Monday, March 9, 2015

Makan Sedap Di Kampung

Assalamualaikum

Sabtu Ahad kitorang balik Jengka. Kebetulan balik kalini ada Kaklong sekali. So memang makan party la. Heaven! Lepas makan, makan. Lepas tu makan lagi. Yang masak lain, yang beli lain. Memang kerja-kerjanya makan ajer. Pastu saiko. Terus rasa gemok mok mok. Malam tadi I cakap pada Sazli, ‘Papa, I rasa you dah gemok’. Kata Sazli, nanti esok dia start diet la. Kata dia dah taknak makan nasik dah mulai esok. Yerrrlaaaaaaaaaaaaaaaa tu. Sentutttt! Hahaha. Caya la sangat cakap dia. Kata Sazli dia rasa dia cepat penat. Yerla, mana tak penat. Dah debab kan? Dah tu taknak caya cakap I yang dia gemok. Kata Sazli, dia omel, bukannya gemok. I buat dek jer. Malas nak layan. Sazli tu pakkal la dia tinggi. Kalau tak memang dia merayap je macam penguin. Gemok + pendek = Penguin samadengan win.

Semalam Kaklong masak ikan patin salai masak lemak cili padi campur dengan batang keladi. Perrrghhhhh. Sedap nak mampos! Ni first time I makan. Ikan patin salai tu mak beli dah lama. Tapi tak bermasak pon. Ikan salai dia macam ikan masin. Dia tak basi and tahan lama. Masa sebelum masak tu, semua orang macam tadek idea nak masak apa. Pastu Mak la, suruh masak labu la, pisang la, keladi la. I kata macam ni, ‘Apa ni masak pisang keladi labu? Taknakkkkkkkkkkk!’ Menyentan-nyentan I taknak. Tapi bila Kaklong dah siap masak ikan patin salai tu sekali rasa dia perrrghhhhhhhhhhhhhhhhh. Berebut-rebut ambik batang keladi. I pon sekali la. Tetiba rasa sedap pulak batang keladi.

Kata Mak, ‘Kata tak makan keladi? Eksyen tadi…’ I buat bodoh je. Hahaha. Yerla. Ni semua memang salah Mak la. Dia dulu masa kecik mana ada masakkan I pisang, labu etc buat lauk. So memang la I tak makan. Intan tu kalau dengan lemak labu kemain dia suka. I pulak macam tak biasa. Tapi batang keladi semalam dengan ikan salai. Perrrghhh. Susah nak explen sedap dia macam mana sebab ikan tu salai kan? So dia rasa ala-ala macam smoke fish la. Sedap kot??? Lawan pulak sambal gesek Kakyang buat lepas tu ada pulak sambal ayam pemalas yang lada dia tumbuk tak halus tu. Berebut-rebut makan. Dah tengah suap ni, mata jeling je pinggan orang sebelah tengok ayam dia sedap ke tak. Hahaha.



Sambal Ayam Bodoh nama dia. Ayam goreng dulu. half cook. Lepas tu bawang merah, bawang putih lada kecik, lada besar tumbuk kasar. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk. And later masukkan ayam. Perasakan. Dah. Simple tapi sedap!


Ikan Patin Salai Masak Lemak Cili Padi. Taken from here.
Kitorang tak sempat nak amek gambar. Sebab semua macam piranha.



Sazli dengan Abang Long makan dulu. Kata Sazli, dia ambik ayam yang bahagian atas je sebab tak elok la pilih-pilih ayam. Nanti kesian orang belakang. De dengan I berebut ambik nasik sebab nak pilih peha ayam, sekali Kaklong lagi bijak sebab dia ambik ayam dulu baru amek nasik. Hahaha. Kitorang memang macam ni la. Kalau makan berebut-rebut. Tengah makan kan? Kata la nasik tak cukup kitorang kaut je dalam pinggan orang lain. Takyah bangun dah. Sebab tu De kalau makan suka mengadap dinding, takot orang amek nasik dengan lauk dia. Haha. Tak senonoh perangai masing-masing. Kaklong pulak, dah tau dia masak sedap sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat masak sikit-sikit. Kata dia biar berebur-rebut. Sentut dia la seronok. Kalau makan tak cukup mana nak seronok.


Mak pulak, asal tau anak-anak balik memang dia beli bawang seguni terus. Kaklong kalau masak jenis banyak guna bawang. Tu bawang seguni tu, kitorang makan anak beranak 5 hari dah habes. Yerla, kalau dah kerja-kerjanya masak jer mana la bawang tak habes. Tapi Kaklong kan? Dia masak memang sedap. Sebangang mana pon dia masak, memang sedap. Air tangan kakak sulong kan? De pon masak sedap. Especially ikan patin masak tempoyak. Mak pon masak sedap, kalau dia buat sup ikan merah. I? I pembantu chef je kalau dekat kampong. And tukang sapu sampah dalam rumah. Kira memberi sumbangan jugak la kan?

Okla. Tu jer nak cerita. Kbye!

-eNd-

1 comment:

Amanda Suria said...

Sesekali balik kg lupakan diet..hentam je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...