Tuesday, March 3, 2015

CNY Holiday To Melaka - Part IV

Assalamualaikum..

CNY Holiday Melaka Part IV ni ialah entry terakhir untuk Melaka. Lepas ni yang Langkawi ada lagi 8 juta entry. Matila. Hahaha. Kalau asyik up entry berjalan jer nanti mulalah.. ‘Kaksuuuuuuuuuu mana gambar makanan??’ Aku agak dah korang ni. Bukan boleh caya. Asal nampak muka I jer, tanya makan. Ni jangan sesapa nak carik pasal sebut pasal makan sebab semenjak parking kena bayar RM27 juta ringgit sehari, I dah tadek mood dah nak cakap pasal makan.

So! Sambung entry Melaka.

Malam tu is girl’s night out. I teringin sangat nak pergi Jonker Street waktu malam. So far tak pernah lepas lagi sebab Jonker Street kan mana la yang tak pernah penuh? Kekadang nak jalan pon bergerak sebab kena tolak. Last time pergi I cuma dapat lalu jer so malam ni I nak pergi jugak. Kata Sazli, pergi je dengan Ellis, dia tinggal jer dekat hotel jaga Shein. Tak sesuai nak bawak bebudak masuk tempat pack macam tu. YES!!!! So, lepas mandi kolam petang tu Shein pon dah kepenatan and tido awal. Senang kerja. Sazli pulak lepas Maghrib dia keluar carik makan for dinner.

Sampai je Sazli dekat hotel, I pon keluar dengan Ellis menuju ke Jonker Street. Jalan tetap jugak nak jem walaupon waktu tu dah 10.00 malam. I ajak Ellis naik beca,tapi Ellis taknak. Dia kata dekat I sebab beca tu memacam orang dah duduk, lagipon bewarna-warni so dia pening kepala tapi sebenarnya dia tak sampai hati nak suruh orang bawak beca tu bawak kitorang sebab I kan debab? Hahaha. Kwajaq! So I pon jalan seret kaki sebab Ellis taknak naik beca.


Masa nak masuk je area Jonker Street yang kitorang ingatkan tak full sebab CNY tapi harapan, sebab orang macam semut! I frust giler kot? Dah la susah nak sampai Melaka ni. Ellis kata, its ok, kiter dinner dulu. Later pukul 11.30pm see how. If dah tadek orang ramai sangat nanti kiter pergi jalan-jalan dekat sana. So takper, makan jer la dulu.


Kitorang duduk paling depan sebab meja agak penuh malam tu dekat Hard Rock. Nak duduk dekat luar pulak panas. Dah macam sauna.


Ellis order nachos ni. Half portion. Bapak la banyak! Pon tak habes jugak makan sampai kesudah. Patut order suku je. Kalau nak order suku sebenarnya boleh jugak pon. Tapi buat la Hard Rock sendiri dekat belakang rumah. Haha.


Yang ni veggies and cheese nak makan dengan  Fajita’s.



I amek Combo Fajita’s. Ada daging and ada ayam. Fajita’s dekat Hard Rock tak semeriah dekat Chili’s tapi boleh laaaaaaaaaaaaaa. Jangan banyak komplen. Orang dah bagi makan tu, makan jer la.


I rasa dah lama giler kot tak datang Hard Rock. Semenjak kawen rasanya ada sekali jer. Masa setahun lepas kawen. Lepas tu tadek dah. Ni tetiba datang malam tu I rasa macam megren sebab music too loud. I agak tanda-tanda penuaan. Tsssk Tssssk.

Ellis insist nak tunggu live band. So takper la. Tunggu jugak. See how. Kalau best kiter stay. Kalau tak best I nak tengok barang dekat Jonker Street. Skali bila group Asialine keluar lepas tu nyanyi lagu Isabella terus I suka. Tak berganjak dah ok? Hahaha.


Ni dorang punya guitarist. Cool giler mamat ni goreng main gitar siap swing. Muka dah la iras Wak Doyok. Memula ingat Wak Doyok dah tukar profession jadik guitarist. Hahaha. Asialine ni dari Indonesia. Bukan Malaysia. Nanti bulan 8 kalau dia datang Hard Rock KL, I nak datang sana.

Dorang perform 2 session. Habes je second session I ajak Ellis balik sebab mata dah kelat tak mampu nak tongkat dah. Naseb baik masa otw balik ke hotel dari Hard Rock jalan dah tak jem. Kalau jem lagi memang I keluar kereta lepas tu balik jalan kaki ke. Sebab jalan kaki lagi laju dari naik kereta.


Esoknya kiter breakfast lagi sekali dekat hotel. Tengok la muka Shein ni. Serious je tengok iPad. Macam tengah fikir masalah negara. Poyo.


Sebelum balik, untuk memastikan Shein tido dalam kereta, jom la mandi kolam lagi sekali. Budak ni happy la dapat main air.

Lepas sejam, I bawak Shein naik atas. Mandikan Shein, pack everything and ready to check out. Keluar dari hotel dalam pukul 1.30pm kot? Tak sampai 10 menet I dengan Shein dah selamat. Bawak la Sazli kereta sorang-sorang. I sedar-sedar dah dekat Senawang. Kata Sazli dari Tol Air Keroh nak ke Senawang sekejap jer. Shein tak jaga-jaga sampai la dekat KL. Bagusssssssssssss. Kalau tak memang hazab la nak berkuntau dengan dia dalam kereta. Jalan pon smooth je. Langsung tadek jem. Alhamdulillah. Masuk je KL Sazli terus cakap, ‘KL! Ya Allah leganya masuk KL. I tak boleh bernafas dekat Melaka’.

Time cuti panjang macam ni la. Dekat KL sebenarnya lagi aman damai. Anyway, Thank you Papa for this trip! Lain kali kiter jalan-jalan lagi ok?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...