Friday, November 7, 2014

Shein.... Pergi Tutup Pintu!

Assalamualaikum…

Shein kaaaaannnnn sekarang dah sampai dah kalau nak bukak pintu sendiri yang kat rumah ni. Lepas tu sekarang kalau sebok I masak, sebok la nak tolong. Rimas pulak rasa sebab kekadang sampai terlanggar-langgar kitorang. Kalau peti ais tu, dia boleh capai telur. Haritu dia ambik dua bijik telur lepas tu laga. Sekian retak. Pastu Sazli pon goreng je la telur yang Shein dah retakkan tu. Tak pepasal kena makan telur. Takpon nanti dia bukak yang pintu freezer tu nanti sebut ‘nyyuuummmmmmm’ maksudnya ice-cream. Dia nak ice-cream. Ice-cream = Nyummm.

I tak topap pon mini cornetto dalam peti sebab Isnin-Friday usually Shein dengan Mak Tok and Baba. So eskrem kat rumah ni kucing la kot makan sebab selalu cepat habes. Tau-tau tinggal kotak jer. Kata Sazli bukan dia makan. So kucing la kot. Padahal kat rumah ni tadek kucing pon. Sama la dengan lipat baju tu. Kalau I dah susun lawa, lawa pastu tadek orang mengaku sapa yang sepahkan so again kucing yang tak wujud dipersalahkan. Hahah. Takper la. Kiter hidup dengan 2 boys dalam rumah so kena la redha. Kan?

Shein punya perkembangan. Ok. I tengok dia macam lambat sikit cakap berbanding dengan Amsyar anak buah I. Dorang sebaya je. Macam Amsyar dah pandai borak and siap, ‘Terkejut Amsyar’, or kalau dia tengok Atuk dia sedih nanti dia tanya, ‘Nape Atok sedih?’ Mulut dah macam Pakcik-pakcik sangat. Pastu I kata kat De, ‘Senang eh anak ko De, takyah bagi susu mahal, takyah bagi makan puree, tak payah kira calories, takyah bagi flash card, takyah bagi tengok lagu ABC pon dah boleh borak macam ongtue’. Amsyar siap boleh count 1-10, and recognize all body punya part siap boleh baca doa makan. Pergh.

Dia bukan jenis nak makan. Keding je. Tapi mulut kus semangat. Lancar bercakap. Dengan Mak dia pon borak macam ongtue. Aritu I call dia siap boleh borak 2 3 minutes. Soalan I semua dia jawab. Cenggitulah kan, science kata kecerdasan otak budak, cepat lambat dia cakap base on apa yang dia learn every day and apa yang dia makan. Tapi sekarang acane konsep Amsyar ni? Semua menda De tadek bagi tengok. ABC song ke, iPad ke, Hi-5 ke, any game tadek. Cuma dia ikut apa yang De selalu sebut and borak je dengan dia.

Shein now boleh sebut a few words macam dirty, danger, nak, nyums, mama, abah, baba, meow, one two teeee, jump. Tu je. Ada la lagi 2 3 4 patah perkataan lain yang sesekali dia sebut but mostly is bahasa German macam belegho belegho, nannnnn, paceba paceba. Hahaha. Tapi kalau dalam bentuk ayat tadek lagi. Kalau order macam ‘take off your shoes, tutup pintu, sit, no’ dia paham. Yang tu I dah buat test kat dia.

Kekadang toddlers yang macam Shein ni, kiter kena tengok adakah dia paham nak buat something or dia ikut routine. Macam kalau masuk rumah, kena tutup pintu and kena lucut kasut. Bila dalam bilik air, dia kena cangkong. Sebab Shein now kalau dia berak, I cakap sit dia memang akan cangkong. So ada a few times, time dia tengah ralit tengok tv sambil bersandar dekat sofa or tengah lari-lari dekat tempat lapang I cakap, ‘Shein, sit!’ terus dia duduk. So maknanya Shein faham. Bukan sebab routine. Kalau nak tido, usually I akan biar pintu terbukak. Lepas dah baring semua, I akan suruh Shein tutup pintu.

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on

This one I posted dekat IG I. tengok muka tak puas hati Shein bila kena suruh. Mata tu taknak lepas dari iPad. Dia suka sangat Upin Ipin.

Memang masam jer la muka. Tak ikhlas. Hahaha. Nak melawan tak pandai cakap lagi. Pastu semalam masa kat umah MakTok, time dia tengah main-main dengan kayu golf, I cakap kat dia ‘Pergi tutup pintu Shein’, dia berenti and pergi kat pintu depan yang dah tutup lepas tu pegang pintu sambil buat muka confuse dekat I. Maybe dia cakap, ‘Pintu dah tutup ni Mama, nak tutup macam mana lagi?’ Hahaha.

Kekadang ada la jugak I rasa macam kenapa Shein tak boleh bercakap macam Amsyar lagi. So I consult kawan-kawan paeds. I update perkembangan dia dengan Dr. Adrian as well. Monitor dia punya behavior and perkembangan tumbesaran dia. So far I tengok Shein Alhamdulillah ok. Yash pon ada cakap dengan I, biasanya cucu sulong lelaki yang banyak spend time dengan Atok memang lambat sikit bercakap sebab dorang manja. But at the same time, kiter as a parents kena observe. Jangan ambik mudah or sebab nak jaga hati sendiri, ktier cakap anak kiter normal tadek masalah apapa padahal dah nampak dia hidup dalam dunia sendiri, taknak berkawan, tak bercakap, and tak boleh terima menda-menda baru.

Itu maknanya ada something wrong. Yang paling penting, always consult with your doctor kalau rasa ada something wrong somewhere. Jangan always berada dalam denial stage. If rasa ada menda yang tak kena cecepat ambik langkah seterusnya sebab dalam dunia modern sekarang always ada rawatan untuk anak-anak. Yang penting jangan putus asa and kena kuat semangat.

As for now, Shein is ok. Boleh paham arahan, boleh berkawan, bercakap even only a few words, ok je kalau pergi tempat yang dia tak biasa pergi atau if I introduce dia pada something new so far Alhamdulillah. I’m a happy mother. Sebab biasa kalau kiter start compare anak-anak ktier dengan anak-anak orang lain, yang tu boleh jadik down and stress tak tentu hala.

Ingat, every baby is different. Kena always understand your baby macam mana. Ok?

Selamat berhujung minggu!

-eNd-

1 comment:

Jan@Afzan said...

hehehe.. memang tergelak Jan tgk video Shein tuh.. memang buat muka! hehe. Pastu gebus! Rambut tak leh tahan lah Shein.

Yes, thru my experience, every child is different. In my case, anak Jan as u know, memang takde sepatah perkataan even mama/abah/nak...U name it. None. Just menjerit je. So, direfer ke ENT untuk check hearing, ke carakerja, and speech therapy.

The latest one, when went to Klinik Pakar, the Dr said maybe he is a suspected Autism's child (due to his long history masa kecik). Very sad and I cried inside when Dr said that.. I search all the web about the symptom..If betul2 disahkan, I am redha dengan ujian Allah dan anak istimewa ini adalah anak kesayangan yang akan dijaga sepnuh kasihsayang dan kesabaran. Until now I didnt find any similarity dengan my child. Maybe one/two simptom only.I'll refer his problem to this coming MOnday appointment

Maybe he is a late talker, hari2 doa dia cepat cakap and membesar seperti kanak2 normal. Amin

Lastly, yes every child is different and treat them very nice and he is pinjaman dan amanahNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...