Thursday, April 2, 2015

Buttercup, Chocolate Bar and Sheindong

Assalamualaikum…

Shein sekarang suka giler makan coklat. Apapa jenis coklat pon. Tapi kitorang pantau la. Sebab coklat ni bukan bagus sangat. Firstly dah nama coklat kan? Mestilah manis. Gosok gigi pon bukan jenis nak beria sangat. Gosok dinding dengan lantai yang lebihnya.  Nanti tak hensem la kalau rongak gigi kan? Secondly sebab kalau makan coklat mudah jadik batuk. Doktor tak berapa galakkan bebudak makan coklat especially yang ada history kena bronchitis or acute bronchitis. Nanti batuk akan jadik lebih teruk.

Nak letak coklat tak boleh dalam peti ais sekarang ni. Mana-mana part pon Shein dah pandai selongkar. Dulu dia suka bukak peti ais nak ambik telur, tu yang dia amak 3 bijik telur. Satu kepit ketiak, 2 pegang tangan kiri satu, tangan kanan satu lepas tu bagi pada I. Boleh? Now I dah tak letak telur dalam peti ais dah. Letak je dekat luar. Tempat tinggi-tinggi. Sazli pulak jenis suka makan coklat. Beli Kit Kat, Ferrero Rocher etc kalau makan tak habes, letak dalam peti memang sekian la diselamatkan dek Shein. Hahahahha. Bergaduh la kau dua beranak dekat situ.


So haritu, lepas bagi 2 petak coklat, Shein dah meroyan nak lagi. Dia carik sendiri dalam peti. Lepas tu tak jumpa, dia bawak la Tupperware isi asam pedas yang I masak 8 tahun lepas. Hahahaha. I bukak and tunjuk dekat dia, dia geleng-geleng kepala. Lepas tu member tak puas hati lagi, amek pulak Buttercup tunjuk dekat I. I dah gelak-gelak. Kata Sazli, ‘Ha, bukak la. Cuba rasa’. Shein pun bukak kertas balut Buttercup tu, lepas tu makan. Terus la buat muka and campak terus Buttercup tu. Hahahaha.

Buttercup
VS
Chocolate Bar




Kesian memang kesian, tapi for his own good takper la. Pujuk-pujuk pon tak makan. Marah sungguh dia. Sudahnya sampai la membawak ketido. Esoknya balik dari rumah Maktok, masuk-masuk rumah terus menuju ke peti ais. Nak jugakkkkkkkkkkk carik coklat. Ingat pulak dia tu. Hahaha. So lepas ni coklat memang kena sorok. Shein ni jenis suka mengunyah. Kerepek bawang, coco crunch, honey star. Asalkan mengunyah dia suka la. Tapi risau nanti dia taknak makan solid food. Dok bergantung dengan kerepek-kerepek jer.


Kerepek bawang memang terpaling favorite la. Sama naik dengan Abah dia. Satu balang tu sekejap jer dah setel. Okla. Tu je nak cerita. Pasal Shein, Coklat dan Buttercup. Sekian terima kasih. Jumpa lagi dilain masa.

-eNd-

3 comments:

cik allord said...

kak su,btol sgt,nnt dia dah kenyang mkn coklat minum air milo mmg xdenye dia nak mkn..mcm anak kite yg sebaya shein...suka sgt coklat,pastu xmo gosok gigi,mak dia ni yg poning...keropok lagila,jgn bagi nampak,pasti dia akan menjerit mcm kena lempang hehehe

WILAYAH C.T.M said...

comel sgt shein..more video pls

sharon m.q. said...

sheindong! nape lawak sangat! hahaha...gerammm je dengan budak tecit ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...