Monday, December 8, 2014

Minion Cake For Shindong!

Assalamualaikum...

Jumaat ni dah 12/12 maknanya tak lama dah Shein nak 2 years old kan? Rasa macam sekejap je tetiba Shein dah 2 years. Macam baru je besengkang mata bila Shein kembung dalam pantang tu, tetiba now bila I marah Shein, dia dah pandai marah I balik. Haha. Haritu masa I tengok gambar Shein baby rasa macam sebak pulak. Terus Google, 'When toddler starts memorized' and I found this.

Article tu cakap, What's your earliest accurate memory? Chances are, it occurred after your third birthday, and until recently, scientists assumed that this was because children do not form accurate memories until the ages of three or four. But a new study from New Zealand suggests that children can correctly recall experiences from when they were two years old.

Bila baca jer macam tu, I terus la emos. Well, perempuan mana ada masa yang dia tak emos kan? Ke I je sorang yang selalu emos lepas tu nak tuduh semua perempuan? Haha.

I kalau tengok orang tukang isi minyak dekat stesyen pam tapi kerja tekun lepas tu muka baik pon sebak. Ada satu masa tu, I suka beli celop-celop steam boat dekat depan Ampang Point sebab Abang yang tukang jual tu senyum jer kalau kiter beli. Dia cakap ‘Assalamualaikum’ and sangat helpful tolong amikkan bakul nak isi celop-celop terus I rasa ‘Haih Abang, saya beli satu lori jer la’. Haha. Lagi pulak baca menda macam ni memang la I nanges. Mencurah-curah air mata keluar. Ni mesti orang meja depan I ingat I ada masalah rumahtangga.

I doa, biarlah kalau I mati, Shein dah boleh ingat I. Yang I ni emak dia. Paling sayang dia and dia ada memory pasal I. Main-main dengan I. Bergurau, holiday, I tidokan dia. Dia himpap I. cakar muka, korek hidung etc. I nak dia ingat I. Supaya dia tau, I ni Mama dia and I sayang dia terpaling sayang dalam dunia.

Tapi yer ker they can correctly recall experiences from when they were two years old? Sebab yang I ingat, I start to remember things when I was 5/6 years old. Tetiba I rasa I hidup. Time tu I main kereta polis mainan dekat rumah jiran I. Rumah Dik La. Itu first thing yang I ingat dalam hidup I. Lepas tu lagi banyak dah memory bermula dari sekolah rendah sampai sekarang. Lagi la dengan bantuan diary yang I suka tulis, lagi la banyak memory. Lepas tu bila baca balik mula la saiko sakit hati tak pasal-pasal dengan orang yang pernah buat cilake dekat I. Haha.

Hurm. Sebenarnya entry ni I nak cakap pasal cake birthday je tetiba panjang pulak intro. Hahah. Nampak sangat suka melalut. Soooooooooooo memandangkan Shein dah nak 2 tahun ni, I dah bagitau Huda awal-awal yang I reserve dia untuk buat birthday cake Shein. Nothing fancy pon this year. Sama macam tahun lepas, Kiter makan sama-sama dengan Baba and Maktok lepas tu amek gambar and potong cake. Tu jer.

I plan nak buat birthday Shein bila dia dah start appreciate things. Maksudnya dia boleh cakap, ‘Thank you Mama for the prezen’ or bila I boleh nampak muka dia bercahaya bila dapat hadiah yang dia suka. Macam tu. Ni nak potong kek pon huru-hara kena perambat lagi buat sakit jantung je. Lagipon tu semua kos! Hahaha. Naseb la ko Shein dapat emak macam ni. Well, you cannot choose your mother. Kena terima Mama seadanya ok?

Memangdangkan Shein suka cerita Despicable Me sebab dalam tu ada minion yang comel-comel, I suruh Huda buat Minions cake. Cake coklat yang sedap. Takyah nak fondant cake sangat. Yang penting sedap. Shein kan suka chocolate cake? Letak je 3 4 ekor minions atas tu pon dah ok.

Tapi tu la, bila tengok Minions Cake dalam Google ni terus perrrrghhhhhhhhh. Lawa siot! Ni bukan takat Shein happy, Mama pon tumpang sekaki. Korang tengok la ni. Comel-comel kan? Takper Shein, tahun depan kiter buat Minions cake lapan tingkat terus ok?

-eNd-



Carl


Phil


Tom


Dave!


Jerry

4 comments:

SyeraMustafa said...

suke sgt² baca blog kak su.

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Pastikan Minion 2-3 ekoq tu tak leh makan, kang makan, abih, nangih plk cam kes kek APOLLO tu ;)

Tahniah Shein.. Dah meningkat jadi abang long kawasan ni :P

Chooyaya! said...

SyeraMustafa : Kalau suka bak duit. haha

Haris Zuhaina : Tu la! Seb baik hang remind.

SyeraMustafa said...

hahaha...