Monday, March 30, 2015

#Nuffnang8irthday at Zouk KL

Assalamualaikum…

Bebaru ni on 21 Mac 2015, I join #Nuffnang8irthday dekat The Zouk KL. Theme 60’s (Breakfast at Tiffany’s). Sebab dah kata breakfast so event start awal. Pukul 10.00am registration. Pukul 6.00am bangun kemas umah segala zup zap zup zap berkuntau jadik supermom so that bila Sazli bangun kejap lagi rumah dah wangi. By 9.30am dah siap semua, I terus gerak. Pepagi masuk lift berdoa dalam hati, jangan la ada orang. Kang nanti dia cakap I sewel pulak, ‘Ko dah kenapa yang pagi-pagi pakai ala Agogo ni siap liptik merah segala?’ Haha.

I jumpa Filla dekat Parking. Dia sampai dulu tapi taknak masuk sebab dia kata nanti dia macam onggile jalan sorang-sorang. So moh ler gerak sekali. Filla patut pergi dengan Elly tapi Elly pagi tu kena diarrhea teruk, so dia tak larat nak join. Takper Filla, ‘Abang’ ada, Abang selamatkan you. Ok?’ Hahaha. Si Ellis lambat. Pukul 10.00am baru gerak dari rumah. Orang cakap suruh pakai 60’s, dia pakai macam nak pergi opis. Kata Ellis, dia 60’s corporate. Haaa yerla…. Ellis siap kenal dah kawan-kawan blogger dengan staff Nuffnang semua. Macamkan dia yang blogger yang tak tahan tu. Hahaha.


8 is great, Let's aim for infinity!




Ayu, mana tema 60's nyer?


Ok, tukar props dengan Ellis.

Dekat sana, I kena this Fashionita Hijabi Blogger, Syahira Zakaria. Cantik giler outfit. Korang tengok blog and follow IG dia ok? Sebab dia memang pakai fashion yang affordable. Lemah lembut orangnya. I suka giler. Dia datang dengan husband dia. Husband dia come dia punya personal photographer. Molek je bekerja dua orang. Imagine kalau Sazli jadik I punya personal photographer mau sehari I pecat Sazli 18 kali sebab dia memang becinta sangat nak amek gambar and nak ambikkan gambar. Hahaha.

I gerak awal. Tak sempat nak tengok Filla bagi ucapan. Nuffnang jemput dia bagi speech sempena dia sebagai Veteran Blogger. Sampai hati sebut Veteran tau? Filla kan muda jelita lagi? Hahaha. Harini banyak dessert. Memang kencing manis. Segala mala kek macaron tok nenek’s ada. I pulak lapar nasik. Bila emcee kata dah boleh makan zaaaapppppppppp I dengan Syahira beratur paling depan. Hahaha. Perangai sangat. 


Photo taken by Nadhil husband Syahira. Gambar ni I ambik dari Syahira blog.




Kata Syahira outfit dia ni semua below RM100.00, tapi result lawa kan? Orang dah lawa pakai apa pon lawa :)


Dengan Jack from Nuffnang.


Staff Nuffnang on stage


Ellis, Nadhil, Siti Nurhaliza and Syahira
Sam, gambar kite kena kerat kecik je. Sebab I tak sampai hati nak letak gambar besar, Lengan besar gajah. Hahaha.



Pepagi makan ice-cream from Milkcow


Sedap sangat macaron ni.


#Foreblanc


Happy 8th Birthday Nuffnang!

Anyway I had so much fun! Goodies bag best, makan sedap, dapat fe-feeling macam Breakfast at Tiffany’s. Lain kali kalau ada makan-makan lagi jangan malu jangan segan, ada durian boleh jalan. Eh tu dialog dalam Upin-Ipin episode Raja Buah. Hahahahaha. Congratulation Nuffnang for your 8th Birthday! Semoaga terus maju dimasa akan datang and ada office di seluruh dunia!

-eNd-

2 comments:

Amanda Suria said...

Happeningnya...u lawa...filla pun lawa...

Syahira Zakaria said...

Sweet nyaaaa Kak Su! You whatsapp whatsapp k?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...