Thursday, January 22, 2015

Lempeng Sardine

Assalamualaikum…

Petang kelmarin balik dari opis singgah umah Bapak. Dorang dah balik dari Kedah. Masa I sampai Shein dah terbongkang tido. Dia now fasa tido makin lama makin lambat. Dulu masa baby tido siang 2 kali. Pukul 11.00am-1.00pm, pukul 5.00pm-6.00pm macam tu. Now dah makin lewat. Kekadang pukul 6.00pm baru nak tido. Pastu semalam lagi hebat, siang tak tido langsung. Makan pon tak kesah sangat. Sebok nak bermain jer. Lepas ni dah tak Abang Sado la dah ko Shein….

Sazli pulak jenis kalau Shein makan tak cukup 3 meal/day (Breakfast, lunch, dinner), dia rasa macam Shein akan lose weight jam-jam tu jugak. Tak tido siang sehari nanti esoknya dia akan kurus terus. Haha. Biasa antara daddy dengan mommy, mak dia akan paranoid kan? Dalam kes I, Sazli yang gelabah lebih. Sayang betul dia kat Shein. Tapi tu ari I tanya sayang sapa lebih, dia kata I. Hahahaha. I agak dia tipu.

I kalau pergi kerja Shein tido lagi rasa macam ok la. Tak rindu sangat. Tapi bila I bersiap dia bangun. Lepas tu sebok nak mekap sama. Nak hug, nak ikut keluar rumah rasa haih. Malasnyaaaaa nak kerja. Tu kekadang bangun awal pon, sampai office safe by the bell je sebab melayan anak jantan cowang tu.

Anyway, entry ni I nak share I masak lempeng dengan sardine jer sebenarnya.  Tercerita bab Shein pulak. Teringat dulu berebut-rebut makan lempeng dengan bebudak ni depat receptionist tempat Ira. Nanti kalau pindah Menara, kitorang duduk tingkat 15. Receptionist tingkat 30. Dah tu acane nak lepak-lepak dengan Ira lagi? Dah susah la sikit.

Ira pulak kalau tak jadik masuk HR or Procurement nanti dia jadik receptionist yang macam kat hotel tu. Mekap lawa-lawa and pakai baju kebaya. Pastu kata Abang Azza dengan Abang Nuar kalau Ira pakai kebaya pendek hari-hari dorang pon taknak kerja kat dalam office. Nak membontot Ira je la. Hahaha. Bongok.

Anyway, I share resepi lempeng dengan sardine ok? Ni version sardine kalau nak buat kuah pencicah. I suka Ayam Brand saja. Kalau cakp lain I tak berapa suka. Sebab kekadang isi dalam dia macam merah je. Scary I. Terus rasa adik-beradik vampire.

Lempeng 
  • 2 cawan Tepung gandum
  • Air (agak-agak jer)
  • Garam sesudu kecik
  • 2 sudu butter/margarine
  • Sebijik Telur
  • Selabu Bawang besar


Agak-agak jer la bancuhan tepung tu nak buat pekat mana. Terpulang pada korang. Kalau rasa nak nipis, buat la cair jer. Nak tebal buat pekat sikit. Blender je semua. Setel. Nanti batter akan jadik smooth giler. Nak masak dia korang guna la non-stick pan, kalau tadek kuali macam tu, celet je minyak dalam kuali and letak bancuhan dekat tengah-tengah. Lepas tu gelek-gelekkan kuali ke-kiri ke kanan nanti dia akan jadik bulat molek jer. Nak garing boleh, tak nak garing boleh. Tadek sapa marah.

Sardine

  • Bawang besar dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Minyak
  • Kentang potong dadu kecik-kecik
  • Sardine ayam brand
  • 2 sudu cili boh
  • Air asam jawa
  • Garam/gula/ajinomoto (optional)


Cara Membuatnya

  1. Memula panaskan minyak
  2. Masukkan bebawang yang dhiris
  3. Masukkan  kentang skali. Goreng dulu biar cepat empok
  4. Masukkan 2 sudu cili boh and air
  5. Sampai kentang lembut then masukkan sardine and hancur-hancurkan
  6. Perasakan dengan garam/gula/ajinomoto
  7. Masukkan air asam jawa
  8. Goyang bontot dan siap!


Tu kalau korang merajin nak buat lempeng la. Tu ari I makan roti paratha bapak la sedap tapi harga dia macam mahal skek la. 6 keping dalam RM6.50 kot? I letak cheese and chicken slice atas dia lepas tu mayonnaise and chili sauce. Dah macam hot and roll. Hebat giler. Bangga I. Haha.


Lempeng with sardine

Sebenarnya banyak je makanan simple-simple yang kiter boleh buat dan mengenyangkan. Cuma kena rajin la korek resepi. I masak ikut mood. Datang mood rajin, selamba nasik lemak memalam masak kat rumah siap ayam goreng berempah bagai. Mood malas? Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tu yang makan kaki jer tu. Hahahahaha

-eNd- 

1 comment:

Alueyah said...

Kaksu tadi lunch nampak sazli makan kat fickles lagi..hihi best sangat ke ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...