Assalamualaikum.
Shein kan? Kata
Maktok, dia punya tido siang sekarang kekadang 30 minutes je ok? Sebok lagi nak
main dari tido. I saspek, nanti Shein mesti lose weight sebab dah kurang tido.
Masa Isnin haritu, dia tido 30 minutes SAHAJA time siang. Lepas tu dari rumah
Maktok, dalam kereta dia dah tido. I pon macam ada little bit frust sebab balik
kerja tak sempat main dengan dia, blakang dia dah tido. Masa Isnin tu, Kakyang,
Kaseh and Sasha ada datang rumah I sebab nak mandi kolam, so maybe dia dengar bising-bising
dekat luar, dia jaga.
Siang waktu I dengan Saz pergi kerja, Shein akan duduk dengan Maktok and Baba. If ada hari Maktok and Baba ada hall, so dia pergi schoool. Ni baju Bapak belikan masa dia pergi Chiang Mai haritu. Dorang suka pakaikan Shein baju besar-besar. I suka yang muat-muat jer. Sesekali Shein pakai baju besar macam ni nampak macam abang-abang sangat. Kan?
Ok. Sambung cerita atas tadi.
Tapi tu la. Meleset-leset.
Mata nak taknak bukak. Dia besarrrrkan mata dia. Makanya mata ngantuk, hati nak
main. Tu yang jadik macam tu. Sazli kata, kesian kat Shein. Takperla, dia
tidokan Shein. Lepas Kakyang semua balik around 9.30pm tu, I take over. Dia
pejam tapi tak tido pon. Orang Kedah cakap, rudui/ghudui. Kan? Pastu around
10.00pm dia tak tido lagi I bangun goreng sosej roll yang Siti bagi haritu. I
suruh Sazli tengok Shein, dah tido ke dia. Kata Sazli, Shein senyum je kat dia
masa selak blanket atas muka. (Shein jenis tido tutup muka dengan blanket or
bantal kecik dia).
Last-last I panggil
dia. ‘Dah la Shein, taknak tido jom teman Mama tengok Lucy’. Pastu dia
ngesot-ngesot bontot dia macam suster ngesot terus turun katil ikut I pergi
hall. I beli ‘Lucy’ dekat Astro First. Korang tengok la. Best! Cerita pasal
perempuan tetiba ada super power sebab peket dadah dalam perut dia pecah. Lepas
tu dia jadik hebat boleh baca fikiran orang, boleh memorized semua menda yang
dia dah buat bermula dari dia dalam perut emak dia lagi. Perrghhh hebat! I
punya kagum macam rasa real puak cerita ni. Pengaruh tv memang boleh buat
remaja rosak fikiran. (Remaja ke kau masalahnya? Haha)
Shein pon teman I
tengok tv sampai la almost 1.00am kot? I tutup lampu semua lepas tu panggil
dia, ‘Shein, dah. Jom tido’. Dia lari kedek-kedek geli hati macamkan I nak ajak
dia main kejar-kejar. Dah atas katil pon, dia still ketawa-ketawa bila I main
cak-cak dengan dia. Lambat giler tido.
I ingatkan esok
paginya bangun la pukul 8.00-9.00am tapi kirim salam. Sebok I bangun nak
bersiap pergi kerja, sebok jugak la dia bangun.
Tetiba masa I nak
iron baju, dia datang dengan ibu jari dalam mulut tangan belah kanan. Tangan
kiri heret blanket busuk dia. Lepas tu hulur tangan dekat I. Suruh tengok.
Biasa memang macam tu. Habit dia. Asal bangun je dari tido tak kisah la tido
siang ke malam ke, mesti hulur tangan. Macam nak mengadu menda entah. So lepas
I kiss tangan dia yang masam ailio basi tu and tiup-tiup sikit, then baru dia
gerak pergi kat sofa and terus aktif.
Esoknya…!! Kata Mak
tok, Shein tido setengah jam lagi. Ya Allah budak Shein ni. Memang sebok nak
main dia sekarang sampai tido pon tak kisah. Kan semalam I ada dinner company
kan? So Sazli je dengan Shein dekat rumah. Kata Sazli, dalam kereta otw balik
rumah dari rumah Maktok dia dah tido. Around 7.00pm macam tu. Kali ni terus
tido sampai pagi tadi. Puas hati dia dapat tido 12 jam.
I tanya Dyba, Sophie
macam mana. Kata Dyna Sophie pon tido lewat. Ajak main. Kekadang pukul 1.00am
baaaaru la nak tido. Makanya esok ni nak kerja. Tak koyak pulak mata kan? I
rasa bebudak nak masuk umur 2 tahun ni memang tak heran kat tido dah. Sebok nak
main jer…
Kan?
-eNd-
2 comments:
sikit lagi ko rasa....tak tido siang langsung...adoi la mta diorg ni berthaan tak penat ke
mimy hamid : tak tido langsung> fayel mcm tu ker? tak tido siang takpe, jangan tak tido malam udah.
Post a Comment