Friday, March 6, 2015

Pisang Goreng Cheese Kampung Melayu Ampang

Assalamualaikum..

Pisang goreng cheese dekat area rumah I ni memang kena je dengan tekak I. Pisang dia tak besar tak kecik. Tak terlalu masak and tak terlalu muda. Just nice. Susu, cheese, chocolate rice dia pon memang kena je dengan tekak I. Tak terlalu manis dan secukup rasa. Dah banyak tempat I try tapi yang ni tetap menjadi pujaan hatikuuuu. *Baca nada Sudin dalam Seniman Bujang Lapok.


Pisang Goreng Cheese Kampung Melayu Ampang. Macam ni harga dia RM5.00 jer. Puas la makan kalau sorang. Kalau makan dua orang rasa macam nak marah sebab tak cukup.

Tapi yang menyampahnya ialah Abang ni bukak gerai tak konsisten. Harini bukak, esok tutup. Bila dah ada dekat tekak meronta sampai goyang bontot dia tadek. Bila tak teringin ada pulak bukak. Bengaaanggggggggg jer I. Ni la orang melayu meniaga. Tak konsisten. So I selalu rasa dipermainkan perasaan oleh abang ni. Petang ni I nak try singgah. Kalau dia tadek bukak, I nak terbalikkan kerusi dia. Kerusi je la. Meja dia takyah sebab tak larat. Haha.

Lokasi? Ok. Dekat depannnn dari Sekolah Menengah Datok Ahmad Razali. Area perumahan Kampung Melayu Ampang. Dekat lorong Tanjung 4 tak silap I. Dia ada bukak dekat situ. Usually pukul 6.00 petang dah tadek. Habes dah. Kena la datang awal. Abang ni pon satu. Dah tau sedap, bukak la sampai pukul 10.00 malam lain kali. Hesh!


-eNd-

1 comment:

sharon m.q. said...

aduhhh..meleleh air liur tengok..
Makan panas-panas sedap ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...