Tuesday, April 21, 2015

Happy Birthday Sazli - Part I

Assalamualaikum..

Happy 33rd Birthday Shuben! Cecece. Tayah nak shuben-shuben macam Ozlynn sangat la. Padahal dekat rumah panggil Papa je. Tapi kalau tengah issue serious biasa panggil 'you'. Issue serius tu macam mintak tolong buang sampah contohnya. Hehe. Kitorang pergi lunch sehari awal dari birthday Sazli on Sunday tu sebab 20hb April, Bapak tadek dekat Malaysia. Dia pergi China. So sambut an advance birthday lunch. Kata Bapak, Pergi la mana-mana tempat yang Li suka. Bapak prefer buffet dekat hotel sebab senang Shein nak lari-lari.

So kali ni kiter try la dekat Makan Kitchen, Double Tree by Hilton. Dekat depan Ampang Park tu jer. Senang. Tak jauh sangat dari rumah. Lagipon tak pernah makan lagi dekat sini.

I suka jugak dekat sini. Sebab banyak jenis makanan cuma pada hari kejadian tak berapa lalu nak makan. Nak muntah jer rasa sebab deal dengan Event4U untuk surprisekan Sazli. I mana boleh deal dengan surprise, mesti rasa nak pecah lubang awal sebab tu la hadiah birthday Sazli sejak 5 tahun dulu mana pernah bagi on birthday itself hahahahaha. Busuk-busuk pon lepas naik rumah I dah loya-loya nak muntah lepas tu bagitau dekat Sazli, 'Papa, pergi amek hadiah you dalam kereta. I nak surprise masa birthday you tapi tak tahan'. Hahaha. So macam tu la every year. Kampong dot com sangat perangai.

Kena plak Lien (Tauke Event4U) perangai selenga bukan main. Dia kalau dengan I mana boleh nak serious. I cakap pada dia mintak tolong arrange surprise untuk Sazli pastu kata Lien kalau I je yang mintak buat surprise dia dah senak perut. Terus rasa menggelabah. Poyo jer! Dah tu pulak bila I tanya, 'Lien ko kat mana?' Lien pon jawab, 'Kau diam la'. Hahahahaha boleh? Ngek Lien! But everything went well. Biasa la Lien, kalau mintak apapa dekat dia mesti dia bagi beyond expectation. Tu yang I suka deal dengan dia.


Best dekat Double Tree ni sebab dia ada section untuk kids. Ada 2 table untuk cupcake decoration and ada  kerusi kaler-kaler, ada bantal besar kacang tu, ada congkak so sesuai la nak bawak bebudak sebaya Shein yang senang nak bosan.


Ni dessert table. Ada buah-buah cucuk-cucuk and Shein pon boleh la berangan macam penjual ABC time ni. Bersepah pon takper Shein, janji jangan mengamok dah.


Shein happy jer. Dia makan nasik impit, mee kuning dengan jelly bear. Banyak jugak dia makan.


Shein pon sekarang macam ongbesar. Apa barang duduk dalam baby chair?


Cuma kena jauhkan dia dari air la. Sebab kalau tak dia start la nak mix-mix air and buat experiment.


Ni cake dari Yan. partner Lien. Kek Coklat. Bapak la sedap!


I amek package cake + balloons and FREE prank. Actually ada banyak package. Nak bunga + balloons pon boleh, balloons + cupcake pon boleh. Yang tu korang cek dekat Event4U IG ok? Dalam previous entry I ada share number handphone tauke Event4U. 

Gambar-gambar lain nanti I share dalam next entry ok? Ada 8 juta keping semuanya, Hahahahaha. Entry ni dah macam birthday Shein pulak. Dah la semua gambar dia jer. Naseb baik ko hensem Shein. Geram jer I nak gomol dia. Dah macam ongbesar sangat dia pakai kemeja kotak-kotak macam ni. Ok bye. 

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...