Friday, December 12, 2014

Minion Cake for Sheindong!

Assalamualaikum…

I tau Shein suka sangat dengan Minion dalam Despicable Me. Tahun depan ada sequel dia keluar. I nak bawak Shein tengok dekat cinema. I nak cuba. Taknak put too much hope yang dia akan duduk diam macam kiter orang-orang besar tengok wayang but boleh la kalau nak cubaaaa. Kalau dia meroyan, I nak mintak balik duit tiket wayang dekat dia. Hahahaha.

Last time masa pergi rumah Kaklong, Shein nampak bantal Minion Kakyang terus dia peluk. Lepas tu ‘Oooooo Oooooo’ melopong-lopong mulut dia. Nanti kalau jumpa mana-mana Pillow Minion I nak belikan dia. So far tak pernah pulak jumpa dekat mana-mana. Kalau dekat Toy R Us mesti RM23 juta kot harga. Sana memang harga cekik darah. Untuk Abah, Ultraman Shein yang Maktok beli dekat seratus sekor tu mohon bawak balik. Itu Shein punya. Macam mana boleh sampai office you? Haha.

Bagus Shein, nampak dah ciri kejantanan. Main nak Ultraman jer, lawan-lawan konon jatuh tergolek macam resaksa. Lepas tu toys suka Minion. Seb baik. Kalau dia suka Hello Kitty ker, aje mampos. Haha. Abang Kawasan punya ciri dah ada dah tapi tu la bab kuat merajuk masih tak boleh nak buat apa lagi. Abang Kawasan patut kena la mecho. Buat malu orang Ampang je.

So, memandangkan Shein suka Minion. I came out with this idea. Suruh Huda buatkan Minion Cake untuk Shein! I bagitau Huda, ‘Huda, aku nak kek coklat yang sedap sebab Shein suka chocolate cake. Tak payah buat fondant sebab tak sedap (Padahal mahal) Haha.  Buat size kecik sebab nak makan 5 beranak je. Lepas tu ko letak 4 ekor Minion atas dia. Edible ke, Toys ke, terpulang pada ko. Aku nak ada Dave, Kevin, Stuart dengan Jerry tau Huda?’. Gitu punya specific. Naseb Huda dah tau perangai I macam mana. Padahal Shein tu mana la watak-watak Minion tapi Mak dia kata kau? Gigih nak 4 ekor Minion!

Sekali bila Huda hantar gambar, rasa macam nak nanges. Ya Allah cantiknya. Petite cake. Ada minion and looks so yummy. It’s a chocolate cake with chocolate ganache and top with caramel and crunch mars bar. Perrrghhhh. Tengok gambar je I dah tau yang cake ni is incredible delicious. Yang penting sebab dia kecik dan comel. Dah la Minion tu edible… I tanya Huda, ‘Susah tak nak buat Minion ni?’ Huda jawab dengan senyum tayang gigi. Thank you Huda!

Minion Cake for Shein by Huda. Cantik sangat-sangat!

Minion atas tu is edible ok? Hope Shein tak makan la sebab comel sangat. Kata Huda boleh letak dalam kotak and simpan. Tahan lama. But we see how malam ni. Kalau Shein makan jugak I kena la redha. Haha.
Korang kalau ada wedding ker, birthday ke boleh order dekat Huda tau? Kat blog ni pergi cek kat Label Kek Huda dekat sini or add dia dekat Instagram dia dekat sini. I jamin kek-kek dia semua lawa-lawa. Bagitau je nak yang macam mana, and budget banyak mana. Dia boleh buat. Tak cekik darah pon. Dah la sedap.

Tak sabar nak tengok reaction Shein malam ni macam mana bila tengok kek ni. Sekali dia buat taktau, memang I terus salin baju main futsal kat sebelah Bora Ombak ni. Malas nak makan. Hahaha.

Kitorang dah book table dekat Bora Ombak. Bapak request nak restaurant yang dekat-dekat je dengan rumah and biar Shein boleh lari-lari. I mintak Lien dari Event4U untuk deco table. Letak la balloons bagi lawa. I tak tau berapa minimum pax untuk decorate table tapi I cakap kat Lien, kalau dia taknak buat siap dia!! I main ugut-ugut je dia. Lien pon redha je la. Tak berani nak tolak. Haha. Sian Lien. Tabah je la dia layan I. Semoga business terus maju yer Lien? Baik budak Lien ni. Berniaga berlandaskan Islam. Takde nak amek untung banyak-banyak. Jaga privacy customer semua. I suka.

Hasil deco table tu nanti I share. Dah kata malam ni kan? Mana la sempat nak amek gambar lagi. Tahun depan InsyaAllah bila Shein dah pandai appreciate things and ada rumah yang luas nak invite kawan-kawan boleh la Mama consider untuk buat birthday dia. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. I rasa macam special sangat-sangat hari ni. Rasa happy. Macamkan harini birthday I jer. Haha. Over jer.

Nantikan next entry pasal birthday Shein ok? Selamat berhujung minggu!

-eNd-

3 comments:

TengkuButang said...

alalala.. comelnya owner blog ni.. walau dah jadi ibu muka still cute..

teman minat minion gakk. heheheh

Latifah said...

comelll nyer la kek tu..
LatifahFazri

Chooyaya! said...

TengkuButang : heeeeeee. tq!

Latifah : kan???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...