Tuesday, March 10, 2015

Dimsum @Palace Setia City Convention Centre

Assalamualaikum..

This one is a major throwback ni. Tak ingat dah masa bila I datang makan dimsum dengan Ellis dekat Palace @ Setia City Convention Centre, Setia Alam ni. Ni pon I up entry ni sebab biasa la saiko. Pempuan gemuk macam ni la. Tak dapat makan, dapat tengok gambar dalam album pon dah happy giler. Hahaha. Tekak I ni la tetiba je rasa macam nak makan dimsum. Pulak tu nak specific ok? Nak yang dekat Palace Setia Alam ni jer. Yang lain taknak. Tak 80 juta km pulak kalau nak datang dari Ampang. Perrghhhh.

If korang ada jumpa memana dimsum restaurant halal area KL, bagitau I eh? I nak try. So far yang I pernah makan murah, berbaloi, sedap dan semestinya halal is only dekat Palace ni jer. Duluuuuuu ada la makan dekat Royale Chulan punya lunch buffet tapi tak banyak variety and tak sedap macam dekat sini. Hadoi. Nyampah la! Dah. Korang tengok jer la gambar-gambar ni. Ni pon I tengok sambil ketap bibir jer ni. Huwaaaaaaaaaaaa sedapnyaaaaaaaaaaaaaa.


Yang ni terpaling sedap! I boleh makan 2 set macam ni SEORANG. Nama dia Four Treasure Fish Maw & Chicken Roll. Harga dia RM13.60. Dalam dia ada shitake mushroom and macam jelly mushroom. Also ada isi ayam. Sedap menggila. Sambil makan sambil membebel cakap sedap sedap sedap.



Yang ni apa eh nama dia? Jap nak reka. Hahaha. Deep Fried Bean-curd Skin With Prawn. Eh. ni nama betul dia. I tak reka. Harga dia RM7.30. Dalam dia ada prawn. Sebab tu nama dia deep fried bean-curd skin with prawn. (Lawak lame) 


Yang ni tak order pon takpe. Tapi biasa la nafsu. Rasa dia macam kway teow goreng yang tak potong. Kalau makan satu-satu macam ni terus, lepas tu tak kunyah nanti tercekik padan muka. Prawn rice roll with XO sauce ni harga dia RM8.50


Yang ni pooon sedap. Kiter amek la yang kukus pulak kan? Asyik nak makan goreng je. Nama dia Fresh Prawn Cake With Coriander . Harga dia RM6.80


Nafsu nafsu. Terasa makan dimsum je tak kenyang so musti la order nasik goreng. Habes tak habes blakang cerita janji order jer dulu. Konsep dia biar membazir asalkan kenyang dan puas. Astaghfirullah. Jangan ditiru konsep ni. Yang ni Nasik goreng ayam dengan ikan masin. Harga dia dalam RM12.00


Yang ni memang biasa kiter nampak dekat mana-mana dimsum restaurant kan? Nama dia Steam Siew Mai. Harga dia RM7.30


Yang ni pon sedaaaap. Ko mana yang tak sedap kan? Semua pon sedap. Selipar goreng cheese pon sedap. Haha. Ok. This one is Deep Fried Prawn With Salad & Fruit. RM8.80. Mana buahnya? Takde amek gambo. 


Nama dia Fried carrot cake with dried scallop. Harga dia RM6.80. Paling tak sedap. Satu pon tak bersentuh. Tapi sengaja je order. Kasik thrill skek.


Ni la rahsia makan dimsum jadik sedap. Sos dia. Makan pulak dengan cili jeruk. Pergh perghhhhhhh.


Si Ellis kalau edit gambar selagi boleh putih sampai tak nampak hidung dah. Sabar jer la. Haha.

Kitorang makan berdua macam ni. Total bill is around RM120++ jer termasuk tax and service charge. Air kena order Chinese Tea je. Baru feel restoran cina kan? Harga dia RM2.00 segelas. Eh apa ni pickles pon ada charge RM5.00? Takper la. Janji makan puas sebab sedap and size dia besar gajah. Korang jangan order banyak-banyak macam ni. Takkan habes punya. Ok? Jangan tamak. Kepada sesiapa yang duduk area Setia Alam boleh la datang sini. Yang penting sini HALAL.

Palace - Chinese Restaurant
Shah Alam (North) Ground Floor,
Setia City Convention Centre, Precint 1,
Setia Alam, Seksyen U13

5 comments:

Nina Zee said...

Kak su, bole try mkn dimsum buffet dkt Meisan Restaurant dlm Quality Hotel dkt belakang medan mara tu.. sedap jgk

Dyba Dbuh said...

DOLLY DIMSUM AVENUE K PUN BEST JUGAK :)

delly said...

Hi Kak Su, i ni silent reader je selama ni but this time rasa nk comment sbb i mmg hantu dim sum...so,saja nk share dgn Kak Su the best ever dim sum yg i prnh try dkt China Treasure kat Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara...kalau Kak Su nk mkn bnyk2 better ambik ala carte buffet...price RM50 je...mkn la smpai termuntah...tp kalau nk mkn dim sum tu skit & nk try food yg lain,amik yg ala carte biasa pon bleh...oke ni dh terpanjang sgt.

Babai

Chooyaya! said...

nina zee : ok bebeh!

dyba dbuh : kiter pergi friday la. lepas bonus. ok?

delly : give me five! kalau kaksu pergi nanti kaksu review ok?

Wizana Arbain said...

Sue dimsum kat minmax resto pnb darby park sedap sgttt & lagi satu kat sime darby convention center pon sedappp! Kal bole tepek gambo kat comment ni kompem dan2 ko gi tros sue hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...