Tuesday, March 24, 2015

Shein and his another tantrum drama

Assalamualaikum..

Masa haritu yang wedding Nadia, I pergi awal sebab kata kiter dulang giler girl kan? Kena be there early la with Pengantin. So sebelum pergi, I dah siap ironkan baju melayu Sazli and baju melayu Shein. Kata nikah? So kena la pakai baju Melayu segala. Baru semangat Hang jebat. Sebab kenapa Hang Jebat? Sebab sekian dimaklumkan, dah namanya Shein? Tak berkuntau dekat tengah orang ramai tak Shein pulak nama dia. I cuma berdoa supaya Sazli dapat handle Shein dengan cemerlang. Susu, pampers, bag semua dah siap. Maknanya Sazli tinggal mandikan je and lepas tu pakaikan baju.

I dah dapat imagine macam mana Sazli berkuntau dengan Shein. Hahaha. Sebab time dia moody, semua menda tak kena. I pernah je berak lepas tu Shein ngamokkan I. So terpaksa la kemut-kemut sekejap putuskan taik. Taik pon tak keluar habes lagi dah kena keluar jamban. Hahahahah. Bodoh la hoi! Apa citer pasal taik ni?

Masa dalam hall tempat Nadia nikah I pandang luar, nampak Shein dalam dukungan Abah dia dengan rambut ropol-ropol, seluar baju melayu senteng. Ya Allah kambeng shomot omel sangat! Hahaha. I nampak Shein senyum pada I. Dia jenis I tau? Kalau gelak or bercakap nanti gigi bawah je nampak. Dah la jarang-jarang so teserlah lah notty face dia tu. I sajer jer buat-buat hulur tangan I pada dia, panggil dia. Saje test market, nak tengok dia nak ke taknak. Sekali member dah menggeleding dalam dukungan Sazli nak ikut I. Hahaha.

Habes je acara ‘Penyarungan Cincin’ bak kata Daddy Nadia, Read : Acara Pembatalan Air Semayang so semua orang ready untuk jamuan makan. I ambik Shein dari Sazli and bagi la Sazli rehat and makan dengan aman tenteram. Sebab I rasa Sazli dah cukup struggle dari pukul 9.30am – 1.00pm Hahahaha. Shein tarik tangan I masuk hall nikah and lari-lari. Lepas tu nanges nak pergi luar balcony pulak. Tak cukup dengan tu dia nak main hujan. Bila I tak kasik dah dia bertukar jadik penyanyi Hindustan guling-guling atas lantai.

Time Elinor buat speech I rasa memang klimaks Shein nanges sekuat hati yang tak boleh nak pujuk tu. Tak lama Sazli masuk dewan. Kata dia, nanti dia ambik blanket Shein. Maybe dia nak blanket. Tak lama lepas tu bila dapat blanket Shein calm la 60 saat, lepas tu nak berlari balik dekat luar.  Tengah-tengah lari tetiba berenti. Muka berkerut meneran. Dah berak pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Haih. Memacam hal kan ko ni Shein? Beg dia ada pada Sazli, takkan I nak tinggal Shein kat luar ni? I takot Shein huru-harakan hantaran je ni nanti.

Lepas berak, maybe dia dah geli bontot Shein start la cranky balik. Sazli dengar kot? So dia masuk balik hall nikah. I dengan berkaki ayam (sebab kasut ada dalam bilik persalinan) pon bawak Shein pergi toilet dekat tingkat bawah nak basuhkan berak dia. Masuk toilet pempuan, ada pulak Bibik Cleaner tengok je I dengan Sazli berkuntau dengan Shein. Dia enjoy the show very much sampai I terpaksa cakap, mintak tolong dia keluar sekejap. Shein tengah marah and sikit lagi nak jadik Incredible Hulk ni. 



Suka la eh kau Shein dapat lari-lari macam ni?

Dah siap basuhkan berak Shein yang penuh dengan tragedy tu, I salinkan baju dia terus. Perrrghhhhhh terus la keluar ayat drama macam, ‘Nape Shein buat Mama macam ni?’ Shein biasa la, lepas dah torture Mama and Abah muka mesti sentut mintak pelempang je. Mata sayu, jari masuk mulut nyot nyot. Geram I nak tunjal. Lepas dia berak and salin baju baru la terkawal sikit Shein. Sabar jer laaaaaaaaaaaaaaa.



Dah tukar uniform. I dengan Sazli tadek pon amek gambar dengan pengantin. Ni je la gambar bukti yang Shein and Sazli ada time Nadia punya nikah. Haha.

Lepas tu I makan while Sazli take care of Shein. Lepas makan Sazli kata jom la balik. Shein ni anytime boleh meletop balik ni sebab dia memerlukan aircond and quiet place sebab dia nak tido. Member dah mengantok. Shein kan tido mesti dalam keadaan aman dan sentosa. Baru dia happy. Lain macam mak dia, tengah diri pon boleh tido. Hahahaha.

Masuk je dalam kereta, tak sampai 10 menet Shein pon dah selamat. Pheeeeewwwwwww. I pon saspen jugak, sebabnya I yang bawak dia balik sendiri. Sazli pergi jumpa Teacher dia dekat Subang. Shein tido dari dalam kereta, sampai la ke rumah. Pukul 6.30pm baru bangun. PENAT sangat la kot tadi banyak menolong orang time kenduri. Sabar jerla.

Shein. Mama sayang Shein. Tapi janganlah selalu tantrum macam ni eh? Emotionally drain sangat. Lagipon iPad kalau baling dekat pipi pon boleh tahan sakit sebab dia bukan diperbuat dari kapas. Sekian dimaklumkan yer Anakanda Shein. Sekian Terima Kasih

Yang tabah
Mama

-eNd-

3 comments:

Irfa said...

anak akak baru 3, kdg2 ada jugak yg buat hal, tp sbb akak garang, jarang diorang nak buat hal

sbb tu kalau tgk budak mengamuk, jd kesian pada parent tu, hehe

diyana said...

klakar kak cite sal berak kemut kemut tu..sy paham perasaan tu hahaha

Shima Ahmad said...

Hahaha adoiii...kemut2 nk putuskan taik tu pon i selalu experience time ank kecik2 dulu..smpi siap jerit "blh sabar tak? Ibu nk berak pon x senang!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...