Thursday, January 29, 2015

Cheese Paratha

Assalamualaikum…

Sazli kata now malam dia taknak makan nasik.  (Dia kata la) So dia suruh la I beli menda-menda lain untuk ganti nasik. Bagus jugak pon macam tu, makan nasik waktu malam ni apa yang bagusnya ye dak? Dah la I jenis kalau masak tak pernah tak sedap. (Cecece). So tu lagiilaaaaaaaaaaah tak bagus untuk Sazli. Nak pulak I jenis kalau tengok dia makan banyak, lagi la happy. Yerla, maksudnya kiter masak sedap la kan?

Makan 2 pinggan, lepas tu lepak tengok tv and lepas tu tido… Not good. Habes la semua lemak berkampong dalam badan. Lepas tu bila gemok, meroyan asyik cakap gemok gemok gemok. Taknak makan dua bulan la apa la. Eh jap jap……. Tu aku! Hahahaha.

Maknanya lepas ni I masakkan Sazli makanan yang simple-simple je. Bagus jugak sebab takyah la renyah nak masak bagai. Tingat satu masa dulu I boleh gigih masak nasik lemak memalam buta. Hahahaha. Syabas bêthe! Anyway, I dah penuhkan pantry dapur dengan segala caphati, paratha, roti, chicken slice, crab stick, cheese memacam jenis, sos dari blackpepper ke bbq segala semuaaaaaaaaaaaa ada. Mayonese jepun tak jepun pon ada. Kemain gigih I macamkan nak bukak restoran.

Kalori? Takper. Slow-slow kiter study berapa kalori per serving yang I prepare untuk Sazli. Salah satu sebab I suruh Sazli avoid nasik pon sebab nasik contain hi-sugar. Dia ada family background yang kencing manis, so possibility dia nak kena agak tinggi. Kena la  jaga dari sekarang kan?

Malam semalam I buat paratha cheese untuk Sazli. I beli jenis ‘Kawan’ sebab jenis ni sedap. Cara nak masak senang jer. Lempor je paratha atas kuali. Dah. Takyah nak bubuh minyak ke apa dah. Ingat tu. Nanti oily sangat. Masak sebelah-sebelah. Yang sebelah atas tu kurang garing I buat sebab nak letak cheese. Nanti hanget pulak.

Kali ni I letak cheese keping tu. Beli yang low fat. Tak ingat la jenis apa, korang carik je kat supermarket. Memang ada. Kalau korang nak letak menda lain macam bawang cincang ker or chicken slice pon boleh. Be creative. Lepas tu letak la mayonnaise ke, bbq sauce ke, thousand island sos ke tak kisah. Ikut citarasa.

Lepas tu lipat dua, and lipat lagi sekali. Terus ngap! Sazli kata seeeeeeeeeeeeeeeeeeedap! Ok pas. Sazli happy ni maknanya dah boleh la proceed mintak Balenciaga pulak. Aminnn.


Yang ni paratha lepas tu I letak cheese slice. Pastu nak jugak letak mozarella. Biasa la, tamak. Semua menda nak letak. Hahaha. Sazli tak suka bbq sauce, so untuk dia I letak sandwich sauce je. Nak sedap lagi letak la crush black pepper. Tapi kang kalau dah sedap sangat orang makan sampai 8 tak ok jugak. Haha. 

Crab-stick Popia ni terpengaruh dengan Filla. Biasa la. Asal nampak sedap je, mesti sebok nak buat jugak. Korang kena try sebab memang simple and sedap. Shein mengulang makan. Kemain.


-eNd-


1 comment:

Miss Wanie said...

tetiba rasa kecur air liur tgk pratha tu...hahahaha

mengundang betul baca blog kak sue =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...