Monday, December 8, 2014

Pasal Shein

Assalamualaikum..

Tengok la dua beranak ni kemain sedondon pakai. T-Shirt biru kosong dengan seluar askar-askar pergi berperang. Jeles je I tengok. Shein punya rambut tu pon ropol-ropol macam Sazli jugak cumanya tak panjang macam Sazli je. Kalau kena air, memang dah bra length rambut dia tu. Ikut Sazli memang dia nak biar rambut Shein panjang macam dia, tapi Majlis Jemaah Tertinggi tak approve, so redha la. Potong jugak kasik pendek. Dia pulak jenis rambut cepat panjang. Cukup 2 bulan dah kena potong.. 




Budak Shein ni dia memang pantang nampak ada ruang. Mesti nak menyelit. Kalau tak belakang, depan. Apa entah faedah dia. Melesettt jer kerja.

Si Shein now dah 15kg. Badan dia sedap nak peluk, tapi tak la obese. Balance dengan ketinggian dia. Shein punya makan pon I tengok-tengok jugak. Dia kan jenis kalau hulur tak pernah tolak. Kenyang pon tangan laju je amek makanan. Macam sapa tu Shein perangai? Ok la. Tak payah jawab. Haha.

Time baby ni comel la debab-debab ni, kot dah besar nanti jadik macam Abam Bocey tu tak ok jugak. Shein ni I nampak ruas-ruas badan besar and tinggi macam Bapak and Sazli jugak. Tak dapat imagine, lagi 10 tahun entah-entah Shein lagi tinggi dari I T____T

Badan je besar Shein ni, tapi manja nauzubillah! Kekadang geram je I nak tunjal. Perangai manja makin menjadi-jadi. Ada orang cakap, nanti kalau dia ada adik, kurang dah la manja dia. Yerrrr kerrrr??? Dia sekarang kan? Kata la kalau dia buat apa-apa yang I tak berkenan, I cakap, 'No Sheinnnn'. Nanti dia campak je apa yang ada dekat keliling dia. iPad, sikat, wallet, remote macam semua tu takde harga. Mana yang dan je dia capai. Haritu sesambil je nak amek henpon I nak campak. Banyak cantik? Bila dah campak nanti dia pandang I and angkat jari telunjuk cakap, 'A, a!' Macam warning tu. Padahal dia yang buang lepas tu nak warning I.. Poyo.

Aritu masa dia bukak peti ais I cakap 'Shein, No... Danger'. Member dah tinggi, so dia capai telur baling dekat I. Seb baik sempat sambut. Kusss semangat! Shein memang jenis penyibuk. I kat daput nak basuh botol dia pon, nak jugak menyelit celah kangkang. Semua menda nak menyibuk. Ada masa, mandi pon I kena bukak pintu bilik air. Dia nak tengok. Pastu nanti I cakap, 'Shein, Mama kan Girl? Mana boleh you tengok Mama mandi'. Nanti dia gelak notty. Haha. 

Semalam dia main himpap-himpap I. I cover la tetep dengan tangan, pastu Shein marah. Dia suruh I alih tangan I. Kalau letak jugak tangan kat dada, nanti dia guling-guling dekat lantai. Lepas tu dia boleh buat akrobatik, duduk bebetul dekat perut. Sazli kata, 'Biar la.. Shein nak gurau dengan Bubu'. I diam jer, tak jawab cuma bila Shein berdiri kat atas perut I, I cakap macam ni.' Shein, yang Shein berdiri tu, kat situ la Shein keluar dulu. Sian Mama. Shein kan 15kg?'

Terus Sazli cakap, 'Shein, jangan buat Mama'. Haaaaaaaaaaaaaaa tau pon. Shein pon satu hal. Perut Mama jugak yang dia nak berdiri. perut Abah dia taknak.

Jap. I tau naper dia taknak.

Sebab perut Abah kan macam pregnant 4 month. Susah nak balance kot? Hahahahahhaha

-eNd-

5 comments:

Unknown said...

kak su,hari tu nak tanya psl ni la,normal ke kids umur mcm shien ni suka baling baling brg,anak kite suka tau skang,bila kite say no dia xpuas ati,dia balik brg apa yg ada dpn dia..nangis mak diaa ni

IeRA said...

salam singgah..

Jemput follow blog saya ye..tq

Unknown said...

It's normal su kids about shein age suke baling2 brg, yg su citer kat atas tu dari part suke lempar brg pastu kal kite tegur lagi dia baling then wat sign no no no sambil angkat jari telunjuk tu sebijik pangai my son. Most kids akan go through same cycle of behaviours to grow up cuma yg beza nya extreme ke tak je la. And fr there it's up to us as parents to control d situation

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue. Dah 15kg... BAguih Shein.
My dara thn depan dah darjah1, tp still 16kg, sepatutnya 21kg br ideal.
Lasak n tak mo tidoq siang, rugi katanya... mmg suka meleset cam Shein jg...

Chooyaya! said...

cik allord : normal. waktu usia mcm ni memang dorang akan ada sikap yang mcm tu. dont worry. shein pon sama jerrrrrr

Iera : selamat berkenalan

Wizana : Noted. setakat harini semua well control lagi. hehe

Haris Zuhaina : girl memang lagilaaaaa manja kan?