Thursday, November 27, 2014

Laksa Asam Ampang Park Thooorbaik!

Assalamualaikum…

Ada satu kedai Chinese/Hainanese Kopitiam dekat Ampang Park ni, dia ada jual laksa tau? Sedap nak mampos! Tapi dia berbeza dengan Laksa Penang yang kiter biasa makan. Laksa dia kenyal and color clear. Kuah dia macam rasa laksa asam tapi ikan dia ketul-ketul. Pastu dalam dia ada nenas, lada besar, timun and bawang yang dihiris panjang-panjang macam laksa Johor tu.  Pastu ada mint leaf. And makan dengan otak udang/petis. Kata Ayuni, Laksa Asam nama dia. I pon tak sure but rasa dia memang berbeza dengan Laksa Penang. Paham tak I explen ni?

Tak paham sudah. Nama ko Bedah. Tetek ko. Errr…

Kedai dia kecik nak mampos. Kalau nak makan memang kena tunggu turn sambil urut dada. Yang menunggu berasap, yang tukang makan pon berasap sebab kiter tengah makan, blakang dah ada orang tunggu ko siap makan. Haha. Bila dah dapat tempat duduk, ketiak tak boleh kepak luas-luas eh? Sebab sempit.

Lokasi? Ok. Lokasi dia dekat corner dalam Ampang Park yang tengah dia lapang biasa orang buat exhibition tu. Depan kedai elektrik and dekat dengan Guardian. Nama Kedai? Entah. Tak pernah tau. Sejak kenal laksa ni 10 tahun lepas bila Kaklong kenalkan, I tak pernah tau apa nama kedai ni. Yang I tau, laksa dia memang thorrrbaek! Tapi kat atas kedai tu tulis Ampang Park je. Jadiknya nama kedai ni Laksa Ampang Park ke acane?

Kalau korang lalu kat tengah-tengah tu memang hazab la aroma dia. Kecur ailio. Lagi-lagi bulan puasa nanti ada ramai la amoi, ahso yang makan. Sedap je nampak. I rasa macam nak terbalikkan jer meja or buat-buat hysteria. Haha. Dulu masa mengandung I mana boleh lalu kedai ni, bau dia kuat sangat. Confirm I muntah. Sebab I masa mengandung segala mala jenis bau tak kisah la jenis apa asalkan nama dia ‘bau’ semua I tak boleh nak hidu. Teruk benau maboknya.



Laksa Asam Ampang Park
Terpaling sedap. Tu nampak isi ikan ketul-ketul. Kuah hirup sampai licin, and lawan dengan mint leaf. Perrrrghhhhhh!


Ahso


Chee Cheong Fun ni pon sedap giler! Dalam dia ada sengkuang, carrot and timun. Kuah sedap. Lawan dengan bawang goreng and daun bawang. Ko dah kenapa yang sedap sangat??

Selain dari laksa asam ni, dorang ada jual jugak nasik lemak, mee curry and chee cheong fun. Roti kaya pon ada. Yang paling best, ice lemon tea dia letak lemon slice 3 4 keping eh? Pure punya lemon. Langsung tak kedekut. I dah makan mee curry kat sini memang sedappppp. Pendek kata, sini ialah kopitiam sempit yang kerusi takde tempat sandar, kena tunggu lama, lepas tu nak makan kena layan diri tapi worth it sebab SEMUA makanan dia ialah to die for. SEDAP. SEMUA SEDAP. PAHAM TAK?

Yang penting halal. So kalau korang singgah Ampang park, jangan lupa makan Laksa Asam dekat sini ok? Now semua orang kena sayang I sebab selalu je share makanan sedap-sedap dalam blog. Ok? Sapa yang pernah makan Laksa Asam Ampang Park ni sekarang mesti telan ailo pastu maki-maki I. Macam tak tau. Kan?

-eNd-

10 comments:

Rodiah Amir said...

weh.. hai2 lambai tangan dr jauh konon nampak hahahha.. excited terus comment sebab aku peminat laksa kat situ weh.. kecur air liur masa baca.
pastu dedulu xde tempat duduk gigih tapau bawak naik train makan kat rumah. pastu berbau satu train semua pandang aku. wkakakkaka.. asalkan dapat makan laksa org lain dah tak peduli hahahhaha. tapi feel dia lain sket lain.. makan kat sana lagi nikmat. ok itu je kbai

Chooyaya! said...

Rodiah Amir : Kannnn????? Memang lain feel dia. tak sama sedap macam makan kt kedai. tapi bau diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Pergh!

BeLLa de ViE said...

Kak su saye puasa ni sekarang air liur dah meleleh... issshhhhh!!!

Nana Hussin said...

terpanggil gak nk komen sbb kerja megan avenue so selalu le lepak mkn ampang park.. asam laksa n mee kari dia mmg torrbaikk.. n xtau gak nama kedai walau selalu pegi.. wakakaka.. xsempat tgk nama kedai sbb duk berebut meja.. lol

Chooyaya! said...

BeLLa de ViE : Sempat ke nak tapau laksa asam ni buat berbuka? hehe

Nana Hussin ; kan??? rasanya kat atas tu dia tulis Ampang park jer. macam la kiter taktau ada kat mana time tu. haha

aisha said...

Su, sorry nak bgtau.. kedai Asam Laksa ni owner dia Chinesse.. kedai ni tak consider halal sbb jatuh was-was.. Owner ni menu dia semua masak kat rumah.. hanya side dish dia je staf dia prepare kat kedai..
this info i dapat dr my cousin who works in Ampang Park Management. If sue tanya kenapa takde orang komplen, my cousin dah report tapi takde orang datang..

takde proof nak kata dia tak halal sbb dia bukan masak kat kedai which masak at her house. Sekali dua kali masak mana tiap pagi and tgh hari the owner will drop in front and her staff akan collect periuk segala bagai..

tp terpulang la.. if confident boleh...

Chooyaya! said...

Aisha : Thank you Aisha for the info. Bila dapat pengesahan dari Jakim and ada Logo Halal dekat premis Su tolak tepi rasa was2. Kalau sapa yang rasa tak yakin, tu yang jadik tak halal. better tak payah makan.

mamabeauty said...

love asam laksa mcm ni tapi jauh sangat haishhh

Diana Din said...

Wah Memang terbaek!! Macam Penang punyer ^_^*

Ms.Su said...

saya pon selalu makan laksa ituuu...memang sodapp dapp dapp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...