Friday, December 19, 2014

MURTABAK CHEESE !!

Assalamualaikum..

Sekarang makanan pon dah ada trending kan? Dulu memula semuaaaaaaaaa orang kecoh dengan cupcake, habes zaman cupcake tetiba zaman pavlova. Dah habes zaman pavlova datang pulak trend durian crepe. Sana sini orang upload masuk sosial network. And lately ni kalau korang perasan zaman Pelam Asam Boi sampai la ramai yang jadik Usahawan Segera jual asam boi.

Now zaman Pelam Asam Boi dah berlalu and ada pulak satu jenis makanan ni yang baru nak up. Murtabak Cheese! Untuk orang Johor beruntungla sebab Murtabak Cheese ni memang senang nak carik dekat sana. So sapa duduk dekat KL cuma mampu menadah ailio jer laaaaaaaaaaaaaaa. Termasuk la I.


Kredit to Yuyu Johanna for this Murtabak Cheese photo


This murtabak cheese photo was taken from here

Sesapa yang tau kat mana port Murtabak Cheese dekat KL korang bagitau I eh? And kepada peniaga murtabak, I rasa ini la masa yang sesuai untuk korang improvise resepi murtabak jadik extraordinary delicious buy putting extra cheese on it. Kan? Dengan promosi besar-besaran I rasa memang boleh buat duit la. Sebab rasanya tak ramai lagi peniaga Murtabak Cheese dekat KL ni.

Sebagai contoh Burger Bakar. Satu masa dulu memang burger bakar ni pernah la meletop. Even sampai sekarang pon masih lagi ada yang still berniaga burger bakar but trust me, kalau ada sapa yang mulakan business Murtabak Cheese sekarang ni memang boleh jual. Kot-kot ada yang berani buat Murtabak Cheese Frozen and buat delivery by pos pon, tak kena gaya boleh meletop.

So mana-mana bakery or peniaga kecil-kecilan, I rasa sekarang memang masa yang sesuai untuk korang memulakan trend Murtabak Cheese. Idea I dah bagi ni. Kalau ada sesapa mintak I review Murtabak Cheese pon tadek masalah. Heeeeeeeee.

-eNd-

4 comments:

eda said...

hoyeahhhh murtabak cheese ...
meh kita viral kan hhahahaha ...

eda pun sanggup jd tukang review hahaha ..
kan intan kan kan kan kan , eh ~~~haha

Chooyaya! said...

eda : sebok nak intan kenapa? pang nak?

Iris Kitchen said...

hai sy ada jual frozen murtabak cheese http://iriskitchen.blogspot.com/2015/01/murtabak-cheese-leleh-punya.html

galuh deszka said...

Nice Article..
oya, boleh bagi tau recipe murtabak cheese ni..
nak buat lah..
saya from aceh, dan tertarik untuk buat usaha ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...