Tuesday, December 23, 2014

Pangkor - Day 1

Assalamualaikum…

Sambung pasal Pangkor yang entry semalam eh? Macam yang I cakap, tujuan ke Pulau Pangkor ni untuk attend wedding jer. Memang bukan for vacation. Pergi Jumaat, balik Sabtu. Sempat la nanges sembam muka dekat kerusi kereta sebab Malaysia kalah agregat dengan Thailand untuk Piala Suzuki AFF.

Dah la. Taknak cakap pasal bola. I sedih. Semalam masa Sazli tengok ulangan pon I sedih. Kata Sazli, ‘Bubu, player semua ok. Dorang dah main sungguh-sungguh. Kiter menang pun kan? Cuma kalah agregat jer. Fans pon ok, rakyat Malaysia pon semua ok. Game dah cantik, luck je takde’. Beria la Sazli convince I tapi tetaaaaap I sedih. Masuk bilik sambung nanges. Hahaha. I memang beremosi skek kalau pasal bola. Poyo.

Kitorang pergi dari KL ke Lumut tak ikut highway. Ikut jalan lama yang kena lalu Kuala Selangor tu. Ijok, Banting etc. I rasa macam bapak la jauh. I dengan Shein tido, dalam sejam lebih jugak. Jaga-jaga tak sampai pon kat Sungai Perak lagi. Sian Sazli drive sorang-sorang sebab yang lain semua membuta. Haha. Yang naik dengan I ialah Mak, Kakyang as a co-pilot yang tak berguna and Shein. Family De and Adik Abang Halim (Abang Ipar I) naik kereta lain. So kitorang bertunda 3 bijik kereta.

Dorang dah la jenis drive tadek berenti-renti. Sazli dah ngantok lepas tu dia ask Kakyang to call Abang Halim suruh cakap Atok nak kencing. Kata Mak, ‘Eh tak, Mak taknak kencing’. Pastu Sazli cakap, ‘Ok, kata Kakyang la nak kencing’. Ayang pon cakap dia ok lagi lepas tu suruh cakap I nak kencing. I jawab, ’I taknak kencing!’. Hahaha. Last-last Sazli cakap, ‘Bagitau je la Pakcik nak kencing Kakyang’. Hahaha. Kan senang macam tu? So kitorang singgah kat tepi Sungai Perak yang guna jalan bukan highway tu and berenti for lunch and luruskan badan.



Seronok kau eh Shein? Sesambil kejar rama-rama boleh je berak sekali. Haha.

Bagus jugak berenti dekat sini sebab Shein pon berak lepas masuk semak kejar rama-rama. Memula tengok macam separuh duduk, ingatkan dia intai belalang ke apa sekaaaaali berak! Hahahahaha. Lepas tu kitorang meneruskan destinasi sampai la ke Lumut. Dekat Lumut kiter naik ferry. RM10 tambang pergi balik untuk dewasa and RM5 untuk kanak-kanak. Kalau dari Jeti Lumut perjalanan lebih kurang 30 minutes untuk sampai ke Pulau pangkor. Kalau naik kat Marina dalam 10 minutes je.


Dah sampai Lumut Jetty! Tu budak tuuuu, mana nak duduk diam dia? E!



I dengan De


Terminal Jeti Lumut. Gambar taken from Google.


Feri dari Lumut ke Pulau Pangkor. Gambar also from Google.


Shein dalam feri takde der nak duduk diam. Lari sana, lari sini. Pedulik haper dia? Tengok la Sazli, muka dah habes redha dah.


Cantik kan pemandangan? Shein riuh sangat mulut. Asyik tunjuk laut je. Untung Shein, kekecik dah naik feri. Mama dulu first time naik feri umur 27 tahun. Tsssk Tssssk T___T



Ni I amek dari I punya Instagram. otw dari Lumut Jetty ke Pulau Pangkor.

Sampai dekat Jetty Pangkor, terus naik van pink tadek aircond, lepas tu driver van bawak macam nak masuk F1 sampai ke Homestay. Pulau Pangkor ni besar la. Sini semua ada. Sekolah, Klinik, Balai Polis etc. Memang tempat orang duduk. Lebih kurang macam Pulau Langkawi tapi Pangkor is slightly smaller la of coz. Orang kat sini macam hitam skek. Kata Mak, dorang hitam sebab main panas. Sesuka hati dia je. Lepas tu jangan pelik tau? Walaupon Pangkor dalam Perak tapi orang kat sini cakap Kedah! I pon terkejut memula.



Berderet ada van dekat Jeti Pulau Pangkor. Tadek hal. Semua van kaler pink. Ala kadar je van dia.. Aircond pon nak taknak je sejuk. Haha. Gambar ihsan Google.

Tambang dari Jetty ke Homestay yang family pengantin lelaki sediakan tu ialah RM25/van. Tak sempat duduk lagi, Sazli ajak carik mana-mana resort/chalet sebab macam sesak sangat dah rumah tu. Ramai sangat. Acane nak mandi etc. Bilik pon ada 3 je. 1 dah jadik bilik perantin so bilik pempuan 1, bilik lelaki 1. Perrrrghhhh so kitorang call balik van, suruh ambik dekat Homestay and pergi ke Pangkor Holiday Resort. Tambang kali ni RM20.00/van. Tak sempat dah nak carik tempat lain. Sebab internet pon slow and malas dah nak fikir apa. Fikir nak mandi, baring + nap je. Penat perjalanan. Ketiak pon dah berlengas.



Gambar Chalet Pangkor Holiday resort dari Google.

Kitorang dapat bilik. Tapi bagi I, harga chalet yang ala kadar tu tak sepadan dengan harga. Saiko punya pasal, hari semalam I Google chalet/hotel dekat Pangkor yang elok-elok sikit dari tempat kitorang duduk tu. Haha. Tapi takper la, much better dari duduk ramai-ramai dekat Homestay yang memula tadi. Kitorang amek Chalet yang ada 1 katil king, 1 katil single for RM220/night net. Harga jadik mahal dari booking online. Sini konsep dia tido je. Takde breakfast disediakan. Takper laaaaaa. Janji ada bilik nak tidor. Ni I tengok dalam gambar lawa pulak. I saspek I mengada sebab yerlaaaa biasa duduk hotel kat KL ni semua kan macam lawo-lawo je. Kat sini bukak sliding door, nampak sekolah. Lepas tu Receptionist dia pulak Pakcik Cina owner chalet ni. Muka nak kelat je. E!

De, Mak and the rest pergi majlis pernikahan adik Abang Halim lepas Asar tu. I, Sazli and Kakyang rehat dalam bilik and tidoooo. Heaven sangat! Pasang aircond 6, tutup langsir. Perrrghhh. Nasib baik Shein bagi kerjasama untuk tido. Kalau tak, sekian Mama dia jadik tarzan lagii.

Dalam pukul 7.00pm Mak balik. Dia kata lapar. So kitorang mandi-mandi and lepas Isyak keluar carik makan pulak. Kitorang jalan kaki kat depan tu je lebih kurang dalam 300 meter. Sesambil cuci mata dekat kedai baju and cenderamata. Lepas makan, balik semula ke chalet and tiiiidooooooo. Masa Mak beli jagung bakar tu, ada la sorang Mamat ni nama Wan. Dia kata, kalau nak pergi island hopping or snorkeling, bagitau dia. Kena hati-hati sebab kekadang orang kat sini dia charge yang bukan-bukan dekat orang luar.

Kata Wan ni pulak, community kat sini memang rapat. Kenal each other. Habaq ja hang anak sapa, kami kenai semua. Sebab kat sini kecit ja, pusin-pusin jumpa oghang yang sama jaa. Ha. Pastu kata Wan ni, kalau nak bawak masuk kereta, kena bayar RM100 untuk masuk, RM100 untuk keluar. Kereta tu diangkut naik kapal. So, kalau plan nak masuk more than 5 days, berbaloi la bawak masuk kenderaan sendiri sebab sewa kat sini harga dia lebih kurang RM100/sehari.

Nanti kalau nak pergi Pangkor lagi for vacation, I carik je la budak Wan ni. Senang. Moga-moga tak kena ‘sembelih’ dengan orang Pangkor. Sebab ada reader bagitau, dorang kena charge makan harga melampau.  Kata Si Wan tu jugak, ada orang luar makan kat satu seafood restaurant ni, Makan 4 orang yang simple-simple sampai kena RM900.00 perrrrghhhhhhh!!!

Lepas makan, kitorang balik ke chalet. Shein pulak dah huru-hara aktif. Sebab dia tido petang tadi dah lama. Bangun pukul 8.30 malam kang? Mendapat la dia aktif taknak tido ajak lawan-lawan Ultraman. Panjat sana, panjat sini. Last-last susah sangat, I tutup tv, tutup semuaaaa lampu pastu pura-pura mati baru la dia tido. Dia korek hidung I, korek mulut I buat keras je. Siap lempang muka I. I tak gerak-gerak. Sebab kalau dilayan Shein tu sekian dimaklumkan, sampai kepagi tak tido pon takpe.

Done untuk hari pertama. Bersambung hari kedua next entry ok? Kang kalo tulis panjang-panjang korang tu bukan boleh caya. Scroll scroll je. Nyampah.

-eNd-

5 comments:

Jueliza Jamani said...

wahh bestnya.. bila tahun nak sampai ntah.. ada 2 backpack ni memang semput kejap.. hehehhe

aisha said...

eh baca dengan penuh kusyuk tau even office tgh fire drill skarang ni... siap sempat komen.. dah tu bukan nak share no wan tu.. tak nak kena tipu sorang2.. tak baik ni tau..

Unknown said...

I rasa kita ni macam berjodohan jer..hehe..i pun baru balik dari lumut. Ahad pergi Pangkor balik hati tapiiii nak tunggu Feri tersangatlah hazabnya...line up sampai sejam ditengah tengah panas yang berdesing :(

mamabeauty said...

hahaha entry panjang malas baca ya..

so far baca jer sampai abes.. hehe

dah lamala tak pegi pangkor.. last was 7 years back kot

Chooyaya! said...

Jueliza Jamani : InsyaAllah one day. kalo tak huru hara macam shein, ok je kot 2 backpack. hehe

Aisha : Hahahhaha. ok. next entry kaksu share

Nurain Sazila : kiter balik kl sabtu. kalo ahad mesti jumpa. time haritu pergi balik que sekejap je. alhamdulillah.

mamabeauty : mana tau kot scroll. hahahahha