Wednesday, March 25, 2015

Project Mangkuk Tingkat by IRMA

Assalamualaikum

Berita baik untuk semuaaaaaaaa orang yang kerja or duduk area Kajang/Serdang/Bangi/Putrajaya/Cyberjaya dan Seri Kembangan. @ProjectMangkukTingkat (PMT) ada menyediakan service penghantaran lunch pack and ready to deliver right in front of your doorsteps. Best kan? Kira ni memang paling praktikal kepada yang TERPALING pemalas nak keluar carik makanan. Nak duduk jeee dekat meja dalam office kena aircond TAPI nak jugak makan makanan sedap yang kualiti masakannya setanding masakan ibu dirumah yang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh wanita cantik seiras Fathiya Latiff (walaupon). Haha.

Kalau delivery pon takat Pizza, KFC dengan Mc Donald je kan? Larat ko nak makan macam tu hari-hari? (Intan jawab, Intan ok je Kaksu makan pizza hari-hari. Haha) Kiter urban macam mana pon, tekak ni tetap nak jugak makan nasik kan? Takyah nak eksyen sangat ok? Pang kang. Yerla, kalau nak keluar dari office pon kena kerah tenaga. Nak jalan lagi pergi kereta, kot panas lagi nak makan dekat gerai-gerai lepas tu duit parking segala siap ketiak basah. Renyah. Taknak kan?

Dengan @ProjectMangkukTingkat korang takyah susah-susah. Follow dorang punya IG lepas tu ikut jer arahan. Dan jangan ingkar. Nanti Sultan murka. Haha. Usually petang macam tu, Irma dah update dalam PMT IG or her personal FB bagitau esok menu apa and apa harga. So korang order jer. Sini konsep dia bukan made-to-order macam korang makan kat Kedai Mamak eh? Maknanya menu sehari 1 je keluar. Setakat ni la. Kot lepas ni Irma dah kaya lepas tu hire 8 orang tukang masak lain cerita.


Yang ni ialah Rendang Ayam, Paru Berlda and Sayur Goreng Jawa. harga satu pack RM8.00 jer pon. 



Ni Ayam Masak Merak, last Friday punya menu


Kari Ayam Utara. Perrrghhh! Merewciks!


Alala comelnya packing. Macam berkat kenduri pulak. Berkat kenduri korang tau tak?


Tengok, semua orang cakap sedap. Memintak la lepas ni dia luaskan empayer sampai ke KL. Senang hidup I.

Sejarahnya Irma buat suka-suka je untuk jiran tetangga. Tapi lepas tu dapat good response pulak dari orang and makin lama makin banyak order. Tu yang dia buat secara serious. Baru seminggu lebih usia PMT ni tapi dah mengembirakan hati beratus perut manusia di area yang I sebutkan tadi. Minima order 5 pack tau? Sebab kasihanilah Irma kalau satu tempat 1 pack, macam tu pukul 10.00 malam pon dia tak siap deliver lagi. Kesian sangat. Hahaha.

Irma buat semua ni from scratch ok? Dari masak, pack, deliver semua dia buat sendiri. I agak dalam masa sebulan, Irma akan kurus macam Neelofa. Yerla, dah penat kan? Kata Irma, hari-hari dia bangun tido pukul 4.00am nak sediakan bahan-bahan nak masak. Padan la muka. Ingat aku nak kesian la? Jangan harap.

I sangat rekemen korang cuba lunch pack by PMT ni. Sebab I pernah makan Irma masak. Memang sedap. Macam I cakap, dia masak dengan penuh kasih sayang and Irma ni kerja dia berhalus. Lepas tu permbersih. Cantik, pakai tudung. Soal kebersihan korang jangan risau. Dijamin bersih 100%. Lagipon kalau makan Irma punya lunch pack ni rasa macam makan masakan ibu. Susah la nak describe feel tu macam mana.

So order dengan PMT ok? I paksa ni. Kalau korang tak order, dowan fwen!

Handphone [012-2690725]

-eNd-

1 comment:

Irfa said...

kalau ada kat klia, nak gak rasa
bosan dah makan kat kafe sblh