Wednesday, December 10, 2014

An Evening with FGV - Medan Berangan Intan and Kawan Dia. Miss S (Bukan Nama Sebenar)

Assalamualaikum..

Malam tadi I dengan Intan jadik committee untuk satu event company kitorang. Untuk committee semua kena pakai baju hitam. Bagus. Boleh nampak kurus. I dengan Intan je berdua dari opis kitorang. Usherette untuk tetamu VIP.

Kata Kak Habsah (Ketua committee yang kitorang panggil Mak Pengantin sebab dia bizi kehulu kehilir dengan walkie talkie tu) ‘Korang dua pergi jaga atas (Ground floor, event kat B2). Yang paling depan sekali’. Pastu Intan cakap, ‘Kaksu. Intan taknak. Intan nak mingle around dekat sini jer. Boleh tengok kot ada yang hensem-hensem ker?’ Pastu I cakap, ‘Intan tau apa sebab kiter duduk paling depan sekali? SEBAB paling cantik. Terus Laju Intan jalan. Hahahah.

Pastu biasa la. Mesti kena berangan. Siap hafal skrip sebab ramai Mat Saleh. ‘Hello Sir, Good Evening.  Enjoy the dinner’. Lepas tu kena salam and senyum all the time. Asyik hafal skrip je. Sekali bila dorang lalu, salam tak, cakap tak. Senyum jer lepas tu cakap ‘Hello.. Hi!’ Hahahaha. Kata Intan, kena salam ke Kaksu? I cakap kalau orang hulur, salam la. Yang perempuan takpe. Kena salam. Tak batal air semayang. Pastu Intan cakap I bongok.

Dalam ramai-ramai tu, tetiba ada Dj Dave. Lepas tu abang guard Felsco cakap, ‘Eh tu Ramli Sarip kan?’ Sesuka hati je Ramli Sarip. I cakap pada Intan, ‘Intan, Kaksu nak suruh Dj Dave stop lepas tu nak nyanyi macam ni. Inginnnnnn bersuaaaaaa. Dengan Dindaaaaaaa.’ Intan dah kepit-kepit peha sebab ketawa tahan kencing. Dia kata Kaksu plz. Jangan laaaaaaaaaaaaaa. Hahahaha.

Cenggitu la berangan jer kitorang. Malam tadi tetiba almost 70% pakai baju hitam. Yang pempuan pakai dress cecantik and gentleman pakai suit. Tetiba rasa macam dalam Anugerah Bintang Popular. Bila semuaaa guest dah masuk hall, apa lagi? Berangan time! Hahaha. Kitorang banyak duduk kat luar dewan je. Dengar orang menyanyi dari luar. Lagipon malam tadi menu Nasi Mandhi. Tak best. Kalau Chinese or Japanese food kiter duduk dalam.

Event habes around 10.15 macam tu. Sebelum orang lain balik, kitorang dah balik dah. Hahaha. Congrats team Corporate Com sebab event nampaknya berjaya.  Walaupon most of corp com committee sama-sama tolong prepare makanan dekat hall sebelah sebab maybe tak cukup manpower tapi takpe. Tu pengalaman. Ok jugak tu. I pon terus berangan macam dalam Hell Kitchen. Baya tetiba jadik Chef Gordon Ramsey. Boleh? Tapi jenis muslimah la sebab pakai tudung.

-eNd-



Theme committee ialah black. Tak kisah apa jenis attire yang penting black. Ok bagus. Pakai black dapat la ilusi kurus.




Kitorang bersiap dekat office sebelum gerak ke Menara Felda. Nak balik rumah dah tak sempat sebab have to be there around 7.30pm. Masa kat office tu rasa macam, 'Intan, baju kiter ni dah macam nak pergi Majlis Anugerah pulak'. Tetiba bila sampai sana memang semua orang pon lawa-lawa. Naseb baik dah dress up elok-elok.



Baya kata, 'Intan, you buat la macam  ni, baru cantik. Konon-konon macam nak show ecotruck ni'.


Ok. Ini hasilnya.
Nak jugak masuk dalam gambar. Si Jo la ambik gambar terketar-ketar tangan. Nyampah. tu nebes sebab kitorang cantik la tu. **muntah ijo
Time ni penyanyi tengah nyanyi dalam hall. Pastu dua orang ni boleh buat show kat luar dewan. Ingatkan tadek orang, sekali kat tingkat 2 ada abang-abang driver. Free je tengok show kitorang. Haha.


Bersama Mak Pengantin. Kemain siap mekap lawo-lawo. Kata Kak Habsah, 'Akak ni jarang mekap. Tak macam korang. Sesekali mekap baru la lawa'. Pastu kata I, 'Akak ni orang puji sikit-sikit nak up lelebih pulak'. Haha.


Intan, Baya and Siti Nurhaliza


Lawoooonya Intaaaannnnn


Cecece. Konon ni amek gambar untuk Red Carpet Majlis Anugerah Bintang Popular. Kasik chance please?

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on

Macam biasa, mesti ada acara berangan. Taken from my Instagram. Intan bab gaya mana nak kalah. Suka nak overshadow I. Intan. you're fired!

4 comments:

AINUN ZURIYATI MOHAMED said...

Hitam itu menawan...:-)

mums shuib said...

kawan akak tu mcm najwa ank TPM la...

Lavender violet said...

cantik nye korang..
intan makin putih.. ape rahsia?? hihikks

Chooyaya! said...

AINUN ZURIYATI MOHAMED : dah jugak memberi effect kurus!

mums shuib : eh? tak pon. hahahaha

Lavender Violet : dia kata dia pakai safi rania.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...