Thursday, January 8, 2015

Kak Mah Tomyam Dan Fiezul

Assalamualaikum.

Sedapnyaaaaaa tadi dapat makan dekat Kak Mah Tom Yam Kampung Baru. Rasanya macam dah 123 juta tahun tak makan dekat sini. Lama giler!! Dulu masa zaman muda-mudi tahun 2007 cenggitu, asal petang balik kerja, mesti datang sini dengan Yatie sebab nak makan bubur dengan kerabu mangga dia. Pastu pesan kat Kakak Waiter Thai tu, ‘Kak, pedas and masam eh kerabu tu. Jangan lupa’.

Malam tadi tetiba tingin nak makan TomYam lepas tu I WhatsApp bebudak ni, ‘Esok jom makan Tomyam Kak Mah nak? Dyba confirm suka’. Sebab Si Kenit tu makan nak kena ada nasik. Tadek nasik dia meroyan. So tadi, bila lepas dia makan terus dia cakap, ‘Susah eh Kaksu nak dapat makan masakan panas sedap macam ni?’. Kaklong dengan Ira pon diam tak bunyik apa. Tau-tau je Dyba amek nasik dalam pinggan I sebab tak cukup. Hahaha. Padahal tadi dia cakap tak lalu makan sebab Fiezul dah nak resign kerja. Tak lalu makan konon. Pui!


Tomyam Campur dekat Kak Mah Tomyam Kampung Baru. Perrrrghhhh sedap!


Kerabu mangga terpaling sedap dalam dunia


Bak choi + cendawan + tahu lembik. Perrrrghhhh!!

Kata boss I, ‘Lepas ni dah tak cukup la team menari Su. Fiezul dah tadek’. Pastu I cakap, dia je la kena masuk menari. Hahaha. Sedih la Fiezul nak resign. Sian ikan kat depan tu, tadek sapa nak jaga dia dah. Lepas tu memang tadek dah la orang nak melayan I kalau tingin coconut shake or makan apapa. Sebab Fiezul selalu rajin layan. Nanti dia buat surprise semua orang dapat coconut shake dekat tempat Ira, kecuali Intan. Fiezul taktAu la kenapa ada issue sangat dengan Intan. Hahahah. Lepas ni takyah dah la Intan nak kacau-kacau Fiezul.

Dyba pon dah tadek mood tadi bila tau Fiezul nak resign. I pon tadi call Sazli bagitau lepas ni dah tadek orang nak layan kat office, kata Sazli. ‘Ala…. Sian Bubu. Takperla, lama-lama ok. Nanti dapat kawan baru’. Macam tu la kan? Kiter kerja sama-sama seronok dekat office, bila salah sorang nak resign, terasa sedihnya. I cakap pada Fiezul, ‘Macam mana Fiezul boleh terfikir nak tinggalkan kitorang eh? Sedih la’. Pastu ingatkan dia nak sedih jugak ke apa. Harapan.

Kata dia, ‘Takyah nak buat teruk sangat la Kaksu. 2 minggu lagi kot saya kat office?’

Menyampah jer! Baru nak manja-manja. Untuk Fiezul, sebab Fiezul nak sangat jadik bomba, kalau kaksu nampak memana lori bomba lepas ni, Kaksu langgar jer. Lepas tu kalau Bomba tanya kenapa, Kaksu nak jawab. ‘Itu sebab ko punya pasal, Fiezul nak resign  dari Felda!’

Btw, Kak Mah Tom Yam Kampung Baru ni dekat tepi simpang dekat KL University lama tu. Tau tak kat mana? Taktau sudah. Okla. Bye.


-eNd-

6 comments:

Amanda Suria said...

tgok paras rupa tomyam campur tu mmg tau sedap gila

aku nama nora said...

sue..tnya pizol dia training kat mana? kalau kat tronoh ni boleh la antar lunch box ari2 ehhh hahahahahaha

Dyba Dbuh said...

utk Fiezul, dyba doakan baiya berjaya di dunia n akhirat..lepas ni kiter putus!!!terus xda mood hari i=ni..dah la mengantok tahap kaw2..smpai buat report pon tesengguk..makan xselera tp tmbh sbb bkn baiya tarik balik resign klw dyba xmkn pon..now dah lapa balik..dah ckp max 2 jam je tahan kenyang..walaupon sblm mkm=n bc doa..hahah

CT Humairah said...

peeergh gmbar makanan sebijik sebijik jelas baguih.. kerabu mangga itu menggoda :D

(-.-) said...

kaksu fiezul dah ade gf belom? kalau belum nanti bg no fon saya kt dia. haha!

Chooyaya! said...

Amanda Suria : Ko giler tak sedap?

aku nama nora : berita duka, dia bukan kt tronoh tp kat kuala selangor. eh. entah. tp kat selangor la.

Dyba Dbuh : kaksu kan ada? walaupon tak sama dengan fizul :(

CT Humairah : sedap semua ni....
tgk gmbr dah tau kan?

(-_-) dia blom ada gf. bak meh sini number henpon bg kt kaksu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...