Assalamualaikum...
Hambek ko, Part III terus I update harini. Diharap jangan muntah. Lepas ni habes dah entry pasal Genting. So, pagi tu dalam pukul 9.30am baru la kitorang bangun. Sebab sejuk, kitorang decide takyah la mandi. Semua tak mandi tapi wonggggi jer pon. Nanti nak check out tengah hari karang la baru mandi. Orang bukan tau pon. Lagipon kalau sejuk ni, pakai bedak baby je muka dah macam mandi. Hahahaha.
Korang jangan risau, dekat sini segala mala jenis makanan ada. Restoran ala-ala Mamak pon ada. Sediakan ajer duit. Pagi ni I ajak Sazli makan dekat Chinese Restaurant ni. Masa belum masuk kedai nak makan Mee Curry. Masa masuk kedai nak makan bubur, bila order plak tetiba keluar Nasik Ayam. Hahahaha. Kitorang amek brunch sebab dah lewat. So sekali harung la makan. Shein setakat ni masih behave. Alhamdulillah.
I order Nasik Ayam. I memang suka Hainan style. Tapi nasik dia sejuk, sup dia sejuk. So potong skek la.
Shein pulak makan mee dengan Abah dia. Dia makan mee je. Lepas tu pedas. Tapi keep on makan. Hahaha. Meleleh-leleh ailio Shein.
Memula ok la nak makan dalam mangkok dia. Lepas tuuuuuu....
Aperhal pulak Abah punya mangkok lagi besar kan? Dah ngamok ajak tukar. I pon terus angkat Shein, bawak jalan-jalan dekat luar sementara Sazli habes makan.
Mee curry, nasik ayam, plain water dengan ice milo cost us RM68.00 Perrrrghhhhhhh hebat! Lepas makan, terus kitorang masuk bilik balik. Pack barang, mandi ala kadar yang basah depan badan tu jer, lepas tu terus check out. Check out pun guna kiosk, senang kerja. Takyah nak beratur dekat kaunter. Lepas tu Sazli hantar luggage dekat kereta and kata Sazli, jom lunch. Makan lagiiiiiiiiiiiii. Padahal macam tak sampai 3 jam kot makan yang tadi? Hahaha.
Time ni Shein tido. So I ajak la Sazli makan tempat yang kurang sesak. Dekat the other side macam ada Kenny Rogers tapi Sazli kata apa barang nak makan Kenny Rogers, jom carik menda yang lain sikit. So end up kitorang makan Ginger Chicken Rice dekat Chinese Restaurant yang lain.
I dah kenyang so cuit-cuit je yang Sazli punya. Yang dekat tepi tu prawn dumpling. Nor bad. Sini makanan panas sekejap je. Nyampah.
Amboi liptik. Selagi tak jemu pakai.
Si Shein ni meragam dari nak basuh berak, ke nak mandi, nak pakai baju. Mengamuk je. Last-last dia mintak nak curah air atas lantai. Sajer nak carik pasal. Lepas kena marah terus tarik muka and tau-tau dah tido. Alolololo.
Lepas makan kononnya I nak pergi Snow World and nak ajak la Shein naik train apa yang ada. Tapi dia tido. Sian pulak nak kejut. Kata Sazli, jom la balik. I pon ada la frust skek. Tapi masa nak turun escalator, Shein jaga. Lepas buat-buat lawak, member terus cergas. So yayyyy dapat la bawak Shein naik train.
Ni kitorang naik ketapi yang dekat atas bumbung tu. Apa ntah nama. RM8.00/person
Shein enjoy the ride la of coz
Yang boring mesti lah Abanh dia.
Lepas tu bawak pulak Shein naik train yang pusing 3 round dekat tempat yang sama tu. Jadikla.... Duduk paling depan. So Shein bajet dia la yang bawak. Sebelum naik, I dengar budak perempuan dekat belakang ni nak duduk paling depan. I buat-buat tak dengar. Hahahaha.
Ok dah. Moh le kiter balik.
Dalam pukul 4.00pm kitorang gerak turun dari Genting. 5.00pm++ dah sampai KL. Sekejap jer masa nak turun. And lepas tu tetiba dah sampai KL. Memang sekejap je. Lain kali boleh ler datang lagi. Al-hamdulillah dapat jugak bawak Shein tengok Ultraman. Shein pon asal nampak frame gambar kitorang tu, dia peluk je. Hahaha. Ko dah kenaper yang peluk gambar Shein? Rindu Otomen la tu. Lain kali if ada Ultraman datang lagi, korang kena datang bawak anak-anak jugak eh?
-eNd-
No comments:
Post a Comment