Monday, January 19, 2015

Sri, Shein and Vacuum

Assalamualaikum..

So acane korang punya weekend? Mine is Alhamdulillah. Ada happy moment, ada sad moment. Life is like that kan? Ada turun naiknya. Harini kiter happy but esok lusa belum tentu lagi. Apapa pon yang mendatang, susah macam mana pon kena deal with it. Everything happens for a reason. Yang tersurat dan tersirat disebalik ujian Allah, kiter tak tau. Gitu la…. Life. Things change, Friends leave. But life must go on. Life’s doesn’t’ stop for anybody. So apapa pon kena deal with it and move on. Ok? Love you. (Tetiba). Haha.

So, pagi Sabtu tu, I bangun awal pulak. Menyampah mata ni. Time cuti pukul 4.00am dah jaga lepas tu dah taknak tido. Kalau hari kerja, kalau boleh nak tido sampai pukul 12.00 tengahari. 

I memang follow Sri (Kawan UiTM Saz) punya FB lately. Risau sebab I know Mak dia tengah tak sihat and I nak tau Mak dia punya perkembangan sebab tak silap I on Wednesday, Mak dia buat this operation jantung. And Sri kata all is brand new, Alhamdulillah. Mak dia dah discharge pon. So I rasa lega. Tup-tup on Saturday tu Sri update status dekat FB cakap mak dia dah meninggal. Ketar-ketar tangan I baca. Sebak taktau nak cakap apa. Emak kan? Bukan senang nak face waktu kehilangan emak macam ni. I dah rasa macam mana hilang Ayah, rasa macam melayang nyawa.

I kejut Sazli slow-slow and cakap dekat dia, Mak Sri dah meninggal. Saz terus meloncat dari katil. Terkejut dia lepas tu pening kepala. Saz terus bersiap and ziarah Sri and family dekat Ampang. Area rumah Bapak je. I nak ikut tak boleh sebab Shein still tido dengan gembira. Takziah Sri. Semoga Sri and family tabah terima ujian Allah ni. Semoga emak Sri ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn…. Al-fatihah.

Masa Sazli dekat rumah Sri, I kawan jer la berdua dengan Shein. Dia asyik la nak tengok Monster House tu. Sesambil melayan Shein, I kemas rumah wangi-wangi. Shein sesambil tengok tv, dia makan snacks. Abang-abang sangat perangai. I bagi dia Perfecto chips yang original flavor. Tetiba tengah makan, diam je.. I tengah sidai kain waktu tu, bila check Shein, tengok dia buat chips tu macam bunga rampai. Ramas, lepas tu tabor atas karpet rasta kitorang tu. Perrrrghhhh. Tak menyirap pulak I. Sesuka suki je nak buat macam tu. Ramai sangat onggaji nak tolong kemaskan eh?


Budak penakot vacuum ni!

I pon ambik la vacuum dalam bilik sebab nak sedut habuk-habuk chips yang Shein dah tabor tu.

Tak teringat yang dia takot vacuum. Last time, masa Sazli guna vacuum dia nanges-nanges. Ambik hose tu, pastu baling. I agak, dia fikir vacuum tu nak makan kitorang kot? Among everything dalam dunia ni, Shein takot vacuum. Hahahhaha. Omel sangat ko ni Shein. So bila Shein nampak je I bawak keluar vacuum dia dah huru-hara nanges kehulu kehilir. Kejap masuk bilik, kejap keluar. Kesian sangat I tengok, tapi I need to clean up the carpet. Kang semut gigit telur dia, dia jugak yang sakit. Shein memang nanges macam hilang arah. Lepas tu well, dah nama pon I kuat menyakat. I amek vacuum hose tu lepas tu buat-buat macam nak kena sedut.. 

I cakap, ‘Shein, tolonggg Mama… Sheinnnnnnn’. Lepas tu I buat-buat nanges. Shein huru-hara nanges keluar masuk bilik badan gigil-gigil. Dia face dia punya fear, datang dekat I. Lepas tu dengan tangan ketar-ketar dia tekan je semua suis dekat vacuum tu. Lepas tu ambik hose vacuum campak jauh-jauh and terus tarik tangan I bawak masuk dalam bilik. Tutup pintu kuat-kuat lepas tu dia peluk I. I dapat rasa badan dia menggigil. Ya Allah siannya anak Mama.. Takot sampai macam tu sekali. Bila ingat sekarang I rasa menyesal pulak menyakat dia macam ni.

Sayang Shein dekat I. Dalam pada takot, dia face dia punya fear and tetap datang selamatkan I. I know you love me and I love you too son… Taknak dah sakat Shein macam tu lagi. (Tapi tak janji la. Haha) Tapi best sebenarnya walaupon kesian. Kata macho sangat Otomen, dengan vacuum pon takot ke? Podah! Hahaha.

Duduk la kami berdua dua beranak dalam bilik. I nak keluar jer, Shein nanges and tak bagi. Sampai la Sazli balik. Bila Sazli balik, laju dia lari bukak pintu and dapatkan Sazli. Pastu mengadu bahasa German. Hahahahah. Kata Sazli, konon-konon Sazli gaduh dengan gangster dekat tengah jalan. Lepas tu Shein keluar dengan baju sleeveless Harley Davidson bawak kayu baseball nak selamatkan Sazli. Kira macho la. Jalan tegak and badak ketak-ketak.

Skali, gangster tadi tau Shein punya kelemahan. Dia bawak keluar vacuum terus Shein lari. Hahahhahahahha. Bodoh nih!

Lepas zohor, I pergi Fikcles sebab nak makan-makan dengan Filla and Elly. Dah lama tak jumpa dorang. Peej ada wedding so tak dapat nak join. Yang tu nanti I cerita dalam next entry eh? Sabtu memang pack of activities. Sazli lagi la. Malam lepas maghrib ada kenduri dekat rumah Pakcik Rosli, lepas tu pergi Sri Kembangan pulak jumpa kekawan Teknik Kulim dia. I tinggal dengan Shein dekat rumah lepas tu apa lagi, membute laaaaaaaaaaaaaaaaaa. Sekian cerita hari Sabtu kitorang.


I cilok gambar ni dari IG Elly. I tengok muka Elly dengan Filla licin jer. Mana aci nak lawa sorang-sorang lepas tu I paksa dorang share apa dorang guna. Kata Elly, hujung bulan ni InsyaAllah dia akan come with dia punya jenama sendiri for skincare product. I make sure, I antara yang terawal cuba. Nak jugak kulit muka lawa macam dorang.


Elly kata, woi kaki jangan silang. Nanti kang kena lahar dengan haters. Hahaha. Si Elly dengan Filla la share macam mana dorang nak deal dengan haters. Dorang dah tahap kebal dah. Tahap tak kisah. Lantak la korang nak cakap apa janji aku kenyang makan. gitu konsep dia.

KBye. *Cam sentut je ending. Hahahaha.


-eNd-

2 comments:

sharon m.q. said...

Bahahahahahahah..jahat tau Kak Su ni buat Shein camtu..sian dia tapii at the same time lawak okeh.. Cite la pasal Shein lagiii..

P/S: Takziah untuk kawan husband kak Su yang bernama Sri tu..

Haizan Qaseh said...

hoi jahat sangat ni.....hahaha thanks kak su....atleast ada gak senjataaaa nak bg takut...kalau anak meliarrr sgt..hahaha..tapi kesian gilerrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...