Thursday, January 22, 2015

Seram

Assalamualaikum…

Pagi tadi masa otw nak pergi kerja, macam biasa la I call GF. Borak-borak dengan dia. I mengadu cakap kat dia, office now sunyi la. Ada floor memang dah kosong. Level I tu cuma office kitorang jer, office depan tu dah la tadek orang lepas tu pulak Engineering tak bagi pasang lampu so dah rasa macam a bit scary and spooky. Ira dekat Receptionist pon kata sunyi. Orang dah tadek. Pastu Mak cakap, biasa bangunan kalau kiter keluar, nanti ada la ‘orang’ lain sebok nak masuk. Perrrghhh…. Terus rasa seram.

Jin-jin ni memang la suka tempat yang sunyi, gelap, tinggi dan bangunan yang ditinggalkan. Sebab tu kalau kiter masuk building macam ni rasa macam seram semacam jer. Kalau tinggal rumah lama-lama pon bila nak masuk I ada rasa macam ketar jubor skek. Haha. Mak pesan, kalau dah lama tinggal rumah jangan lupa bagi salam. Walaupon tadek orang. I biasa kalau bagi salam pon slow-slow jer sebab buatnya I bagi salam, menjawab pulak ‘waalaikumsalam’ apercer? Keras la ko kat situ.

Mak pulak kaki menyakat. Tu ari masa pergi Pangkor kitorang sewa chalet, I bagi salam and dia jawab dekat belakang. Terkejut la I. Dah la dia buat suara garau. I jeling Mak macam nak terkeluar bijik mata. Kata dia, ‘Laaaaaa. Ko bagi salam Mak jawab jer la’. Haha. Naseb baik I tadek sakit jantung.

Mak I ni dia memang kaki menyakat. Kalau kitorang balik sekali-sekala kat kampong pon nanti ada je idea ni nak menakotkan kitorang. Kalau I naik umah atas, slow-slow amek bantal kang nanti ada je dia kat belakang I cuit bahu lepas tu cakap ‘ehem-ehem’. Lepas tu senyum. Bebudak kat rumah ni semuaaaaaaaaaaaaa penakot. Mak la kaki sakat. Shein je tak takot naik atas tu. Anak-anak De, time siang pon takot naik rumah atas sebab dah terbiasa dengan Mak. Dia kan menyakat? Kang elok bebudak tu dah main nanti dia besarkan mata kata ada hantu la apa la.

Ngek sangat. Padahal dia kalau kitorang tadek, duduk rumah sorang-sorang kot? Lagi nak takotkan orang. Eee. Sabar jer la.

Imagine eh pada sapa yang tinggal kat office ni nanti, kata la stay back dekat office lepas tu balik dah lambat. Sekali dekat tingkat yang dah kosong terus macam Level 3, 4, 8 tup-tup lift terbenti. Lepas tu terbukak. Bila bukak, tadek orang pon. Gelap jer. So mana ko nak lari? Access card yang kitorang dapat ni semua dah tak boleh guna dekat tingkat yang tadek orang. Nak pulak time tu kiter sorang-sorang dalam lift. Nanges la kau kat situ. Line henpon plak tetiba tadek and lampu lift terpadam. Perrrrghhhhhh.


Tak klako

Ishk, cepat la minggu depan. Cannot imagine to stay here anymore. Seram. Lagiponnow dah start la cerita pasal nampak memacam. Ada orang lambai la apa la. Maaaaaalassss nak dengar. Kepada Kaklong, diucapkan Selamat Maju Jaya dekat sini eh? Adinda pergi dahulu.

Kbye.


-eNd-

3 comments:

Afra said...

haha.. gambar dlm lift tubetul2 buat sy teringat satu peristiwa ni. Time kitorg trip g korea, balik dr tour da pkul 1 pagi so naik la lift ramai2.. tetiba lif berhenti kt tingkat 1 padahal semua org duduk level 3 and above.. buka2 pintu jer level 1 tu gelap gila siap mcm tgh construction lg. Pastu pintu asyik la terbuka 2-3 kali xmo jalan da. Sbaik la dlm lift tu yg kuat agama skit.. dia baca la ayat2 skit baru la lift tu nk jalan naik atas.

rini.borhan said...

ok memang seram..sebab pintu lif tu pun yer..teringat lak ank ikut dtg office masa tu dekat maghrib nak balik..die tetibe tak bnak masuk lif cakap ada monyet..sepanjang dlm lif die peluk kaki kita sambil jeling2 belakang..uishh kecut ibu die ni..

aku nama nora said...

yg dlm bulatan tu bebudak itm manjung panggil sweetman..suuuuuuwit sgt melompat2 dpn dorm dah la laju gila i syak dia pasang spring kat kaki tu xpun ia adalah bekas ahli gimnastik yang pasti ianya bkn bekas pembaca berita hahahahahahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...