Assalamualaikum...
Happy 27th Birthday Ira!
Birthday Ira Isnin lepas. 27 January 2015. Dia asyik bising kata 'Ala Kaksu, Ira dah tua. lagi 3 tahun je dah masuk 30's'. Pok pek bising cakap tua la apa la. I cakap, 'Ira, Kaksu ni lagilah tuweeeeee. Rilex jer.. Tuwe takpe, janji???? (Sila isi tempat kosong)', terus Ira jeling I. Hahahaha.
Sebab tu kalau ada sesapa cakap pasal issue usia I buat taktau jer. Lagi best kekadang I pon confuse, eh, I ni 33 ke 34? Kesah pulak I kan? Janji lawo. Hahahahhahaha (Nah baldi, tadah muntah).
Anyway, kepada Ira diucapkan Happy Birthday To You. Semoga tahun ni Ira dilimpahkan rezeki yang lebih banyak oleh Allah, sihat tubuh badan dan biarlah semua yang Ira lalui dan bakal lalui cuma yang manis-manis saja, untuk tahun ni and saaaaaampai bila-bila. You already a good girl.. Just keep it that way, macam Kaksu selalu pesan pada nkorang semua... 'Just don't ever change. Ever'.
InsyaAllah persahabatan kiter semua akan kekal sampai bila-bila walaupon pelbagai rintangan melanda sebab too many blood and tears kiter dah korbankan untuk sampai tahap macam sekarang ni. (Over sangat statement). Haha.
Macam biasa, a group photo. Minus one. Kaklong tadek. Dia kata nak pergi sembahyang jemaah time ni dekat surau. Bagus Kaklong! **Sambil tepuk belakang Kaklong. So probably this is our last photo dekat depan tempat Ira, sebab lepas ni kiter semua dah kena pindah ke Menara. Last is Jumaat ni. Sekarang semuaaaa orang tengah bizi pack, kecuali I sorang bersenang lenang goyang vontot tak buat apapa. Hahahahha.
So we had lunch together dekat Ampang Park. Makan Pizza Hut. Masa Ira cakap nak makan pizza I was like, ni aku tau dah ni sapa yang nak makan pizza. Sapa lagi kalau bukan Intan! Pizza ni memang dia punya favorite. Dia kalau tiap-tiap minggu makan Pizza Hut pon takper. Haha. Korang tengok la dalam gambar ni dengan Abang-abang pizza sekali tumpang amek gambar. Dorang suka kat kitorang kot? Asyik menempel kat kitorang jer.
Jemput makan jemput makan. Kitorang order set menu yang sama. So adil. Semua orang bayar sama rata. Hahahaha.
Kemain Intan gembira eh dapat makan pizza? Nanti birthday dia bulan 10 pulak la kiter makan pizza balik. Dyba pulak tak sabar nak tunggu birthday dia bulan 6 sebab masa birthday dia last time, kitorang lupa nak pakai baju kaler sama. Hahaha. Tabah jer la nak tunggu lagi 6 bulan eh Dyba?
Izzy dah macam Guru Besar plak amek gambar macam ni (Memang ada tokoh pon)
Birthday Girl senyummmmm je harini. Happy dia sebab semua orang ada untuk dia.
Tahun ni budget birthday kitorang dah naik, so dapat la beli Longchamp medium size long handle kaler gold and Pandora charm. Hope you like it baby (Dah aperhal nak panggil ko baby plak ni Ira? Mak hang lahir tang mana?) Hahahaha.
Dyba memula cakap, tahun ni budget sorang RM500.00 la sebab nak hadiah Gucci handbag. Melampau. Korang lahir memasing bulan 1, 4, 6,7,8 takper la. Dah tu time Kaksu and Intan, kitorang lahir bulan 10 so kena keluar RM1000.00 sebulan sekaligus. Maknanya nanti kena kerja pakai sependa jer ke or acane? Hahaha.
Next birthday is Sarah. Nanti on April. Lambat lagi. Ishk, tak sabar pulak rasa. Seronok kalau buat macam ni. Rasa macam kawan-kawan kiter appreciate kiter more je kan? Korang kalau ada kawan office yang sporting pon boleh la buat macam ni. Collect some amount, lepas tu beli hadiah. Haritu I tanya, 'Time birthday Kaksu, Kaksu nak cash boleh tak?' Semua jawab jerit-jerit dekat I. TAK BOLEH!. Haahahaha. Yerla yerla! Nyampah.
Anyway Ira, hope Ira happy hari Isnin tu. InsyaAllah birthday Ira tahun depan, kalau panjang umur kiter sambut sama-sama lagi. Tu pon kalau kaksu masih tak jadik Pembaca Berita la. Kalau time tu dah on air, well....... **Flip hair.
-eNd-
2 comments:
Bestnya ada kengkawan opis gini..
happy birthday ira..
diba, kaki xboleh tahan hahahahahaha
Post a Comment