Tuesday, January 20, 2015

Of Shein

Assalamualaikum..

Semalam rasa macam extra rindu pulak dekat Shein. Lagipon kesian dekat dia.. This week dia kena duduk school and tak boleh la dia nak bermaja or jadik Guru Besar sebab Baba and Maktok takdak dekat KL.


I love you Sheindong!

Tapi biasa la I, kawan sekejap jer dengan Shein. Bila dia dah start buat perangai memang that’s it. Geram jer nak tunjal. Shein ni dia suka merengek. All the time. Manjaaaaaaa sangat. I pulak balik kerja terus jadik Bibik, dia pulak sambil tumbas nak menolong sampai terlanggar-langgar dengan dia. I tengah sapu sampah lepas tu dia berdiri depan I and angguk kepala 5 6 kali sambil hulur tangan. Macam nak cakap, ‘Ok Mama. Let me do this’. Lepas tu bila I cakap cannot. Dirty…  Nanti dia pandang I 3 saat lepas tu terus hempas badan guling atas lantai.

I lantakkan ajer. Malas nak layan. Tapi kalau I tak layan, dia takkan puas hati. Mana yang I tengah buat kerja, situ la dia baring. Hahaha. You ni memang ultimately attention seeker la Shein! Dalam pada geram rasa macam comel pulak.

Bila dia nampak I duduk, dia mana nak senang hati. Kedengki jer. Kejap kang pergi dapur mintak makanan. I tak layan, dia ambik sendiri. Ambik potato chips letak depan tv. Bangun lagi ambik air dalam botol kecik, minum sendiri. Hahahahah. Kesah pulak dia kalau I tak layan kan? Orang dah besooooo, boleh ambik sendiri la Mama.

Dah dapat semua yang dia nak, dia takde der nak duduk diam. Habes-habes bodoh pon, nanti dia bukak peti ais, lepas tu ambik telur buat macam laga-laga guli tu. Takpon letak bawah ketiak. Nak taknak. Kena la I bangun. Kang kalau telur tu pecah, Bibik ni jugak yang nak kemas. Shein ni, dia tau tak yang I kalau sampai aura pemalas, kencing pon I sanggup tahan. Punya malas nak masuk toilet, dia pulak lagi nak peramah buat ‘kerja’ dekat dapur.

Shein also sometime jadik adventurous melampau. Naik meja, lompat dekat sofa. Or lompat dekat bantal bean kitorang tu. Ada sekali, dia lompat macam mana entah kepala kena kerusi. Dia nanges. I buat bodoh jer. Geram. Sebab dah cakap banyak kali, dia tak dengar. Ha.. Rasakan. I boleh keras jer. Dalam hati I cakap, ‘Padan muka’. I taktau la kalau I sorang jer kejam macam ni tapi ada masa kalau dia dah melasak sangat, I cakap dengan dia pon macam cakap dengan dinding so bila dia jatuh, sakit. I rasa macam padan muka ko. Haha. Kejam.

Tapi sekejap jer la. Lepas tu I angkat dia and pujuk. Slow talk balik. Pesan jangan nakal-nakal. Nanti Shein yang sakit. One thing Shein ni I tengok, kalau apapa dia buat selagi tak ‘mendapat’ dia takkan serik. Aritu dia main sliding door, sekali dah terkepit serik sampai sekarang. Tau poooooon.

Malam tadi dapat peel baru. Tido nak berpeluk. Kepala dia dekat muka I. baring atas muka. Tangan dia pegang. Baaaru la nak tido. Dah nak tido berpeluk jugak. Pagi tadi dia bangun awal, time tu I tengah siap nak pergi kerja, nampak I je terus ambik tangan letak kat perut dia suruh peluk. So takyah pergi kerja ke acane ni Shein?

Sementara dia sorang ni boleh la Mama layan. Sok lusa dah ada adik, harap dia pandai la jaga diri. Tapi anak sulong ni dia macam orang ada 2 bini. So anak sulong ni like bini tua la. Best macam mana pon bini muda, tetap bini tua paling kiter sayang. No?

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on

Kawan baik

-eNd-


1 comment:

FadMN said...

ohoiii .anak dara ku yang sorang tu lasak kalah jantan ko.baya2 shein la.geram betul kadang2.hari2 gaduh dah mcm tarzan.haha.kang pastu dia datang sondol2 cakap "shayang mama'..pastu cium ganas2.pun jadik gaduh.hahaha.

tulah kan pengarang jantung.

FAD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...