Wednesday, November 12, 2014

Shein Dan Masalah Kemanjaan Beliau


Assalamualaikum.

Kekadang kan? Ada jugak I rasa I’m a bad mother sebab ada masa, I macam masih tak cukup sabar melayan perangai Mohamad Shein Iskandar bin Mohamad Sazli ni (Kalau dah sebut nama penuh tu maknanya apa? Haha)

Dia ni manja sangat-sangat. Semua kena ikut cakap dia. I selalu nak jadik ketua kalau I dengan Shein, maknanya he’s in control. Not me. Tapi usually itu takkan berjaya especially bila dekat luar sebab I nak kurangkan drama meroyan Shein as much as I can. Apa dia nak as long as tak membahayakan dia, I bagi jer. Pasal baju kotor ker, dia main cedok-cedok makanan dalam ice blended RM16.00 ker apa, I redha je. M A L A S nak dengar dia nanges, baling-baling garpu.


Malam waktu makan burger power.  Shein nanges kuat giler sebab taknak pakai baju sebab dia rasa rimas dengaan dia punya long sleeve. So I tukarkan sekejap baju ni sebelum pakaikan balik long sleeve masa dalam kereta time nak balik. Tu air yang dia celup tu is Ellis punya ice lemon tea yang dia tak minum lagi. Shein celup dengan tangan lepas tu happy. Harga air tu RM11.00. Lepas dah habes air tu dia nak pulak I punya caramel macchiato. Total membazir air is RM27.00 just to makesure Shein diam. Best sangat-sangat. Air tu dia bukan minum. Tapi tuang sana, tuang sini. Campur sana, campur sini buat experiment.

Tapi kadang-kadang bila kesabaran dah dekat paras  hidung I tarzankan dia jugak. Marah dia macamkan dia paham? ‘Shein? Kenapa buat macam ni? Nak apa lagi???’ Kekadang I pegang lengan dia kuat-kuat. Geram. Tau tak Shein ni jenis tak makan pujuk? So ada masa I biarkan aje dia nanges guling-guling baling sudu garpu semua. I totally ignore him cuma bila dekat luar especially restaurant I kena la pujuk terus sebab taknak ganggu ketenteraman orang lain tengah makan.

Haritu masa dekat Toran Café (Yang I will review the foods later), dia buat perangai nak main pisau yang guna untuk makan steak. I bagi sudu, dia baling. Bagi garpu, dia baling. Bagi air dia tolak and tolak semua menda atas meja. I angkat dia and dukong dia meronta-ronta nanges kaw-kaw punya. I bawak pergi keluar. Sampai kat luar lepas I nyanyi-nyanyi lompat macam onggile dia ok. I letak dia kat bawah sebab tak larat dukong, dia taknak. Cuba la 237juta kali then baru dia OK bila letak kat bawah. Buat pulak perangai lain, nak lari dekat tengah jalan. Ok takpe. Mama boleh lari sama and kawal dia to make sure tak kena langgar dengan kereta.

Tak mau. Tak mau dipegang. Meronta-ronta.I bawak dia jauh dari jalan and dia continue nanges. I biar je dia. I tengok. Dia nanges nanges nanges and finally dia baring guling atas lantai thennnnnnnnnnnnnnnnnn kuasa Mak Tiri pon terkeluar. Biasa I ignore but that time I bebel. I cakap, ‘Puas hati? Bagus kan perangai macam ni. Bagus Shein’. And dia guling guling guling atas jalan macam dalam drama Hindustan. Tak lama lepas tu Sazli keluar and datang kat I lepas tu tanya, ‘Laaa tak habes-habes lagi?’

I pon jawab, ‘U handle anak U ni. Jom balik. Hilang mood I nak makan.’ U see Shein? Sebab Shein punya perangai macam ni la yang Mama malas nak bawak Shein keluar. Thank you!’ Gitu I marah budak umur 23 bulan. Otak memang dah mendidih dah tu. Dia cranky macam ni straight 3 jam for God sake! Perghhh Shein memang juara la hari Ahad haritu. Memang paling juara dalam dunia.

I duduk dalam café, sambung makan apa yang tinggal. Dalam 10 minutes Shein datang semula. With mood yang sedikit baik, bertahan la 10 minutes lepas tu bila fries dia habes dia mengamok balik T____T WHYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY?????? Sazli kata, jom la balik. I nak singgah masjid nak Maghrib. Bagi hati sejuk sikit.

Masuk je kereta I bebel kaw-kaw kat Shein. Nak tau apa dia buat? Suck his thumb. Hug his blanket, look at me macam cakap dalam hati ‘Why Mama nak bising-bising ni?’ and lepas tu sebut ‘tu tu tu’ sambil tunjuk lampu tanpa menghiraukan I yang tengah membara ni. Datang meleset dekat I, lepas tu I tepis dia. I cakap, ‘Sapa nak kawan ko?’ Dia pandang I lama. Lepas tu ketawa. Ko tengok budak ni?????? Hahahaha.

Ya Allah.  Sabar je la. Shein mudah sangat bosan. Especially dekat café yang dekat shop lot. Kalau café dalam mall not too bad sebab dia still boleh lari-lari  sekeliling. Last time I ada update pasal restaurant yang kids friendly dekat sini. Kalau konsep restaurant macam tu not bad la for Shein. Sebab dia boleh main-main. I wonder, bila la nak ada that kind of restaurant dekat KL (At GE Mall to be specific hahaha) so that I akan dapat ketenangan jiwa each time bawak dia makan dekat luar.

If korang tau mana-mana restaurant yang Kids Friendly area KL ni bagitau la I eh? Teringin nak pergi Kidz and Cream yang Aaron Aziz punya tu tapi jauh sangat dekat Setia Alam sana. Acane nak pergi?

Anyway, GF ada ajar I sepotong ayat ni yang I perlu selalu amalkan baca diubun-ubun Shein supaya dia mendengar kata, lembut hati and tak nakal. Maybe I selalu ambik ringan and baca kalau sempat je. This time, kena bebetul ingat and baca dekat ubun-ubun Shein. I paham anak lelaki ni lasak berbanding perempuan so sepatutnya I kena get prepared dari segi mentally supaya I tak masuk Tanjung Rambutan anytime soon.


Kena selalu amalkan doa pelembut hati ni pada anak-anak yang nakal. Nakal takpe. Itu nature budak-budak. Especially boys. Biar nakal dari sakit and pasif. Allah uji, kiter emak-emak terima sebagai cabaran. Dapat pahala tau membesarkan anak dengan kasih sayang..

Untuk Shein, walaupon kadang-kadang Mama tarzan. Menjerit sama naik dengan Shein but doesn’t mean Mama don’t love you. Allah knows how much I love you. Mama still learn to be the best mother ever just for you. Tapi sebab Mama jugak manusia biasa yang kadang-kadang tak mampu nak mengawal emosi so Shein kena terima Mama seadanya sebab Mama pon terima Shein seadanya. Lagipon kan? We cannot choose our Mom. Allah dah bagi macam tu so kiter kena redha. Plus U doesn’t have any other option. U kena sayang I jugak Shein. Tak kira.

-eNd-





Tapi bila tengok video dia ketawa macam ni, macam hilang semua sakit dada menahan marah bila Shein buat perangai :)

5 comments:

miszz lidgez said...

kak su..ank ija pon cmni gak.umur lebih kurang shein.klu da stat guling2 tuh rase cam nk suh masuk dlm prt blk.kdg2 jeles tgk anak org len behave senyap je

Unknown said...

bertabahlah k.su sesungguhnya anak itu ujian dan dugaan utk kita..... hahaha.. Shein tu nangis or ketawa sbnry. ... hahaha sampai x nmpk mata... hahaha shein oh shein....

Unknown said...

kak su i feel u sgt sgt,coz anak kite pun lebh krg shein,juara segala juara bila dkat mall,sgt uji kesabarn..tp insyallah satu ari nnt smua ni akan hilang bila dia meningkat besar kan..ok itu harapan..ehehehhe..shein comel,kis kiss

Mimy Hamid said...

su ni nama nya fasa tantrum...fayel mcm ni gak...manja terleboh...aku smpi satu tahap cakap..mama tak nak kawan..pastu dtg kt aku blk..ckp ..mama i lebiu...adeh cair aku..pastu dia buat balik...kena cakap elok2 su...dia mmg tak paham...slowly kerap ckp benda sama...dia absorb

ecah khalili said...

wahhh..lama giler ecah tak singgah sini..
ecah penah baca,kalau time mandikan anak tu, baca ya latif ulang2 banyak kali terutama bila nak siram air kat kepala dia..insyaAllah anak dengar cakap kite..
errr..tu die ketawa ke..suke sangat die..smpai mcm menangis..hihi