Wednesday, November 12, 2014

Semua Orang Kena Datang ToranCoffee!

Assalamualaikum…

Alhamdulillah ToranCoffee Restaurant is officially open since last week.

Amboi mukaddimah dia macamkan I ada share dengan Café ni. Hahaha. TorranCoffee ni tauke dia ialah Gofur and partner dia. Gofur ni budak Wakdan. Bapaknye si Ucop. Kalau korang follow blog ni mesti familiar dengan nama Ucop. Kan? Ke tak sebenarnya? Ok takpayah jawab.

ToranCoffee ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam. So I bagi cadangan, sapa-sapa yang duduk dekat area Shah Alam, sekarang jugak korang kena datang sebab I nak korang sendiri rasa macam mana kesedapan semua makanan dekat sini..

Kata la kalau korang punya bf/gf jenis makan nasik sebab tekak melayu kan? Mesti nak makan nasik baru puas hati, and korang pulak eksyen nak makan western jer so tak payah susah-susah gaduh makan ikut turn ke apa. Sini both Asean and Western ada. Memang tempat chill yang cool giler. Kata la kalau dah kenyang kan? Taknak makan heavy, tadek hal. Sini ada variety of cakes and snack. Pendek kata macam one stop restaurant. Lepas tu kalau taknak jugak makan tapi nak lepak isap sisha and minum coffee well baby, this is the place jugak *tiup kuku. Memang takde alasan untuk tak pergi. Kalau beralasan jugak baik tak payah je kawan dengan I ni!!! (tetiba emos hahaha).

Jom check out apa yang ada dekat sini. I nasihatkan jangan la korang sampai menitis ailio dekat keyboard. Malu kat oghang sebelah. Haha. Don’t worry sebab harga makanan dekat sini affordable. Portion pon besar. Dari segi rasa jangan risau, sebab memang sedap. Kalau I dah kata sedap tu maknanya sedap la. OK?



Yang ni nama dia Toran Burger. 3 tingkat puas hati kau Jah. Ni kalau nak makan malam, konsep dia kena kebuluran sepanjang hari baru boleh order. Sebab tak pernah lagi sorang boleh makan ni sampai habes. Mesti mau kongsi 2 orang at least. Harga RM25.90



Yang ni Grill Beef. Dia come with salad, fries and black pepper sauce. Portion memang besar. Kenyang sangat-sanngat kalau makan. Bear in your mind yang portion kat sini memang besar-besar. Harga untuk Grill Beef is RM24.90


Yang ni pulak Butter Chicken. Boleh pilih nak spicy, combo atau curry. Dia datang dengan nasik and tomyam. Harga dia RM11.50, bapak la murah? Presentation stendet hotel harga kedai mamak. Acane?



Grill Salmon dua keping macam ni siap dengan wedges and salad ni harga dia only RM28.50 sahaja.


Nextttt Grill Chicken. Harga RM15.90. Yang ni kalau suka yang goreng punya pon boleh jugak. Harga sama.


Yang ni version goreng


Grill Lamb ni harga dia RM28.50. Come with wedges dengan  salad. Beautifully marinated with times and secret ingredient. A must try menu if you are lamb lover. I tried this one and I really recommended this. Thumbs up! Jilat tulang hingga ke titisan terakhir.



Spaghetti Bolognese ni pulak beharga RM14.90


Dah kenyang and nak makan light-light je? Tadek masalah. Boleh try this Smoke Beef Sandwich. Rm16.90


Chicken wings ni pulak beharga RM16.90. Yang ni boleh share sebab ada banyak. Cicah dengan thai sauce. Memang sedap.


Pizza pon ada woohoooo!!! This one Pepperoni Pizza. Harga dia RM22.50 way sedap, way murah dari pizza-pizza commercial yang kiter biasa tengok kat tv. Crust dia tadek la tebal sebab nak bagi nampak besar size so topping boleh letak ciput. Rich dengan cheese. Ishk. Susah la nak cakap macam mana sedap dia. Boleh makan share ye anak-anak? Bayar pon boleh la jugak share. Konsep dia ialah sharing is caring.


Marinara jelita yang rich of haiwan-haiwan laut berharga RM28.50. Makan dengan chili flakes untuk tekak melayu yang suka makan pedas. Mammamia! 


Fish and Chips ni pulak beharga RM13.50 sahaja. Ada salad, chips and tartar sauce.


Eh awak, kiter nak makan nasik la. Sini ada ke? Jawapan dia ialah mestilah adaaaaa. Jangan lupa cuba ok? Nasik Goreng Kampung yang belagak ni sebab siap ada chicken wings, telur dengan udang gemok dua ekor ni beharga RM14.90 sahaja. Penah jumpa nasik goreng rich dengan bahan macam ni pastu below RM15.00? Takde. Cuma ada di ToranCoffee sahaja.


Bestnya Pasta ni sebab siap ada one slice salmon berenang-renang dekat atas dia. Yang ni ialah Fettuccine Salmon. Harga dia RM20.90 sahaja. 


Fettuccine Carbonara ni pulak RM15.50. Rich with flavor and creamy. 


Pizza Fries paling win. Sebab kesedapan dia melangkau akal fikiran. Fries, pastu top with pizza sauce and  cheese and  pepperoni. Korang kena jugak try yang ni. I paksa. Yang ni harga dia RM12.90, also if nak fries sahaja pon ada. Sesuai la kalau nak bagi kids makan.

Kat bawah ni pulak I share gambar cakes yang ada. Korang jangan risau dengan rasa sebab I dah makan and I tau memang sedap nak mampos please OMG kenapa yang boleh sedap sangat semuaaaaaaaaaaaa kek ni????? Pakkal la I duduk Ampang, kalau tak memang hari-hari la I tapau kek dekat sini. The best cake I ever taste. Seriously. Rich, Luxury and Superbly Delicious. 27 juta kali lagi sedap dari Secret Recipe punya. Semua cake dekat sini is TO DIE FOR. Kalau tengok harga rasa macam nak penerajang je muka Gofur tapi first bite you know that its all worth it.


Ferraro Rocher Cheese Cake


Mars Cheese Cake


Kinder Beuno Cheese Cake. Jap nak nanges. Sebab terfikir kelazatan kek ni. I nak korang try yang ni ok? Bergaduh-gaduh I makan dengan Shein. Nyampah je. 



Victoria Cake


Toran's Choc Brownies. Panaskan pastu choc dia melting lepas tu makan dengan vanilla ice-cream samadengan pengsan!

Yang ni full menu sekali dengan harga dia. So sebelum pergi boleh la tengok menu ni and check out gambar-gambar yang I dah share dekat atas tadi. Baik hati giler I ni. Ni kalau tak sayang jugak taktau la. Syikin aku gigih buat entry ni. Minggu depan aku tau kek aku nak tapau 8 kotak. jangan cakap banyak.


ToranCoffee Menu - Sandwich, Light & Easy, Pizza, Burger, Western, Fettuccine and Spaghetti


ToranCoffee Menu - Asena Dish and Dessert


ToranCoffee Menu - Drink. They are coffee expert. For coffee lover, this is the MUST PLACE to go.


Cool kan tempat ni? Yang ni pandangan dari depan. Nak aircond boleh duduk dekat dalam.


ToranCoffee punya logo. Motto dia,  Affordable Coffee At Its Best!

So sekian panjang lebar I membebel kalau tak datang jugak taktau la.. I agak I dah boleh dah pergi audition Jalan Jalan Cari Makan ni. Hahaha.

Korang boleh follow ToranCoffee dekat IG dorang disini. Kalau makan, jangan lupa mention and hash-tag dorang ok? Sapa-sapa yang nak carik peluang kerja ke also boleh tengok info dekat IG tu. Nanti dorang update from time to time. Pada yang ada niat nak pergi and dah pergi, I mewakili Family Toran Coffee mengucapkan ribuan terima kasih. Terima kasih sebab support business orang Melayu yang paling penting. Ajak la ramai-ramai lagi datang sini ok?

Alamat:

ToranCoffee
No. 38, Jalan Rugbi 13/30
Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor
Waktu  operasi ialah 12.30pm - 12.00am

-eNd-

5 comments:

Lis Malisa said...

k.suuu.... 13 cawan ailio sy tadah!!! k.su mmg sesuai jadi pengacara JJCM.... tp utk simpanan jelah... sbb mesti nnti k.su makan sorang2 habiskan smua... kihkihkihkih. . amponnn k.su sayang cantik jelitawan negeri pahang.... ngeehhh😆😆😆. Apa kata pasni k.su buat review pasal makan2 murah tepi jln warung2 gerai makcik jual nasi lemak mana2lah yg k.su rasa tersedap di dunia... mcm adventure skit k.su.... teringin ni... hehehehe

Haris Zuhaina said...

AS Salam Sue.
Adoih, seksanya klu Sue review psl makanan.
Rasanya ni leh p. selalu area KL, jauh. Ni dekat, murah, seksi dan mengiurkan.
Kena p byk kali ni cos byk menepati selera...
TQ Sue

mamabeauty said...

ya ampun the way you introduce makanan tu memang buat i tingin nak pegi..

InsyaAllah dah pegi will give review..

thanks for sharing the place for makan2..

FadlinaMokhtar said...

Nama cafe cam genster kampung pisang jer.sekali menu halamak drooling.will give it a try.
FAD

a z m i r said...

Kak Su, thank you sbb promote cafe ni kalah JJCM. saya dah try. mmg sedap dan lidah kak su boleh dipercayai. hehe. ambience chill siap ada gitar utk lepak2. Yamaha pulak tu.

portion makanan tak kedekut dan yang paling penting, tak kedekut cheese! saya makan grilled mac n cheese semalam. dah terdampar kenyang baru menyesal takut buncit. lantak la. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...