Wednesday, April 22, 2015

KEEP CALM and Play Netball (Edisi Kelakar)

Assalamualaikum…

Ingat tak dalam entry ni I cerita pasal sukan tak lama lagi tu kan? So bebudak ni semua la semangat waja. Semua macam excited nak main. Excited nak main tu memang bagus. Siap tanya bila nak training la apa la. Kasut nak beli kasut apa, jersey nak kaler green lime yang striking giler biar semua orang nampak segala, padahal ada yang seumur hidup TAK PERNAH main netball pon. Takat tak berapa tau undang-undang tu takper, ni position apa, macam mana nak main pon taktau acane?

Dyba : Kaksu! Nanti Dyba nak main position apa?
Kaksu : Dyba badan kecik mesti lincah. Dyba main WA la.
Dyba : WA tu apa?

Ira kebetulan masa tu lalu. So dia pon jawab

Ira : WA tu Wing Attack Dyba. Pernah main netball tak sebelum ni?
Dyba : Tak pernah. Tapi Dyba pernah tengok. Dyba rasa dyba tau.
Ira : Masa sekolah ker, kolej ker, memang tak pernah main?
Dyba : Tak pernah. Tapi boleh cuba. So Dyba main WA la?
Ira : Yer, Dyba tolong Ira la. (Ira I bagi dia main Center), Ira bagi bola pada Dyba, Dyba pas pada Gol Shooter
Dyba : Dah tu Dyba tak boleh jaringkan Gol la?
Ira : Tak boleh laaaaaaaaaaaa. Kan Dyba main WA? WA tu Wing Attack
Dyba : Wing Attack? Nak attack sapa? (Muka ikhlas nak mampos tanya soalan. Geram jer nak tunjal)
Ira : ………………………………………….. T_____T


MATILA

HAHAHAHHAHAHAHAHA mampos I gelak time ni. Hahahahaha. Maknanya team I kali ni memang LAUK dari segala LAUK yang ada la kot? Ni memang kena tapau tahap bungkus ikat tepi air skali, and tapau untuk jiran skali. Hahahahha.



Dyba, WA TAK BOLEH JARINGKAN GOL PAHAM? Main half padang and tak boleh masuk kawasan D. Lepas tu Dyba tanya, 'Kenapa tak boleh?' Please la sesapa tolong jawabkan. Haha.

Dah la haritu masa Encik Hassan (Ketua Bahagian Sukan) tanya, ‘Su, nak main berapa minit?’ Lepas tu I jawab, ‘Main 5-2-5 dah la. Nak main lama-lama tengah panas buat apa. Dah la team sayur’. Lepas tu Encik Hassan cakap, orang kilang nak request main 10-2-10. So maksudnya half time 10 menet. Cirit la kitorang tengah padang di ayam-ayamkan dek orang Kilang. Hahaha. I rasa sampai satu level, kitorang duduk jer kot tak melawan dah. Amek payung lepas tu cangkong. Ko nak menang sangat? Ha hambeeeekkkk. Hahahahhahahaha.

Pastu one of kitorang punya boss cakap, dia boleh jadik coach dengan syarat masa training semua pakai hot pants. Hahahaha. Lepas tu buat friendly dengan staff lelaki. Ajer mampos. HAHAHAHAHAHA. I tak boleh imagine nanti macam mana la kitorang main tengah padang. Dah pesan pada Sarah, mintak tolong dia rakam kitorang punya aksi nanti. Mesti gelak tahap nanges ni nanti.

Motto kitorang simple, ‘Kalah takper. Asal bergaya’. Bergaya sebab apa? Sebab baju kitorang nanti yang paling meletop! Kah kah kah


Keep Calm and Play Netball! 

-eNd-

2 comments:

Dyba Dbuh said...

maksud nya...dyba kne bagi bola tu kat GK la eh kaksu.. suruh dia shoot.

Chooyaya! said...

Dyba bagi je la kat sapa2 dyba nak, asalkan dyba happy. hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...