Tuesday, December 16, 2014

A day at Indoor Theme Park Berjaya Time Square with Kaklong, Kakyang, Kaksha and Kaseh.

Assalamualaikum…

Bebaru ni I, Kaklong and Kakyang bawak Sasha and Kaseh pergi Time Square. Bebudak ni nak ajak pergi Indoor Theme Park. I dari rumah eksyen. Cakap dekat Kakyang, ‘Makcik nak main semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’. Pastu kata Kaklong, ‘Ko dah tua Kochep. Ko tak boleh main. Nanti muntah. Dulu aku macam ko la. Excited nak main. Lepas naik sekali serik. Sampai sekarang dah tak boleh’. Pastu I cakap, ‘Ko dah tuweeeee. Memang la. Aku ok jer’. Gitu sekali I punya bongkak.

Sampai-sampai je I dengan Kakyang terus main DNA Mixer. Kononnya kalau main yang paling extreme nanti naik roller coaster ker apa, tahap poyo dia kiter boleh nguap je. Macam tak heran sangat dah. Tapi ternyata strategy I failed! Lepas turun jer I rasa macam nak demam. Hahaha. I cakap pada Kaklong, ‘Kak, aku sebelum ni ok je. Mungkin sebab aku tak makan lagi kot? Sebab memang tak makan apa dari rumah’. Time kitorang masuk tu pon Dah 1.30pm. I terus carik kerusi nak duduk. Cakap kat Kakyang tolong belikan Waffle dengan air. Nak makan burger ada kat tingkat atas. Kena naik escalator. Masalahnya nak jalan pon tak larat. So makan je la waffle dulu.



Muka baru lepas naik DNA Mixer.  Kata Kakyang, 'Kenapa muka Makcik pucat?' Eh? Mana adaaaaaaaaa.


Ni la DNA Mixer. Tunggang terbalik 360 darjah. Memang perrrrrrghhhhhhhh. Kalau baru lepas makan, tak payah la naik. Ada yang muntah atas kepala orang nanti. Photo taken from here

Lepas makan, I rasa macam bertenaga sikit. Kakyang ajak naik Roller Coaster. I cakap nantiiii. Baru lepas makan ni, muntah nanti. Kakyang pergi la bawak bebudak ni main game-game bodoh dulu. I duduk je dekat kerusi sebab nak kumpul energy. Sementara waktu, Kakyang bawang Kaseh dengan Kaksha naik Ooort’s Express. Kaseh tak lepas naik sebab dia tak cukup tinggi. Duduk je tepi rail dengan muka sedih. Tu kalau tegur tu memang nanges dah tu. Dah la tadi masa kitorang naik DNA Mixer dia dah nanges. Takot Kakyang and Makcik mati dia kata. Alololo.


Ooort’s Express. Jangan pandang sebelah mata. Nampak macam bodoh tapi menda ni spin laju wooooooooo. Duduk kat tepi tu terasa angin dia kuat giler! Imagine kalau tercampak. Memang lempeng arrrr.

Kitorang plan nak habeskan dulu main dekat Galaxy Station dulu. Basically dekat bahagian ni untuk adults. Nanti dah setel kat sini baru bawak dorang main dekat Fantasy Station. Situ baru la Kaseh boleh naik semua. Aspek keselamatan kena la dititik beratkan. Kalau dorang cakap tak cukup tinggi kena ikut. Sebab ada kan case yang orang mati tercampak dari roller coaster? Bahaya

Nexxxxt! Kakyang ajak naik Space Attack. TAK DAPAT LA KAN? Hahaha. I langsung tadek hati nak main dah. Taktau la nape. Kaklong tak habes-habes cakap, ‘Faktor usia tu dik, ko kan biasa suka macam ni semua’. Pastu I cakap, ‘Shadapyu! Aku tak makan je pagi tadi. Tu jadik macam ni’. Masih dalam denial stage. Hahahahha.


Space Attack ni Kakyang naik dua kali. MEMANG TAK LA AKU NAK NAIK.

Lepas KakYang main Space Attack, I cuba game naik lembu bull tu. Bangang giler. Hahahaha. Kaklong ketawa sampai nak terkencing dalam seluar. I sebenarnya boleh je menang jadik ‘Champion of The Day’ tapi Kaseh la bising kacau. ‘Makcikkkkkkkkk rantai putusssss’. Selagi tak jawab ye, dia asyik cakap je. Dah Kalah. Nak tau sapa memang? Kakyang la. Kwahaja. Berani dia lawan tauke? Naseb baik siapa yang menang dapat air tin redbull je. So tak la dengki sangat.


Rodeo Bull Simulator! Memula elok je control cun atas lembu siap tepuk punggung dia bah bah baaaahhhh!


Tak sampai 50 saat dah jatuh.. I punya la kontrol tak kasik jatuh sampai duduk kt bontot lembu. Sipi-sipi je...  Yang ni korang kena try. Tapi this one tak masuk dalam package tau? RM5 for 1 time ride or RM10 for 3 time rides. Jangan lupa amek video lepas tu tengok balik betapa bangangnya kiter masa atas lembu. Kaklong sampai sssshhhhhh kencing dalam seluar ketawakan I. Dia memang ada masalah pundi kencing lose. Waaargh hahahhahah.


Kakyang yang dapat Champion of The Day! Dia dapat tunggang bull tu for 61 saat. Dapat menang air redbull ajer poooon! Kalau Champion of The Week dapat T-Shirt kot and kalau dapat tunggang for 2 minutes dapat Apple iPhone but I bet memang takkan ada yang dapat sebab giler la bull tu menggila baby goyang. Sapa dapat memang teror la.

Next, kitorang naikdekat Fantasy Station. Bebudak dua orang tu dah tak sabar-sabar nak main. I masih lagi tak give up nampaknya. So gigih la beratur nak main Bumper Car. Yang paling best, time I main, only I dengan Kaklong je Melayu. Yang lain semua India. So dalam 15 orang dalam tempat Bumper Car tu, I dengan Kaklong main langgar sesame sendiri je. Boleh tahan Loser.


Bumper Car

Lepas main Bumber Car, I rasa macam pening. Maybe sebab perut takbetul-betul terisi. So I boleh je makan Maggie cup sengsorang dengan milo ice. Sementara Kakyang and Kaklong melayang bebudak dua orang tu naik Crazy Bus dengan Molly-Cool Swings. Lantak la. I memang tak boleh nak fikir apa dah. Betul-betul rasa restless time ni. I rasa ada la 40 minutes I duduk diam-diam dekat kerusi. Sian sangat I. Macam tuwe sangat rasa. Hahahahha.

Siap makan, konon macam dah charge battery so I ajak Ayang naik Supersonic Odyssey (Roller Coaster). Kakyang tanya, ‘Makcik ok ke?’ Sambil mendabik dada I cakap, ‘Hello???? Makcik maaaaaaa’. Eksyen kemain. Turun-turun je Roller Coaster I mintak take 5 dengan Kakyang. Rasa nak muntah. Turun je dekat bawah, kata Kaklong, suara I paling kuat menjerit. Hahahahahha. Kaseh and KakSha beria nak cakap I jerit kuat sangat. Diam la ko budak kecik!



Supersonic Odyssey aka Roller Coaster. Tak la seram macam dekat Genting Highland tapi sebab tiang dia goyang-goyang so effect seram macam lebih skek la. Masa naik tu I cakap pada Kakyang, 'Yang, macam dalam cerita Final Destination kan?' Kakyang jeling I macam nak terkeluar bijik mata. Haha. Lek laaaaa.

Lepas tu Kakyang ajak naik lagi sekali. I cakap I dah tak boleh. I nak main yang bodoh-bodoh je so kitorang semua naik la Crazy Bus, Botanic Drive dengan Buddy Go Round. Memang semua permainan bebudak yang tak mencabar langsung. Tapi lantak la. I memang dah tak larat sangat-sangat. Anytime boleh muntah ni. Crazy Bus tu pon tetiba rasa macam, Hoi! Amenda yang macam pening kepala sangat ni?


Jadiklaaaaa. Yang ni je paling seronok nak main. I bising-bising dekat Kakyang, 'Kenapa Makcik punya tak naik tinggi macam Kakyang?' 


Amboi Kaklong. Muka fierce bukan main. Kitorang je orang tuwe yang excited time ni. Bebudak tengok pon pelik je. Biarlaaaaaaaaa. Dengki ke????


Suka eh Kakyang ko harini? Semua menda dia bedal naik 2 kali. Hebat Kakyang. Makcik dulu zaman muda-muda pon macam Kakyang jugak. Jangan nak happy sangat la. Ko pon tuwe jugak nanti. (dengki)


Kaseh and Kaksha la yang paling happy. Sebok la explen kata kuda tu gerak macam ni, yang paling dalam tak gerak la apa la. Orang tau laaaaaaaaaaaaa.


Botanic Drive ni sesuai la untuk ongtue macam ko Kaklong. Yang ni memang tak pening apa. Rilex je.


Crazy Bus. Photo taken from here. Sebenarnya tadek la crazy sangat bas ni. Takat pusing kedepan lepas tu pusing patah balik kebelakang. Tapi sebab I kepala memang tengah dizzy so itu sebab la semua pon rasa macam nak muntah bila naik.


Kaseh and Kaksha naik Crazy Bus ni ada la 5 kali kot? Takyah queue pon. Sebab orang tak ramai. Tak sabar tunggu Shein besar, I nak bawak dia naik game-game macam ni. Agak-agak dia terjun tak?

Sebelum balik, Kaklong mintak nak naik Dizzy Izzy. Padahal I dah tau yang I dah tak boleh naik naik apapa dah. Kompem muntah ni. Tapi biasalah ego punya pasal I turutkan. Lagipon Kaklong ajak naik. Dia pon tadek naik apapa game dekat Galaxy Station pon lagi. So here we go! Dalam 3 round sebelum turun, I dah muntah. Pastu plastic apa takde, maka hold muntah dalam mulut. Tak sempat menatang tu berenti I dah terjun and bluuuerrrrkkkkk!! Muntah sepuasnya dekat tong sampah. Habes keluar semua Maggie, milo. Selamat. Malu je athlete muntah macam ni.


Photo taken from here. Nampak je macam bodoh-bodoh punya game tapi gayat sebab dia dah la pusing-pusing lepas tu dia turun naik laju-laju. Perrrrghhhhh.


Another view of Dizzy Izzy. Photo taken from here.

I baring dekat kerusi. Tetengah orang ramai tu I baring. Kata Kaklong, ‘Ko dah tua dik. Ko terima hakikat’. I malas nak gaduh, terus la mengaku je. ‘Yer la Kak, aku dah tua’. The end! Hahahahaha.

Walauapon badan lemah melepek tapi bila tengok Kakyang, Kaseh n Kaksha happy terus I rasa happy. As a Makcik yang cantik lagi baik hati, ini je yang I boleh buat untuk dorang. Selagi ada kesihatan dan rezeki, InsyaAllah. (Poyo jer. Macam la belanja pergi USS. Hahaha) Sebelum balik, kitorang tapau Krispy Crème’s dulu. Dalam kereta setel half dozen. 


Kaklong, Kaseh and Kaksha.


Yang ni dekat depan Bumper Car. Level Fantasy Garden.


Kakyang the Baby Sitter


I love you both KakSha and Kaseh. Lawa kasut? Mesti yang tukang belikan tu pon lawa kan?

I had so much fun! Korang pon boleh la cuba datang Indoor Theme Park Berjaya Time Square ni. Tak la best mana tapi kalau nak spend time dengan family kira ok la. Sebab dalam KL. Kalau nak murah, korang beli la Family Package. Untuk harga ticket, promotion etc boleh klik sini.

-eNd-

5 comments:

mamabeauty said...

macam menarik.. tak pernah pegi lagi..

que utk semua rides tu panjang tak??

honey bedazzled said...

aku yg baca pun dpt effect pening nk muntah. adoiii dulu pun pg main dgm gigih

adda syuhada said...

bestnya...

Chooyaya! said...

mamabeauty : kalau haritu kitorang pergi cuma bumper car je panjang. yang laint akyah que pon.

honey bedazzled : faktur usia. trust me. haha

adda syuhada : nanti dtg sini eh?

Azlina Kamar said...

Kaksuu. Kalo masok per person bape.? Boleh main semua skali ehh.. Kalo ikot family package plan plak tp xde budak2 dikire family package jgk ke.. Tgh mencari tmpt nk lepakk ni.. Besttttnyeee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...