Tuesday, January 27, 2015

Food Hunting Day!

Assalamualaikum..

Sabtu tu patutnya I lepak dengan Rish dekat Ge Mall je (tempat favorite). Tapi bila Aliah cakap nak makan Mille Crepe dekat Food Foundry and Sri pon kata kat situ Salted Caramel Mille Crepe dia ialah yang terpaling sedap dalam donia so terus ajak Rish pergi sana. Kata Saz, ‘Jauhnyaaaaaaa’, lepas tu nak terkeluar bijik mata I jeling dia. Haha. Sazli tu memang. Kalau boleh nak jalan dekat Ampang jer. Ampang Park, Ampang Point, GE Mall, KLCC kira naseb baik, Pavilion? Takder der. Nak pergi sana, pergi dengan kawan-kawan kata Saz. Pakcik-pakcik sangat. Nyampah. Haha.

So kitorang pergi la berlapan plus 3 babies. (Altaav and Shein tak berapa nak baby sangat dah). 

Food Foundry ni dekat Seksyen 17, PJ. Ni alamat dia. BG-8, Jalan 17/13, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Food Foundry ni memang out from kitorang punya territory. If korang nak pergi, boleh guna Waze or Google Map. Nanti jumpa la. Nak bagitau apa landmark pon I bukan tau sangat kat PJ ni. Yang pasti sini memang bukan area orang melayu. Tapi restaurant ni semestinya Halal. Aminnnnnn.

Kitorang plan nak makan dessert saja. Sebab kata Hani, kat area sini ada satu kedai burger sedap. Nama dia My Burger Lab. Dekat PJ jugak. Bila Hani tunjuk dalam Instagram gambar burger dia terus kitorang suap laju-laju Mille Crepe tu. Hahahaha. Dasar pemakan macam ni la. Ni dok depan mata makanan yang dinantikan dari semalam ni, skali bila ada next target semua kemain gegar-gegar bontot tak sabar nak makan. Sazli pulak memang suka makan burger, dia pon naik la semangat.


Sampai-sampai je dekat sini, I terus cakap pada Rish. 'Ok Rish, I amek gambar you dengan Raisa. Nak masukkan dalam blog', terus Rish excited lepas tu senyum lebar-lebar. Hahaha. Nampak sangat dia excited. Bongok la Rish! Si Raisa tidooooo jer kerja-kerja. Good girl sangat. Dia marah pon sebab dah bosan duduk. Bila bawak jalan dia happy balik.



Shein and 'Ayah' Fairuz. Shein pon ok jer, dia now dekat kedai makan bagi je mangkok, cawan and sudu. Main lah dia air ke, makanan ke, masak-masak ke. Buat la macam mana asalkan dia happy. I dah tahap redha. Si Aliah je yang tak redha Shein cedok kek Rish letak dalam air. Hahaha. I cakap pada Rish, 'You maafkan la Shein eh Rish'. Rish kata takperrrrr. habes jahanam kek dia, dah tadek rupa kek dah. Shein, ko tau tak kek kat sini RM13/slice? Bak uwet!


Tenkiu Aliah bawak Maksu makan kat PJ yang jauh ni. Haha. Kalau tak aku dekat Ampang jer la. Hahahahahha.


Cantik sangat Hani pakai tudung. Masa Hani borak dengan Aliah and Rish, dia kata semenjak dia pakai tudung dia rasa yang Kidd sayang dia lebih. Lepas tu Aliah sambung, 'Yes Hani, I agreed. Not only husband but families, society also will love and respect you more', tak sempat dia sambung hujah I sumbat kek dalam mulut Aliah suruh dia senyap. Hahaha.


Butterscotch Cake ni Rish punya. Harga dia RM13.00 satu slice


I, Hani dengan Aliah order Salted Caramel Mille Crepe. Harga dia also RM13.00/slice. Seumur hidup sekali korang kena makan ni. I taktau nak cakap ianya sedap macam mana tapi memang sedap giler! Melting jer dalam mulut. Makan 1 slice mana la nak cukup woi!


Kidd order Vanilla Mille Crepe. Harga dia RM10.00/ slice. Pon sedap!


Fruz order Chicken Chop ni. Harga dia RM20.00. Dia masak style Hainan so tekak I tak berapa nak berkenan.


Fruz please.... Kenapa yang nak buat mulut macam tu. Lempang nak? Si Atiq pon ada percubaan nak buat mulut muncung jugak. Tak boleh imagine kalau Saz pon buat. Muntah I. Hahaha.



Ni gambar dari depan. Photo taken from here.

Siap Maghrib, kitorang pon menuju ke My Burger Lab. Dekat Shop Lot je. Parking dah hazabedah zabedah binti sudin al-hamzah (Melayu kacuk Arab) hahaha. Lepas tu tengok pulak restaurant full house nak mampos so kensel. Selamat tinggal My Burger Lab. I see another 23 zillion years. So, dorang cakap jom makan tempat lain la. I dalam kepala nak jugak charcoal burger. Huwaaaaaaa. Pastu I ajak je dorang makan Burger Power yang Truck dekat Melawati tu tapi semua orang taknak layan. Ffffiiiineeeeeeeeeeeeeee.

So kitorang pon decide nak pergi Bora Asmara dekat Kerinchi. Sazli dah semangat. Kata dia, ‘I nak makan kambenggggggggggggggggg’. So segerombolan la kami dari PJ menuju ke Bora Asmara. Dengarkan pantun dua kerat I ok?

Pergi ke Bora Asmara nak makan kambeng
Kedai tutttttpppppppp
HAHAHAHA

Kedai tutup you’olls. Dari jauh gelap je. Apa la masalah Bora Asmara ni. Haih. Naseb la tadek masalah sangat teringin nak makan apapa ker, kalau tak bapak la kecewa. Selepas bermesyuarat, kitorang decide nak makan je dekat Fikcles since dah ada dekat area sini. Tu la kan? Dah rezeki nak makan kat Fikcles, 2 restaurant target penuh la, tutup la.

Sampai dekat Fikcles, ramai orang! Naseb ada meja untuk kitorang berlapan. Lepas kitorang masuk, dah tadek dah meja kosong lain sampai ke belakang-belakang sana. Rezeki Huda malam Sabtu tu orang ramai lepak. I tumpang happy. Alhamdulillah…..


Si omel Raisa dah jaga! Budak kecik ni bukan tau nak duduk. Dia nak berdiri je. Dia ingat umur dia dah setahun kot? Padahal baru nak masuk 4 bulan. Wei! Mamat kat blakang meja kiter tu macam muka Apis kot????? Apissssssssssss. Apis ada kembar! 

Time ni, dah tak larat nak amek gambar makanan dah. Hahaha. Memasing kosentret makan. Sampai la Raisa dah rimas, Rish and Fruz pon gerak balik. Tak lama lepas tu kitorang pulak gerak balik ke Ampang. Dalam kereta Shein dah selamat sampai ke Hongkong. Sazli tanya I dalam kereta, (memang routine dia), ‘Bubu happy tak?’ I cakap, ‘Happy sangat! Thank you Papa bawak I jalan-jalan’. Lepas tu dia pon senyum and kami pon pulang kerumah dengan gembira. Sekian wabilla hitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh!

-eNd-

7 comments:

rini.borhan said...

Alahai sampai bab pantun win! haha..

Rinie Borhan

BeLLa de ViE said...

Hahhahaha senget kak su nih! Kak su muka kak su nak sama la dengan pelakon cerita drama tv 3 ptg2 pukul 7 tu yang jadi isteri yang tak disayangi suami tu. Harharharhar....

Cik Siti Hajar said...

kak Su punya penutup... kemain mcm sampaikan tazkirah.. hahahahaha

norasiahnasir said...

su, ko takyah la jd pembaca berita tv3..tak sesuai..nanti shein nanges tgk ko..kat tv..

aku syorkan ko jd pengara JJCM..mesti mari menangis tgk ko..aku rasa terus ko popular..

nnt aku buat rekemended kak tv3 yer..haahaa

Unknown said...

adoii la...ending tu yang tak tahan tu....pencetus ummah sangat ni suraya sulatin!!!..hahahha

Aliah Ali said...

Hoooiiii kata nk crop i punya tu... ko saje jek kan maksuuuuuu nk kasi i x cantik, nampak gemok???

Suria Amanda said...

Amboi penutup. ..kelasssss