Tuesday, December 16, 2014

Date with Shein at Kidz Sports & Gym GE Mall

Assalamualaikum..

Hari Ahad haritu I bawak Shein pergi Kidz Sports & Gym dekat GE Mall. Birthday treat. Biar dia main sampai puas. Lagipon ni last dia kena bayar RM12.00 sebab lepas ni kalau dia pergi dah kena RM32.00 tak silap I. Below 2yo RM12.00. Mahalnyeeeeee. Kata Abang dekat situ, kalau selalu datang bayar la RM200 untuk jadik member and dapat 5 free voucher (kalau nak bawak kawan2) and dapat discount jugak. Bayar RM20.00/entry je lepas tu. Jadiknya macam mana sekarang ni? Nak join jadik member ke tak? Sheinn nak uweeeet….!!

I aim nak masukkan Shein Taekwando class kat situ je. Umur 3 tahun dan keatas. Class tu ikut tahun. Maknanya tahun 2015 Shein dah 3 yo so dah boleh join the class as long as dia dah boleh ikut arahan. Shein tu bukan boleh kira. Orang suruh taekwando kang dia guling-guling lawan macam dalam cerita Ultraman tak ok jugak. Selain dari gym, ada jugak drawing and painting class. Takpe la, Mama will consider to register you dekat sana Shein. Don’t worry. But bagi la the registration fee’s payment yang Mama bayar tu will worth every penny. Takat nak main guling-guling dalam kolam balls lepas tu bayar mahal-mahal baik takyah. Ini semua kos!

Sampai-sampai je sana, Shein malu-malu. Biasa la dia. Dia memang macam tu sekarang ni. Suka nak malu-malu. Tunjal nak? Dah la rambut macam helmet.



Amboi. Kemain macho posing eh Shein?


Apa barang slide? Kiter merangkak la. Baru rare.


This visit baru I nampak Shein stable. Maksudnya I dah boleh lepas dia. Unlike last time, I still kena pegang dia if dia nak naik tangga or panjat-panjat. Takot dia jatuh. Dah besau kau Shein. Dulu tengok anak orang boleh main sendiri I cakap dalam hati, 'Bila la Shein boleh main sendiri'. Now dah boleh. Tsssk Tssssk.


Video dari Instagram I. Kata Kak Tini, Shein sama macam anak-anak dia. Berat bontot. Mesti tergolek. Hahaha. Lawak la Shein.

I masa tu tak makan lagi, so mintak tolong Kakak tukang jaga dekat situ layan Shein. I makan sambil peratikan aje perangai dia. Shein tu kalau dia nak main panjat-panjat masuk tunnel and slide dia suruh kakak tu skali join dia. Kalau tak, dia nanges. Ngada.

Dah penat main, dia datang kat I mintak air. Makan fries behave duduk dekat kerusi. Pandai anak Mama jaga diri. Dekat sini I tak risau apa. Sebab equipment memang safe and gated area. Just eyes always on him la. Makesure dia tak lompat dari tempat tinggi or kacau bebudak lain. So far Shein I tengok  memang bukan jenis kacau others kid. Dia suka play sama-sama je. I bagi dia kebebasan nak buat apa dia nak. Kena la ada trust kan? Takkan asyik nak mengekor and paranoid kot-kot dia will harm himself ke apa. Ada masa, I join dia kick the ball, main slide or baling-baling balls.


Banyak dia minum air kosong. Dahaga la kot main. Pastu makan fries setel sebakol. Syabas Shein! Tu ketchup tau? Kemain makan macam ongbesar. Nak cicah sos je. Dah la suka suap orang. Hukuman dia, kalau dia suap kiter kena nganga. Kalau tak nganga dia baling je kat muka kiter T___T


Susah benau sekarang nak amek gambar sama.


Ok. Nak main kereta ni pulak. Tapi Shein tak suka kalau kiter letak duit. Nanti goyang-goyang tu dia terjun je. Membazir singgit.



Cecece. Gaya pulas stering tu macam yoyo-o je.

Sazli datang later. Bila dia nampak je Abah terus la keluar perangai jantan. Yang ni memang Mama tak boleh nak join la. Sebab Mama girl. Kiter girl kena sopan-sopan je. Cannot kick and run macam Shein and Abah buat. Hehe.


Shein macam I. Kalau sepak bola amek lajak macam bola pergi laju tapi dekat je ponnnn. Bola pon pergi toing toing toing. Hahaha.


Askar kecik cuba lari dari askar besar dan askar kecik tetangkap tetapi askar kecit dapat meloloskan diri kerana dia main nanges. Wei. Tak aci la main nanges!


Panjat Shein. Panjat.


Kat sini la Shein dera I. I rasa ada 5 kali turun naik sampai semput. Shein selamba je 20 round. Tak penat ke dia eh? Taken from my Instagram.

I sampai pukul 12.00pm, time tu Shein tak tido lagi. By 3.00pm dia dah menguap and start cranky sebab mengantuk. Naik tu tak kena, naik ni tak kena. So time to go home. Dalam kereta bagi susu, sapu-sapu kepala sikit terus ke sorga. Haha. Pukul 6.00pm jugak la dia bangun. Penat sangat la tu.

Once again, Happy birthday Shein! Mama love you so much…. Ada masa macam taknak dia besar sebab nak dia always be my baby but ada masa nak dia lekas besar so that boleh buat macam-macam lagi dengan Mama. Mama ada thousand plan for you dalam my list. Nanti kiter buat kek sama-sama untuk Abah punya birthday. Tu nak kena tunggu how many years lagi tu? 2 tahun eh? Hurm. Lamanya. Okla bye.

-eNd-

4 comments:

Nurain Sazila said...

Dulu kita selalu pi sini dengan anak anak kita :) sempat juga Mia masuk kelas gym kat situ. Kalau ada daftar kelas kat situ hari yang budak ada kelas e.g tuesday after class diorang kasi je anak i main kat playground tu free. Kalau ambil kelas rasa dia dh kira members dah, dah tak payah bayar yg rm200 tu rasanya sbb last time they treat my doter mcm tu. Nnt cuba confirmkan balik dengan they ols

Chooyaya! said...

Nurain Sazila : Sekarang dah tak datang ke? Kalau still pergi, boleh la playdate dengan shein. hehe.

Nurain Sazila said...

Pergi juga kadang kadang...sebab banyak spent timw kat umah mak kat JB skrg ni...Insyallah nanti kalau kita terserempak kita jerit nama shein kuat kuat kat situ ye..hehe

Chooyaya! said...

Nurain Sazila : ok! tak berjodohan dekat ge mall, berjodohan pulak kt pangkor. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...