Friday, November 7, 2014

Resepi Kam Heong Crab

Assalamualaikum..

Semua orang tau I suka makan ketam. Tapi I only makan kaki ketam jer. (Kaki ke tangan eh sebenarnya yang sepit tu?) Sebab badan dia tu banyak sangat la macam bilik-bilik. Malas I nak nak sesusah cerai-ceraikan. Lagipon usually ketam-ketam nipah ni dia punya kaki gemok-genok. So makan tu je dah puas. Lagipon daging dia pejal. Kalau daging yang dekat badan dia lagi manis. Sebetulnya yang tu lagi sedap TAPI sebab malas, makan yang kaki pon takpe. Haha.

Malas-malas I, makan jugak ketam. Kalau Sazli, ketam dengan udang kalau tak kopekkan harapan la dia nak makan. Bagi la sedap macam mana pon. Sanggup dia cicah bun je dengan kuah. Hahah. Tapi bagus jugak sebab I can conquer all. Muahahahahhahah.


Kam Heong Crab

Yang ni ialah Ketam Masak Kam Heong. Yang ni I punya favorite among all jenis masak ketam. Macam chili crab, sweet sour crab or salted egg crab. Dia ada rasa udang kering dengan serbuk kari. Tadek kuah sangat so tak sesuai la cicah dengan bun. Lebih sesuai makan dengan nasik putih. This one I makan dekat Restoran Stadium Negara dekat Jalan Yap Kwan Seng. Sedaaaappppppp!!! Harga pon tak mahal.

Ni resepi nak buat Ketam Masak Kam Heong. Korang boleh cuba buat sendiri dekat rumah. Bahan-bahan dia mudah dan simple. Yang ni sesuai untuk penggemar lauk kering macam I. Kalau yang suka kuah-kuah boleh main jauh-jauh.

Bahan-Bahan

1. 1 biji bawang besar - blender
2. 2 Ulas bawang kecik - blender
3. 4 sudu besar udang kering direndam – blender
4. Setangkai daun kari
5. 8 tangkai cili kering yang dipotong kecil
6. 2 sudu besar serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air
7. Sos tiram
8. Kicap pekat
9. Ketam. Haha. Ketam patut nombol satu tadi. Ah. Lantak la. Ketam tu goreng separuh masak dulu ye?

Cara Membuatnya

1. Tumis bahan kisar sampai garing
2. Masukkkan daun kari dan lada kering yang dipotong tadi tu. Cuci dulu lada kering tu. Buang bijik.
3. Pastu masukkan la serbuk kari yang dibancuh dengan air, sos tiram and kicap pekat
4. Last sekali masukkan ketam. Siap!
Siap! Simple je kan? So boleh la cuba resepi ni dekat rumah. Beli and buat sendiri je. Sebab lagi murah. Kalau rajin la. Tapi kalau malas pergi je Stadium Negara ni. Order je. Tau-tau dah siap. Kalau makan 3-4 orang lepas tu order seekor ketam, butter prawn, nasik goreng, sayur, bun and minum juice sediakan at least RM200.00. Makan sampai pengsan. Kbye!
-eNd-


Notakaki : Kepada yang was-was ketam nipah ni halal ke tak, boleh click dekat sini. I pernah up entry beza ketam batu dan ketam nipah. It's halal.

2 comments:

hOtMaMa said...

wahh.. senang2 bole cuba nih.. tq share resepi :)

FadlinaMokhtar said...

Bukan makan sepit tu lagi payah ka.baik la badan makan isi.huhu.sepit tu sedih betul isi nya .

FAD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...