Wednesday, January 21, 2015

Sayonara Fiezul - Part I

Assalamualaikum..

Minggu ni Fiezul last la kerja. Sedih pulak rasa. Tak sangka dia nak tinggalkan kitorang kakak-kakak and adik-adik dia dekat sini. I selalu tanya dia, ‘Fiezul, macam mana Fiezul boleh fikir nak tinggalkan kitorang eh?’ Sebab I selalu imagine, selama ada hayat kitorang dekat office, kitorang akan tuwe sama-sama. Tup-tup ni dia nak resign pulak. Lepas tu nak jadik bomba. Nyampah jer bomba.

Fiezul pulak selalu elak bila I nak sit and talk dengan dia and tanya dia kenapa dia nak resign. Bukan la tak respect his decision cuma I nak tau kenapa. Kat sini rasanya macam banyak dah benefit ada. Perubatan 5 star, bonus, increment, subsidi rumah dan kenderaan etc tapi kenapaaaaaa la jugak dia nak jadik bomba. Bomba????? Eeeeee kenapa bomba??? Porkey????

So tadi bila dia ajak I, Napi and Dyba lunch sama sempena dia nak resign ni, (Dia belanja. Dia nak resign dia yang belanja. So korang paham tak konsep dia macam mana sekarang ni? Haha) I pon take chance la tanya dia sebab dia memang dah tak boleh nak lari dah. Kalau dia nak lari jugak, silakan terjun dari kereta.

Pastu kata Fiezul, dia kata jiwa dia memang macam ni. Duduk depan pc, buat document memang tak mencabar. Dia nak timbang bola and main boomerang dalam office nanti Kak Ar marah. So baik dia resign. Pastu kata Nape, ‘Hang ni Pijoi, ada lagi jawapan lebih bagus boleh jawab’. Hahaha. Dia ingat I ni Shein la yang dia nak jawab macam tu? Itu sebenarnya jawapan tersurat, jawapan tersirat ialah I tau sebenarnya Fiezul ni orang dia jenis aktif. Dia pon cycling, main bola bersukan semua. Lepas tu nak suruh tercongok je dekat office, memang tak kena dengan jiwa dia. Dia nak buat something yang dia happy.

Macam I la. I kalau nak resign cuma kalau I dapat offer jadik Pembaca Berita jer. Kalau nak bukak business or offer jadik PA Menteri ke etc I taknak. Sebab konsep bertukar kerja ni bagi I ialah mesti kiter change into something yang kiter punya passion so that baru kiter enjoy bekerja dan happy. So do Fiezul. Nanti dalam bomba masa training 6 bulan, dia mesti masuk keluar hutan, panjat tembok, fire drill, tu semua memang dia minat. Takper la kan? Dah tu minat dia.

Kata Fiezul lagi, ‘Kaksu, mungkin bila jadik satu perkara yang Kaksu rasa sedih, tapi sebenarnya disebalik tu Kaksu taktau, Allah ada better plan untuk kita. Sama macam saya jugak. Kaksu rasa saya nak resign macam buat Kaksu sedih tapi disebalik tu Kaksu taktau. Mana tau ada kebaikan pada saya? Kot-kot saya jumpa jodoh dengan doktor dekat Gleneagles?’

Bongok. Apa kena mengena entah Bomba dengan Doktor kat Gleneagles. Dah la doktor nak pakar je. Lepas tu kat private hospital. Mana la nak ada yang muda-muda? Semua tuweeeeee. So kawen dengan ongtue ke apa ni Fiezul? Haha.

I hope one day nanti, bila ada banjir dekat mana-mana, keluar la Fiezul dalam tv. Sebab dia dah jadik Penguasa Bomba dan Penyelamat. Dia yang bagitau keadaan/situasi yang berlaku dekat tempat banjir tu. Haha. Tinggi imaginasi I.

Tadi I tanya Dyba, nak bagi apa pada Fiezul sempena dia nak resign ni? Kata Dyba, bagi je pencangkok ular tu. Kan ke bomba kerja tangkap ular? Hahahhaha. Bongok la Dyba. Lepas tu sambil cakap, sambil dia nak nanges. Sebab kitorang memang rapat la dengan Fiezul ni. Dia pon baik, kelakar, helpful. Mana la tak rasa missing. Kekadang kat office ni bukan la selalu dapat borak dengan dia, tapi asalkan tau dia around pon kitorang dah happy.

Tapi bila fikir balik, ala takper la.. Berenti kerja jer. Bukan mati pon macam Arwah Kak Tonah pon. Ada rezeki nanti boleh jumpa lagi. Haritu bila I cakap pada Sazli sedih Fiezul nak berenti, kata Sazli takper. Nanti lama-lama ok and akan dapat kawan baru yang sama baik dengan Fiezul. Yer ker? Macam tak jer… Lagipon Fiezul package. Dia pandai menari. Hahaha. Fiezul, boleh tak Kaksu share video Fiezul menari payung masa kiter training dulu? Boleh eh?? Plzzzzzz….

Kepada Fiezul, Selamat Maju Jaya Kaksu doakan. Bila dah jadik Bomba, jangan la lupakan kitorang. Lagipon Bomba jer kot? Bukan angkasawan pon. So takyah nak kerek sangat. Kawen jangan lupa jemput ok? Semoga silaturrahim kiter semua akan kekal selamanya walaupon dah tak satu office. Fiezul pon tau kan, how much Kaksu appreciate and sayangkan our friendship diantara kiter semua kat office ni? How many blood and tears kaksu dah korbankan untuk bina persahabatan kiter semua untuk sampai tahap macam ni. (Drama mau lebih).

Bagi kami, Fiezul bukan setakat kawan office tapi dah macam adik-beradik pon. Huwaaaaaaa.. Sedihnyaaaaaa. Ko suka la Fiezul kan nak jadik Bomba? So tercapai la cita-cita. Sebab sebenarnya dia masa kecik cita-cita nak jadik Bomba. Haha. Comel giler. ‘Awak, cita-cita nak jadik apa?’ ‘BOMBA’. Hahahahahah omel.

Okla. Ini entry untuk Fiezul tak berakhir kat sini. Ada banyak lagi lepas ni. So kepada peminat-peminat Fiezul diluar sana, jangan risau. Korang akan dapat tengok muka Fiezul lagi dalam ni ok? Sampaiii la last kitorang jumpa dia sebelum dia start training.  Sementara tu korang tengok la gambar foods yang Fiezul belanja kitorang tadi dekat Menate’s Steak House. Kepada akunamanora sila jangan jeles. Heeeeeeee.
Bapak la sedap Lamb Syabu ni. dah la murah. RM28.00 jer. Korang tau la kat Menate's ni, mana la nak ada yang murah-murah. Steak pon semua RM150 over satu hidangan. So korang kalau datang sini jangan lupa order Lamb Syabu ni ok? Berbaloi-baloi. Dia punya coleslaw la sedap. Ada mayo yang manis dengan mustard. perrrghhhh!!!



Lamb Rack ni pon sedap. Nanti nak ajak Sazli makan kat sini la. Dia suka kambeng. Lagipon Menate's ni area rumah kitorang jer.. Dekat Ampang Jaya.


Spaghetti Carbonara ni pon sedap! portion pon besar. 

Dyba la paling sedih sebab dia yang paling rapat dengan Fiezul. Lepas ni dah tadek la dengar Dyba jerit, 'Baiyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!' Sebab dia panggil Fiezul Baiya.


Lepas ni kalau tingin nak minum coconut shake, kiter berdua boleh makan kaki jer la. Sebab dah tadek orang nak layan.


Pijoi, lekas la bagi muka paling hensem. Kaksu nak letak dalam blog ni. Ramai peminat Fiezul nak tengok ni. Haha.


Trossss Napi geli dengar statement Kaksu. Hahaha. Dengki la tuuuuu.


Napi. Merokok membahayakan kesihatan.

-eNd-

4 comments:

honey bedazzled said...

Dpn festival city ada satu lg menate . Besaq skit kedai dia

ieda iedana said...

kaksu, kirim salam fizul....

kata kat dia goodluck and keje elok2...

pastu, kata kat dia, jodoh tak semesti kat glenages....kat kilangg pun boleeeyy (hint: alor gajah)...hahahahhahaha

ASLIZA said...

Harap2 satu hari nnt sy akan intrvw fiezul kak sue nie masa banjir ke, kebakaran ke, tanah runtuh ke, eksiden ke, lemas ke....lagi elok jd ketua balai terus lg senang keja...hahaha...

aku nama nora said...

slps berfikir panjang berserta istikarah cinta I paksa BOMBA terima I, blh la training sesame kan pizol. FYI, cita2 saya nak jadi BOMBA cikgu..to pizol, kita jumpa kat akademi nanti eh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...