Wednesday, November 19, 2014

Intan dan Wristlet

Assalamualaikum.

Setelah sebulan order wristlet dari Lesoverign akhirnya harini sampai…! Yang paling excited sapa lagi kalau bukan Birthday Girl basi. Intan ler! Tak habes-habes nak kena happy birthday dekat dia. Takper la. Kasik chance, sebab dia kan pwincess. **Mata keatas, tangan kebahu.

Wristlet ni pon dia sendiri nak. Lepas tu sebab tak cukup budget, dia kena tambah RM30.00, sanggup jer dia. Hahahah. Baca balik kisah Birthday Intan dekat sini by me, and sini yang by Intan. Dah setahun kot I dengar dia nak wristlet baru harini dapat. Masuk keluar Coach dengan Tory Burch ada la 23juta kali. Belinya tak jugak.Hahaha.

Intan tu bukan tadek duit pon tapi jenis penjimat. Kata la dapat bonus RM5k kan? Lusanya terus masuk ASB RM4,500.00 and belanja RM500 je. I lain. Dapat RM5,000.00 belanja sampai habes minggu tu jugak. Lepas tu satu menda pon tak beli. Padahal kalau duit kumpul-kumpul banyak dah kot dapat handbag. Ishk. Malas nak fikir. Bengang. Oklah bye. **Tetiba

Dah la. Jom tengok gambar yang kitorang amek ni. Melayan Si Intan la. Tetiba dapat parcel pon nak kena amek gambar salam-salam. Dia ingat dia YB ke?

-eNd-



Dyba, Birthday Girl and Siti Nurhaliza wearing shawl by TheKasihsShawl. Intan harini pakai jubah pergi kerja. Kata Intan kalau pakai jubah senang hati  kalau makan. Takyah tahan nafas. So kalau pakai jubah next time kiter akan cakap, 'Esok baju konsep apa? Jawapan : Konsep Buffet'. Sebab kalau nak makan buffet, kena pakai jubah. Paham ke tak ni? Ok. Tak payah jawab.
Mencangkong dekat Receptionist nak bukak parcel. Intan Dayana kelihatan begitu gembira. Padahal tadi baru je bengang dengan Suraya sebab Abang Insurance yang bukak booth dekat bawah tak kirim salam dekat dia, tapi kirim salam dekat Suraya sorang je. Hahah.




Jeng jeng jeng!


Intan Dayana dan wristlet beliau. Kaler hitam dah tadek. So kena beli kaler orange. Sesuai dengan warna Felda dan warna Viva oren dia. Sepasang tuuuuuuu wristlet dengan kereta. Haha. 




Kata Ira, dah tu gambar Ira tak payah amek ke macam mana ni? Dyba pon amek alih tugas sebagai jurugambar lepas tu snap secara random 20 keping gambar and yang ok cuma 2 keping je. Dah la sekeping tu je yang ok, ada pulak orang kacau dekat belakang. Haha.



Dalam ini cerita, I agak yang YB tu ialah Sarah kalau berdasarkan memek muka. Haha. Intan pulak jadik anak yatim. Kiranya macam Sarah ni YB kaya la yang kasik wristlet dekat Intan sebab Intan keluar dalam Metro cakap teringin nak pakai wrsitlet Tory Burch masa harijadi ke 30 tahun. Haaaaa.


Last but not least. Gambar bonus. Sebelum snap gambar ni I cakap pada Dyba, 'Yang paling sexy'. So Dyba pon pose. Ni la yang paling sexy dia boleh buat. I tergodaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat!

3 comments:

FadlinaMokhtar said...

Gila la korang.best ada kawan cenggini .

FAD

Anna Dayana said...

thanks my buddies

Chooyaya! said...

FadlinaMokhtar : kekadang ada jugak gaduh. hahaha

Anna Dayana : no problme. tahun depan fees naik kena la bayar rm100.00 lambatnya bulan 10!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...