Monday, January 19, 2015

AJL and CaliphBusker

Assalamualaikum..

Malam tadi korang tengok tak Juara Lagu? Walaupon semua orang tau Lagu Apa Kabar nyanyian Joe Flizzow and SonaOne yang menang tapi rata-rata yang tengok lebih banyak bercakap pasal lagu Roman Cinta by Mojo and The CaliphBusker. Kira macam dorang People’s Champion la. Orang ramai nak dia menang. Sebab one thing we Malaysian kalau bab menda-menda ada menusuk kehati, simpati, derma etc memang hebat. InsyaAllah mesti ada jer yang nak membantu. Sebab tu dulu Mawi menang besar masa AF.

Jaga Mak… Jaga Mak… Jaga Mak…. Eh. Itu Ina! Haha. Ok. Tak kelakar.

Bagi I, vocalist Calipbusker tu cacat penglihatan dah jatuh number dua. Suara dia come first. Memang mantap kot? I dengar dia nyanyi rasa sebak nak mampos. Tu la, Allah kan? Dia bagi bakat yang besar pada orang-orang yang macam ni. Tengok muka suci jer, memang nyanyi from heart. Bergema satu dewan semalam. I agak kalau I kat Stadium Putra semalam, I la paling kuat nanges. Haha. Lepas persembahan dorang, I dah macam tadek hati dah nak tengok. Sebab rasa macam dah klimaks. Haha.

Lepas jer habes dorang nyanyi terus I paksa Sazli, kawan-kawan and family untuk vote Mojo for persembahan terbaik. I nak dia menang. Duit tu Caliphbusker boleh simpan and guna waktu susah. One thing, Edry memang terror. Dia bagi peluang untuk orang yang macam ni, buat persembahan dekat pentas berprestij dengan artis-artis lain. Kongsi pentas dengan Alyah, Amy Search, Joe Flizzow etc. Perrghhh hebat giler kot? Salute la Edry!


I hantar pukul 10.30pm vote for Mojo, lepas tu tak reply-reply jugak. Tu I bagi lagi sekali pukul 10.38 pm. Bila dah marah baru nak reply. Hahahahaha,


Berbaloi undi sebab Mojo menang persembahan terbaik. Yayyy!!!

Allah punya perancangan kan? Aweera tarik diri and dah tertulis rezeki untuk Caliphbusker. Mana tau lepas ni mereka lebih dikenali and lebih murah rezeki. I doakan, mudah-mudahan. Amin……

Edry dengan Caliphbusker

Pagi tadi I tanya Mak, ‘Mak, Mak nak sapa menang?’ Mak jawab. ‘Mak nak Nurhafizah menang tapi kalah pulak’. Mak, ada ker penyanyi nama Nurhafizah? Pastu kata Mak, ada la… Yang hitam tu. Yang dapat number 3. Itu Dayang Nurfaizah! E… Confident jer dia tu tau? Sesuka hati bagi orang nama lain. I tanya Mak, ‘Mak masa tengok orang buta tu nyanyi Mak sebak tak?’ Pastu kata Mak tak. Sebab hati Mak Janda memang keras sikit. Susah nak sedih.

Wow. I like your statement Mak. Hahhaha. Sabar jer la Mak ni.

Okla. Dah tadek menda nak komen pasal Juara Lagu tapi pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeee la station Tv. Stop la amek penaja Qu Putih Qu Putih Barulah Putih ni. Dah la asyik tunjuk muka dia, pastu dalam skrip 8 juta kali nak sebut, tak cukup tu skrin blakang pon ada dia jugak. I rasa nak terajang je tv. Macam rancangan lawak pon ada. Naseb baik Juliana Evans tak cakap kat Dayang,’Dayang, I rasa you should try Qu Putih la. Mana tau kulit you yang kaler gold ni boleh tukar puth’.

Tapi kalau Qu Putih bayar juta-juta untuk marketing strategi, I rasa memang berbaloi. Sebab ayat qu putih, qu putih barulah putih tu dah stuck kot dalam kepala I. Satu soalan nak tanya, kenapa topi dia dalam commercial break tu macam kuali Tefal? HAHAHAHAHHAHAHA

-eNd-

P/s: Ok. Dah edit Juliana punya nama. Hahahaha. Ko pon sama je confident level tinggi macam emak engko.

6 comments:

wanna said...

sokong kak su, memang meremang bulu roma bila dengar lagu mojo tue..


-p/s-kak su, bukan ke nama dia juliana evans ke?

aku nama nora said...

kah33333 i gelak kuat part kuali tefal, ok nak sambung gelak

Fiza Abdul Rahman said...

Kak su,

ni pendapat ai tau.. ai rasa kenapa mojo tak menang.. sebabnya maybe juri takkan nak pilih singer unprofessional kan yang menang.. mana nak letak air muka singer professionalkan.. mau jadi isu hangat... so diorang bagi mojo menang utk persembahan terbaik...

mamabeauty said...

jawapan you mom memang win hehe

Mimy Hamid said...

pffffttt gelak nak mampus la entry ko ni..surayaaaaaaaaaaaa...sperti mana dan kau mentari.....hahahahaha

Haizan Qaseh said...

ngek ngok kuali tefalll...hahahaha...haaaaaaaaaaa....
terkentut2 gelak oi kasu..hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...