Friday, December 12, 2014

Happy 2nd Birthday Sheindong!

Assalamualaikum…

Hapyy 2nd birthday Beshindongshindong Mama! Pagi tadi Sazli bangun awal solat Subuh. Pukul 6.00am kot? I tarik selimut lagi. Ishk Ishk ishk. Shein pun bangun jugak. Lepas tu masa 6.30am I duduk depan dia atas katil, lepas tu I cakap, ‘Happy Birthday Shein! Nanti jaga Mama and Abah yer?’ Dia buat bodoh je. Macam I takde cakap apapa kat dia. Gerammmm je. Lepas tu menonggeng-nonggeng, kaki kat muka I la, korek mulut Abah dia la.. Ngada.

Sebelum gerak pergi kerja, I suruh Sazli amekkan gambar I dengan Shein. Lepas tu dia ngamok-ngamok sebab nak tengok cerita Despicable Me 2 tu. Geram je I. Sudahnya takde sekeping pon gambar I dengan dia pagi tadi. Shein ni huru-hara la. Dia kalau bangun pagi, Bukak-bukak mata lepas tu dah boleh je mengemas terus. Takyah masa bertenang pon. Hahahaha. Sebok orang nak mekap, sebok tu la nak kemas bedak la, sikat la atas meja mekap. Grrrrrrr..

Rasa macam sekejap je masa berlalu. Tup-tup Shein dah 2 tahun. Macam baru je celebrate birthday Shein last year dah ni nak birthday dia lagi. Sekejap je kan? Masa Sazli post video Shein lari-lari dekat parking rumah kitorang pagi tadi, I rasa macam ‘Haih…. Cepatnya masa berlalu’.

Doa Mama untuk Shein, semoga Shein membesar dengan sihat, sempurna dan bijak. Jangan nakal-nakal sangat. Dengar cakap Mama adn Abah. Nanti dah besar jadik orang yang baik dah berjaya. Jadik anak, cucu, sahabat dan insan yang baik. Sayang pada semua yang sayangkan Shein ok? Yang penting. Hehehe. Ok la. Taknak cakap banyak-banyak kali. Nanti orang menyampah. Tapi…. Handbag Mama tuuuuuu. Ok la. Babai.


-eNd-


24 months ago, the world greeted you into this world with joy and delight. Mama feel beyond happy to see your cute face everyday. Happy 2nd birthday #sheindong !! No matter how many birthdays come and go, you'll always be my little boy. FOREVER. Thank you for being my son. Thank you Allah..

4 comments:

sharon m.q. said...

Happy Birthday, Sheindong!
Haishhh..geram je tengok pipi dia tu, kak su..

cik allord said...

happy besday shein,jdla anak soleh dan semoga membesar dgn sihat dan baik shien..dah besar blh jaga kak su aka mama :)

NaZa Luv said...

Happy bufday anakanda shein. Smoga mnjadi kbnggaan ayhbonda dunia & akhirat. Nnt tlg doa tuk auntie sha sembuh sama k. Klu ada apoinmnt kt gleneagles..leh kita ngedet! Slmt mneruskn usaha mmbsr n mntarbiyah shein su & sazli :). Sannah helwah sayang..

Chooyaya! said...

sharon m.q : tq sharon. kaksu pons elalu makan je pipi dia tu. geram.

cik allord : Aminnnnnnn. Doakan ye?

NaZa Luv : Auntie, mama pesan suruh email dia. dia try carik email add dekat blog auntie tapi takde.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...