Monday, March 2, 2015

Nasik Ayam Goreng Kunyit and Parking Yang Sentut

Assalamualaikum…

Susahnyaaaaaaaaaaaaaaaaa la semenjak duduk office baru ni. I dah calculate berapa kena bayar if naik LRT or parking dekat KLCC Park ni. Tetiba hangen je satu badan. Kalau nak naik LRT kena bawak kereta dari rumah, parking dekat Damai. Lepas tu bayar parking sehari RM5.00 x 22 hari = RM110.00, tol Akleh (one way) RM1.50 x 22 = RM33.00, tambang LRT Damai ke KLCC return RM2.00 x 22 = RM44.00. Total sebulan RM187.00

Pastu kalau parking dekat KLCC Park, season parking monthly RM250.00 + Tol Akleh RM3.00 (2 way) x 22 = RM66.00. Total Sebulan RM316.00. Kalau ambik daily, early bird (Masuk pukul 8.00am keluar after pukul 4.00pm) RM12.00/day x 22 = RM264.00 tapi kalau kes macam harini tetiba keluar tengahari so dia kira jam. Sejam RM3.00 x 5 jam (8.00am – 1.00pm) = RM15.00 + Masuk balik office pukul 2.30pm – 5.30pm (3 jam) = RM9.00 so total sehari parking harini jadiknya RM24.00. Perrrghhhh happy sangat I rasa. Rasa macam nak joget tetengah jalan je tadi.

Well itulah harga yang perlu dibayar kalau office nak dekat area KLCC. KLCC kan? Glemer tuuuuuuuuuuuuuuuuu. So kalau nak glamour kena la bayar parking dengan harga kepundek punya tak logic. Sentut giler! Tak kira minyak lagi. Dah la duduk office lepas tu tak boleh gerak kemana-mana. Macam dalam penjara dah. Cukup 3 bulan muntah la masuk café dekat office ni. Hari-hari makan kari dengan asam pedas. Menyampah.

Eeee geram la! I ingat balik ni kena la buat perbincangan dengan suami, kot dia simpati nak tolong bayarkan half parking. Kalau tak, I amek keputusan untuk jadik Pembaca Berita asap. Hahahaha.

OMG harini bayar parking RM24.00 ohmai ohmai. Bengkak jer hati I. Lepas tu tetiba ternyanyi sakitnya tuh disini… Didalam hatiku… Terus Ira jeling. Hahahaha. Ko diam la Ira. Ko apa tau? Ira takkan paham perasaan orang yang kena keluar duit parking+tol RM316.00 sebulan. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Lepas ni nampaknya hari-hari kena makan ayam goreng kunyit yang Abang Lori jual dekat lorong Yap Kwan Seng jer la.

Sapa pernah makan? RM5.00 je sebungkus. Sedap you’alls! **Suap sambil berjujuran air mata.


Nasik + Ayam Goreng Kunyit Abang Lori Tepi Jalan,  Jalan yap Kwan Seng. RM5.00 jer ponnnnn


-eNd-

4 comments:

Hani said...

Nasi goreng kunyit ni memang femes la. dulu ada orang up entry pasai abang ni, ada 3 lori yang jual - 3 kawasan la kot. perghh kaya

Su jual nasi goreng kunyit je la kalo camtu hahahahaa

Jan@Afzan said...

duduk area KLCC, gitu lah.. kalau dok kampung, lain lak ceritanya.

Gaji naik banyak tak Su? hehe. Iyalah, selalu orang 'kias', bayau lebih2 ni, gaji naik tak? hihihi

Su, tu RM5 mahal ke murah?

Wizana Arbain said...

Alaa rm316 sebulan je ponn..murah lettew haha! Aku opis kat cyber sue tol minyak parking bagai namratus sebulan suku allowance melayang huhu

Mommy Cici said...

oh tau lori tu. nak try jugak tapi taktau bila ramai nau orang beratur. opis kita kat megan avenue je. kekadang rajin napak ke avenue k. hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...