Thursday, February 26, 2015

CNY Holiday To Melaka - Part II

Assalamualaikum.

Masih lagi Day 1 ok? Sebab entry semalam panjang mencecah ke lantai tu sebab kena sambung dekat sini. Tu kalau korang baca scroll-scroll je memang I merajuk la sebab gigih I carik info banyak-banyak pasal Swiss Garden ni tau? Nyampah. Dekat Swiss Garden ni dia punya facilities memang tip-top. I suka giler kolam bebudak, infinity pool, gym dengan sauna dia. Pakkal la tak cukup time, kalau duduk sini seminggu boleh la try pergi gym dia and guna sauna facilities. (Duduk seminggu baru ada niat nak guna gym. Hahahaha)


Ni bebudak punya pool. Luas and best. Air paras lutut I jer. InsyaAllah takkan lemas. Hahaha. Photo taken from here. Tu dekat semua yang bewarna-warni tu sepatutnya ada keluar air tau? Memang meriah sangat. tetiba nak suruh Sazli buat 1 kolam macam ni dekat rumah. *Berangan kan free? Yang dalam kotak kaca tu dia punya gym. Best jer view. Sambil lari atas treadmill boleh tengok awek mat saleh pakai bikini tengah sunbathing. Pergggghhh. 


Ni dia punya infinity pool untuk ongtue berenang. I tadek chance nak guna. Sebab very limited time. Cantik kan? Photo taken from here.


View kolam waktu malam. Photo taken from here.


Yang ni view dari pool adult. Sebelah pool kanak-kanak. Nampak tak ada keluar air terjun dari lantai gym tu? Perrrrrghhhh bestnyaaaaa. Air dia sejuk macam dekat real waterfall. Menggigil I. Kalau nak masuk kena rendam kaki dulu sikit-sikit. Kalau main terjun je takot terus terencat sebab otak beku. Haha.

Anyway, lepas Shein tido, I pon gerak le ke Kedai Mamak tapau nasik goreng dengan beli air, Bubur Maggie, coklat, roti segala-mala semua nak beli macam jakun sangat tengok barang-barang dekat 7E. Haha. Sazli amek kesempatan nap sekejap sementara I membeli-belah.

Orang Melayu kalau bercuti memang macam ni. 1 beg besar bawak khas untuk letak makanan je. Bukan apa, takot lapar. Walaupon dalam itinerary complete breakfast, tea-break, lunch, snack, dinner, supper siap tapi TETAP makanan tambahan dilupakan jangan. Hahaha.

Dalam pukul 5.30 petang lepas Shein jaga, kitorang tak tunggu lama terus gerak ke Bandar Hilir sebab nak makan dekat restoran Masakan Selera Kampung yang kitorang pernah makan masa pergi Melaka last time. Teringat dia punya udang galah masak lemak, sambal air mata ikan bilis campur petai. Perrrrghhhh. Klik sini untuk tengok gambar-gambar yang kitorang makan tu. Tapi macam biasa la, kalau dah yang nak tuuuuuuuuuuuu la yang tadek. Time kitorang sampai tu kedai dah tutup. Esoknya kitorang pergi sana pulak waktu lunch, kata Tauke Kedai, restaurant tutup pukul 5.30ptg. Ooooo.

Sekian la dimaklumkan yang Bandar Hilir jem menggila. Kata Sazli makan jer la mana-mana yang dapat parking. Pusing dua kali pon dah berejam. Jangan la terlepas simpang ke apa memang hazabedah zabedah iskandar maimunah la becinta nak harung jem lagi. Ditakdirkan rezeki ongkolumpo, kitorang dapat parking bebetul depan restaurant Nyonya Suan. So kitorang decide makan dekat situ jer la. Tadek bantahan dari Kak Ida (Helper Ellis), Raif anak Ellis, Shein, Sazli dengan I. 

Sapa nak buat bantahan boleh. Tapi dinner makan kaki jer la. Sebab tadek sapa nak melayan tetengah jem macam ni. Takyah ngengada nak Umbai ke apa. Jem ni memang mengundang. Eh yang nak makan dekat Umbai tu sapa eh? Heeeeeeee.


Si Umar tetap setia makan cekedis. Lepas tu nampak McDonald depan Nyona Suan dia dah tak boleh nak duduk diam. Panas bontot. So Ellis terpaksa la seberang jalan beli McD. Rugila Umar, orang datang Melaka nak makan local food. You nak makan McD pulak. Acane?


Shein busy doing his thing. Amek nasik, sudukan masuk dalam air. Jangan ditegur nanti meroyan. Dia pulak badan tengah tak sedap. Silap sikit je nanti dia baring atas lantai. Sabar jer la Abah kau nak melayan Shein.


Ramai orang dalam Nyonya Suan ni time kitorang datang. To be exact, sebenarnya Melaka yang penuh orang time ni. Perrrrghhh kalau kereta ibarat bumper ke bumper la. Kitorang makan nasik, amek telur dadar dengan kangkung goreng belacan.


Hero of the day ialah Ikan Siakap Masak Nyonya. Sedaaaap sangat! Memula kitorang nak order asam pedas tapi dah habes. Siakap Nyonya ni pon sedap. Cis! Telan ailio bila teringat.


Sotong goreng tepung dia pon sedap. Overall I bagi 3.8 bintang dekat Nyonya Suan. Ikan, sotong, sayur, telur, air 8 gelas (Orang besar ada 5 jer tapi air 8) sekali dengan nasik total bill RM180++. Kira murah la.

Siap makan, tak amek masa lama terus balik. Shein pon dah cranky. Dia restless kot? Badan pon tak berapa nak sihat jugak. Nak balik satu hal lagi pulak kena tempuh jem. Haish. Menyampah betul la. Korang kalau ada plan nak holiday dekat Melaka time cuti panjang macam ni elokla fikir  2 3 kali. Unless kalau korang nak duduk dekat hotel je. Kalau tak, memang buang masa atas jalan je. Imagine eh? Kitorang keluar untuk dinner je yang amek masa less than 1 hour tapi keluar hotel at 5.30pm but only reach back to hotel around 11.30pm. 

Tak Kelakar. 

Tapi bila otw balik ke hotel nampak Swiss Garden dari jauh dilimpahi lampu neon yang cantik jelita terus la terubat rasa gundah dihati. Seri Mereeesssingggggggggggggggggggggggggggg.. **Tetiba nyanyi lagu Seri Mersing. Motip?

-eNd-


You. Hotel kiter paling cantik dalam Melaka. (I cakap pada Sazli)


Cantik kan?

3 comments:

emma diana said...

woah cantik dan menarik

ieda iedana said...

Kaksu, kalo akk xdpt jd pembaca berita kn, ida doakan akk jd pengajara JJCM. Bakat membuat org lain terliur tu dh ada dh...

Ann said...

kak suuuu..best kan sty sini!angin kuat haih...air pool tu mmg mengigil walaupun celup kaki je..kiki..anyway, thanks kak su kredit to kite;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...