Assalamualaikum...
Baca balik entry ni pasal yang kitorang mabok cendawan dekat Tony Roma's terus rasa macam nak terbelahak. Ingatkan dah lama sangat tak makan, rupanya baru Oktober this year. Maknanya baru la 2 bulan kejadian ngeri tersebut berlaku. Ni semuaaaaaaaaaaa Kaklong punya pasal. Dia la yang punca kitorang mabok cendawan buat kali kedua ni.
Ikut perjanjian, Fried Mushrooms ni kena share 6 orang. Kitorang makan tadi 6 orang. Kaklong, I, Ezy, Intan, Ira and Sarah atau Sarabanon atau Sara Bendey atau Sara Maembong. U name it. Dia paling banyak nama yang diberikan kitorang kah kah kah. Sarah la semalam cakap teringin nak makan kat Tony Roma's lepas tu Kaklong dah cakap dalam group, esok kiter makan fried mushroom. Kasik chance Ezy dengan Sarah rasa sebab last time makan, dorang berdua tak join.
Si Intan cakap je cendawan dah merah-merah mata sebab muntah angin. Dyba pon meloya and Ira pon. Semua masih dalam keadaan traumatize tak hengat. Si Dyba je agak cool sebab dia punya favorite yang roti complimentary tu. Dia suka makan dengan balsamic vinegar tetapi malang naseb beliau sebab harini beliau MC. Dia kata repeat minggu depan makan Tony Roma's tapi memandangkan semua harini pon dah macam nak mampos makanya lambat la lagi nak makan kat sini. Hahaha.
Portion dekat sini kan besar-besar? So semua pilih partner nak kongsi makan dengan sapa. Semua berebut nak kongsi dengan Kaklong macamkan Kaklong tu best sangat. Dia bajet dia artis? Dah la tadi lari-lari nak pergi kereta sebab nak cop duduk depan. Pakkal la Intan tadi tunggu kitorang dekat Guard House, kalau tak memang serabut nak dengar dia berebut tempat dengan Intan pulak. Si Ira jerit kat kaklong, 'Oi Kaklong. Ko tu dah ada cucu sorang. Lari-lari lagi berebut nak duduk depan'. Haha. Bongok.
Sarabanon tadek masalah nak habeskan makanan sebab kitorang saspek dia bela jin. Mana pernah dia makan tak habes. Letak 2 pinggan portion besar gajah pon habes. Ezy dalam diet plan so dia makan mesti yang boring je. So I share dengan Kaklong and Intan share degan Ira makan Shrimp Scampi Pasta (tak habes-habes order menda ni. bosan)
Fried Mushrooms RM18.90. Sos dia honey mustard. Sebakul besar. Kata Kaklong mesti cendawan ni dia rendam dengan daun ketum. Sebab tu kiter semua mabok each time makan.
Bila dah siap makan. Semuaaaaaaaaaaaa weng. I settlekan dulu bil. Lepas tu masa dalam kereta semua cakap taknak bayar mushroom tu sebab pening. Intan cakap dia taknak bayar sebab makan sikit jer. Dia kata dia makan kerak je. DIA KATA LA. Last-last Kaklong pon cakap taknak bayar sebab dia kata, dia dulu yang pening dari kitorang. Dia pening dari dalam restaurant lagi.
I cakap, no problem. Taknak bayar pon takpe. Tapi turun sekaranggggg,. Haha. Time tu dekat traffic light Jalan Tun Razak dekat selekoh Celcom tu. Takde pulak yang nak turun. Haha. Tu laaaaaaaaaaaa. Order lagi kan? I cakap taknak dengar. Nah. Sekarang semua dah mabok. Dalam kereta kitorang diam je. Radio pon Ira tak bagi pasang. Semua jangan buat nak muntah. Kena tahan. Sapa yang muntah telan balik muntah tu. Uweeeeerrrrkkkk!!
Mabok sangat ni.
Kaklong sampai sewel sekejap. Haha.
Ketiak confirm bau apple eh Intan?
So pengajaran untuk semua. Lepas ni more more order Fried Mushroom ok? NO MORE. Tolong la serik. Tapi makanan lain memang superb. Tu nanti I share next week. Semua dah bayar balik makan ni. Kaklong je tak bayar. Dia ingat kalau dia tak bayar harini dia boleh terlepas agaknya? Jangan harap. Hahahaha.
Ezy today last day dia dekat office. Lepas tu dia cuti 2 weeks untuk pergi umrah. Semoga selamat pergi dan selamat kembali eh Ezy? Yang plan nak karaoke sempena Sarah menang pertandingan Cipta Nama Syarikat kiter tunggus sampai U balik dari Umrah. Errr. Lain macam pulak bunyik lepas balik Umrah terus nak karaoke. *Petir sabung-menyabung
-eNd-
1 comment:
hi...akhirnya..berjaya singgah kat sini :)
Post a Comment