Wednesday, September 19, 2018

Apa Washer Dryer Inverter Yang Best?

Assalamualaikum..

Haritu I nampak dalam feed FB ada orang share pasal Washer Dryer Inverter jenis LG muatan 10kg harga asal RM4,699.00 now ada SALE jadik M2,950.00 jeeeeeeee. Ketar-ketar tangan I scroll. Load depan. I suka function tapi warna dia I tak suka. I suka kalau dia kaler putih. Dah cakap dekat Sazli, nanti dekat Rumah Shein I nak pakai Inverter Washer Dryer. Yang jenis Inverter ni dia energy efficient (so tak banyak la naik bill electric) less noise lepas tu waktu basuhan lebih pendek. Jangan lupa ambik yang ada Washer Dryer Function sebab jimat space. Takyah la beli 1 Mesin Basuh, 1 Dryer. Macam yang jenis Washer Dryer ni let say nak basuh sahaja boleh, nak dryer sahaja boleh or nak basuh terus keringkan pon boleh. Bagusssss. Lepas ni takde la susah kalau nak basuh blanket Shein sebab dia marah woooo kalau basuh blanket dia. Nanges macam apa je. Sayu semacam. I tak sampai hati dah nak terus terang dengan dia yang blanket dia dah basah ada dalam Washing Machine. Now kalau nak basuhkan Blanket dia, I kena stay up la. Basuh lepas tu kipaskan je. By the time before dia bangun, I pulangkan balik dekat dia. Lepas tu dia akan bagi Blanket dia dekat I and cakap ‘Wash Mama, it’s dirty’. Lepas tu mintak change dengan yang lagi 1 (Dia ada dua. Brown and Blue memang pakai dari baby). Yang bau kepam tu dia suka la. Yang baru basuh tu memang Shein tak suka. Hahahaha. Ko ni Shein, dah masuk sekolah pon pakai Blanket lagi. Tak Macho la! Dulu masa zaman I bujang-bujang ada a few time baju jadik hitam and kecut sebab cuci dekat Dobi. I taktau la kenapa yang sampai jadik macam tu. Tudung pon susah nak jadik. Sependa semua kecut. Kalau industrial punya Dryer memang dia pakai gas api ke ha? Memang rosak baju. Tu one of the reason why kenapa I takot nak pakai Dryer tapi masa kitorang pergi Korea dulu dekat Apartment kitorang ada Washer Dryer ni tau? Takde pulak sependa I kecut. I agak kalau cuci dekat Dobi, dia guna Industrial Dryer tu yang buat baju shrink. Kan? Ke acane?


Yang ni LG Washer Dryer InverterModel LG FC1450H2E 10.5kg/ 7kg. Np 4,699.00 now RM2,950.00



So far I takde lagi la aim any specific brand sebab untuk Electrik punya barang I takde survey pon. Yang I ada dalam kepala I nak Peti Ais 2 pintu, Washer Dryer. Jenis apa, harga berapa and mana bagus semuaaaaaaaaaaaa I taktau. Macam menda lain, Sazli la yang akan decide. Dia tau mana yang bagus and dia rajin survey. Kalau Atig dia tau je mana tempat yang murah-murah. Korang kalau ada tau any brand yang bagus (Peti Ais and Washer Dryer) share la dengan I. I ni memang BECINTA sangat dengan kain ni. Tak larat dah menunggu kain siap basuh lepas tu nak sidai, lepas tu angkat bila dah kering lepas tu nak lipat pulak. Impian I kalau boleh masuk je kain dalam Mesin Basuh lepas tu dia pandai lipat sendiri masuk dalam almari. Hahahahaha. Memang tak dapat la kan? Takpe. Kalau basuh kain lepas tu keluar machine rangup-rangup dah boleh lipat pon I’m more than happy…. Nak pakai baju urgent apapa basuh and lepas tu kering. Best kan? But baju-baju yang jenis Dry Clean jangan la belasah masuk Dryer jugak nanti rosak la. Paham? Macam sekarang I kalau siap sidai kain kan, terus sewel. Nanti masuk umah minum air, keluar balik lepas tu sentuh kain-kain tu sambil senyum lepas tu cium. Hahahahaha. Rasa macam happy sangat. Dulu I ingat I sorang je giler, tapi Yatie pon sama. So ada geng. Haha.




Bestnya kalau dapat Laundry Room. Heeeeee :D

(Kepada sesiapa yang berkenaan. Sila take note)

-eNd-

4 comments:

shedevil said...

nasib sependa jk kecuit, klu bra kecuit, tinggal muat tutup nipple jk hahaha.

Unknown said...

Brand Electrolux pun OK kaksu..

chibimoruku said...

kak su, better beli separate them stack them, i punya brand electrolux, sbb kalau rosak, sakit oooo nk baiki. kalau baca review pun mmg org suggest separate.


i also beli dishwasher, ya allah senang gila kerja, consider that as well pls, i am so lazy especially nk basuh bottle susu, kalau tak buat betul2 nnt anak sakit so taruk dlm dishwasher confirm keluar kilat n bersih haha

aisha said...

better beli separate.. sbb kalau rosak, puas la.. washer takde, dryer pun takde... pengsan nak basuh tangan