Friday, April 17, 2015

Shein and Sekolah

Assalamualaikum..

InsyaAllah 20hb April ni Shein kena start pergi sekolah. Sekolah tau? Bukan playschool or nursery. Hahaha. Tak boleh imagine macam mana Shein pergi sekolah. Dah nama pon sekolah and bukan nursery so dia masuk kelas pukul 9.00am. Abah la kena hantar Shein pergi school. I tak boleh nak imagine lagi macam mana Shein huru-hara kena bangun awal untuk I mandikan and siapkan dia. Drama guling atas lantai segala. Haha. Sebab sekolah Shein ni bukan macam nursery yang boleh hantar dia masam-masam lepas tu nanti ada orang mandikan. Tak.

Sehari dua maybe la susah sikit untuk I, Shein and Sazli biasakan diri tapi lama-lama InsyaAllah ok. Dekat sekolah Shein ni nanti, kata Principal dia, no junk food, no ice-cream, no candies. Only organic and healthy foods allowed. Dorang yang akan prepare everything as meal for Shein is inclusive dalam dia punya semester fee’s. Baju I akan bekalkan jugak mana tau ada any ‘emergency’ or what not. Dia habes kelas pukul 5.00pm and lepas tu Baba and Maktok akan come and fetch him.

I dah pergi dah sekolah baru Shein ni, dah tengok dia punya environment, dah jumpa Cikgu and Principle dia and so far I puas hati sangat. Kalau korang ingat I pernah cerita dalam entry sini pasal a few Montessori yang I dah short list untuk hantar Shein so selepas buat a few more Montessori searching for Shein termasuk yang I tak senaraikan macam Little Light House and Carry Heart so kitorang decide untuk hantar Shein dekat Building Block International, Ampang.

I suka jugak dengan Brainy Bunch. Tapi untuk session 2015 ni dorang dah full and waiting list Shein ialah yang ke-8. Fee’s dia RM750.00 sebulan. Tu kalau full day. Memang seronok tengok bebudak ni belajar agama and guna English sebagai bahasa perantaraan. Cumanya dia punya playschool ada 30 budak, cikgu ada 4 orang nak handle. I rasa macam too tough untuk Shein jugak sebab pukul 3.30pm macam tu ada kelas agama sekali dengan bebudak sekolah petang.

Shein tu nama aje badan besar, lahir tahun 2012 tapi dia baby lagi. Bulan ni 2 tahun 5 bulan je baru. Bebudak ni beza 10 bulan pon nampak beza IQ dia walaupon lahir tahun yang sama. Any arahan Shein tak berapa nak paham sangat. Ikut kepala dia jer. Lagipon dia berat mulut sikit, so kena cari Sekolah yang tak ramai sangat, module pembelajaran yang sesuai dengan perangai Shein and one of the reason why I chose Building Blocks International sebab rakan sebaya Shein Cuma 5 orang jer. Heeeee. So I rasa ‘syiok’ la sikit sebab I know bila budak tak ramai, Cikgu pon akan more concentrate pada Shein.


Halololo anak Mama dah nak masuk school. Sobs.


Lepas ni no more iPad at day ok?

Building Block International dia guna British module. Which selain dari ‘Sekolah’ untuk Shein punya umur, dorang ada jugak untuk primary school and secondary school. Dorang amek ‘O’ level. Tadek UPSR, PMR, SPM semua ni. Itu nanti kedepan sana lagi. I pon tak fikir lagi untuk Shein. Yang kitorang nak focus sekarang ni ialah supaya dekat sini Shein lebih berdisiplin, tadek nak manja sangat or ikut kepala dia sangat. Paham arahan, behave, makan makanan yang bagus-bagus, bersosial and IQ development dia bersesuaian dengan umur dia. That’s it. We don’t need Shein to be genius pon.

Nanti if dia dah dapat adapt and catch thing yang macam he should be, kitorang akan hantar la Shein pergi sekolah biasa. Nanti I akan update progress Shein macam mana dekat sekolah ni. Haritu masa I hantar Shein sekejap, I tengok Cikgu dia handle Shein I rasa happy. I tau Shein tak kena dera. Hahahha. Sebab Shein ni manjaaaaaaaaaaaaa. Macam Nanny dekat Nursery Shein sekarang cakap, dia nak mandi pon Shein baring tepi toilet. Boleh?

You better ber good Shein. Kalau tak Mama dowan fwen! Hahaha. Tak la gurau jer… Mama hantar Shein dekat sini sebab nak Shein jadik budak baik and tak manja sangat. Pandai bawak diri. Ok? Ni Principal dia pesan pada kami, weekend ni kena pesan banyak-banyak kali pada Shein, ‘You need to go to school start from Monday ok Shein?’ So over weekend I akan cakap macam tu banyak-banyak kali pada Shein.

Saz kata, dia nak tengok Shein sampai tengahari. Sebab first day at school takot dia stressed. Sazli tanya I, taknak cuti sama ke? I cakap TAK PAYAH. Bukan apa, takot nanti I decide nak berenti kerja and biar I je yang ajar Shein dekat situ. Hahaha.

I copy paste sikit SETH Method yang Building Block International guna.


“Learning effortlessly and seamlessly is what most education provider seeks to achieve, our SETH Teaching Philosophy has given us this latitude. We are able to rekindle the learning phenomenon experienced during the Renaissance Period to our current day and age.”
Untuk anak Mama and Abah, Mohamad Shein Iskandar. We love you so much and will work and try only the best for you selagi Mama and Abah mampu. InsyaAllah. Jadik anak yang baik yer sayang? Macam yang Principle cakap, ‘Think about Shein and what’s best for him. Never too late to teach him to be a good person’. InsyaAllah.
Shein. Nak Uweeeeeet!!!
-eNd-

2 comments:

Amirah said...

Salam k.sue..anak kte sebaya..my son Umar dr kecik anta nursery. skrg dah bljr skali dgn budak 3 thn. Umar x fhm sgt arahan..ckit2 blh lah..quite tough sbb teacher expect he is 3..eventhough he is just 2yrs plus...mcm2 la komen teacher dlm daily log..xnak bergaul, x join activity sgt..pulak tu teacher punye suara mmg petir..so my son mmg takut..Umar mcm tau2 jer teacher komen mcm2, sampai xnak kasi i bukak his daily log book...punye trauma..skrg dah ok ckit..hari2 i ckp Umar kne pg skool, later 5pm i fetch u ok?hari2 tanpa bosan..u can do it k.sue

Chooyaya! said...

InsyaAllah. Hope shein sama mcm umar nanti.