Thursday, January 29, 2015

Tiada Yang Indah Pasal Pindah Ni

Assalamualaikum…

Naik sakit belakang angkat kotak dalam bilik meeting semalam. Buat 15 kotak, setel semua. Tak sangka pulak barang I dengan boss I banyak macam ni. Perrrrrghhhh. Ni naseb baik ada mover team yang tolong angkut. Kalau angkut sendiri alamatnya cirit aaaaaaaaarrrr. Nak mengemas satu hal, nanti nak re-pack balik perrrgghhhh. Suka sangat! *Mata keatas, tangan kebahu.

Macam tadek yang indah sangat pon fikir nak masuk office baru ni. Dah la tak sama dengan Kaklong, so rasa macam missing a bit. Lepas tu meja I bebetul tengah office, maknanya lepas ni tak boleh dah la buat perangai korek idong pastu jentik bawah meja. Hahahahahhaha. Among all yang PALING tak best sebab I dah tadek tempat parking dah. Dekat office sekarang dorang ada allocate parking untuk secretary to CEO, sekarang ni GM keatas je yang dapat. Nak jadik GM taktau la bila. Kalau General Manager tu yang tak tau bila, tapi Gadis Metro dah. Hahahahah. 

(Tak kelakar la bahan diri sendiri)

Lepas ni I ada 2 option. Bawak kereta dari rumah and parking dekat mana-mana LRT. Lepas tu turun dekat Ampang Park. Lepas tu naik plak shuttle bas. Perrrghhh boleh tahan leceh. Maknanya lepas ni kena bangun pukul 5.00am ke acane ni? Tak pon bawak kereta and parking dekat Open Parking KLCC RM12/day and lepas tu menapak la masuk office. Lepas tu ketiak basah lepas. Best giler. Dah la jarak dari parking ke office boleh tahan jauh. Kalau hujan pulak acane? Menyampah la macam ni.

Dah tu lagi, tak pasal-pasal je duit increment tahun ni habes macam tu jer nak buat bayar parking. Grrrrr. I hope office kitorang do something la pasal menda ni. Tak transportation friendly kot? But bright side, feeling masuk office baru ni lain macam. Takper la, see how untuk 2 3 hari minggu depan macam mana. I will try both. Bawak kereta or naik LRT. I ada cakap pada Sazli nak beli motor scooter and pergi kerja naik motor tapi Sazli cakap dia susah hati la sampai bila-bila sebab dia rasa macam bahaya if I bawak motor.

Dia taktau kot dulu masa kat kampong I ratu wheely? Tapi wheely dalam longkang la. Hahaha. Ok la, nak sambung pack. Ada sikit jer lagi ni. Lepas tu baru la senang hati. Esok I nak pergi spa. Nak urut badan. Sakit-sakit dah ni. Shein. Nak Uweeeeeeet!! (Tetiba Shein masuk dalam ini cerita)

-eNd-


Gambar tadek kena mengena. Shein dengan Airess omel.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...