat apa tu?

Ira kan? Dia memang berbulu je dengan Intan kalau I dengan Dyba chat pasal Shein and Sophie, nanti Intan mesti menyampuk nak jugak dia cerita pasal Garfield. Garfield tu kucing dia. Kucing betina. Nama dia Garfield. Kalau nama glemer GarfieldahAmanda. Nama nak Amanda jer. Melampau betul! Btw, Garfield ni anak Scott yang dia sumbang mahram dengan Mak dia tu kan Intan? Scott ni dengan Mak dia pon dia stim. Sabar jer la.

Kalau I cakap pasal nak beli baju Shein or ada sales kat mana-mana tup-tup dia hantar dah gambar Garfield pakai baju jugak. Haritu Dyba cakap nak belikan Sophie stroller yang bebudak pempuan suka tolak tu kan? Tetiba Intan dah hantar gambar Garfield naik stroller.  Kitorang cakap pasal baby chair, lepas tu ada la gambar Garfield duduk dalam baby chair. Yang Garfield ni pon  satu. Bukan nak melawan. Redha je kalau kena apapa dengan Intan. Jenis muka tadek perasaan. Hahahaha.

Ira kalau Intan depan dia, memang kena tunjal dah. Padan la muka. Haritu kitorang bincang nak pergi Korea sama-sama. Pastu kata Ira, Kiter bagitau dekat Mok-Mok (Intan) couple je yang boleh pergi. Yang tadek pasangan tak boleh join. Hahahha. Kalau kitorang cakap macam tu depan Intan, nanti dia merajuk la. Diam je dalam kereta sebab dah tadek mood. Crisis dalaman wanita umur 30 tahun yang tak kawen. Macam tu la. Hahaha. 


Sian Garfield. Siap duduk dalam baby chair lagi. Sebab nak suapkan dia makan.


Tengok la ni. Hahahaha. Bongok la Intan! 


 Garfield ni buat la macam mana pon, dia memang redha je. Kata Intan kekadang dia rasa nak pijak je perut sebab Garfield ni pemalas. Dorang ada kucing lain jugak. Kucing kakak Intan. Nama dia Ghazali. 


Comelnya awak Garfield. Tapi dapat Tuan sewel. Nasib badan la.


Intan buat perangai. Sebok nak jugak cerita pasal Garfiled demam. Ira dah meluat. Haha.



 intanloveu Biar hitam sejarah hidupku... Namun aku tetap tabahkan hati.. #GarfieldahAmanda 

Melampau la caption macam ni. Haha. Memang la sejarah hitam. Kata anak hasil sumbang mahram Mak dia dengan Abang kandung dia, kan?

-eNd-

7 comments:

cik allord said...

ahahha..intan comel sgt

Lavender violet said...

eiii cute nye garfield!!!! shine bright like a diamond mata die..

Irfa said...

hahaha, gelak besar baca
anak sumbang mahram upenya
bistu dia pggil daddy tu daddy @ abang?
jgn nnt dia pun stim ngan abang aka daddy dia, huhu

mamabeauty said...

alah.. comel sangat2 tu..
if anak2 i dapat sure kena gomol

Mimy Hamid said...

heheheh cute the overload...cakap intan...ada anak nak 1...hahaha

Anna Dayana said...

Garfield sekarang da pandai bawa diri.. makan pun tak memilih.. kerepek pedas pun dia telan.. senang nak jaga dia sekarang ni..

Mimi: masa dapat dia, Intan da sunatkan dia.. so dia tk boleh mengandung.. hikhikhik..

Babai..
Mother Garfieldah Amanda

Chooyaya! said...

cik allord : biasa2 jer. haha

Lavender Violet : kan??? gebu plak tu!

irfa : ha a. anak tak sah taraf. hahaha

mamabeauty : shein pon suka gomol kucing. ni kalau dapat kt dia mmg jahanam

Mimy hamid : adaaaaaa. dia kata kalau nak boleh jer

Anna Dayana : kaksu kalau jmpa dia lagi, kaksu pijak jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...