Assalamualaikum…
Hari Jumaat haritu,
first time I try makan dekat Snowflake. Tak sure pulak dia ada dekat mana lagi
branch, tapi the one yang kitorang makan ni dekat Pavilion. Kalau korang nak
tau, sila la Google sendiri. Jangan nak malas-malas sangat macam lembu baru
lepas makan. Ok? Hahah. Tetiba lembu pon masuk dalam ini cerita.
Memula I tingin nak
makan cakoi yang cicah dengan bubur nasik tu, tak sure apa nama restoran dia
tapi sebab masa tu kitorang dah dekat Level 3, and Snowflake yang kononnya pilihan
kedua untuk makan dah ada depan mata and cakoi cicah bubur tu dekat Food Court
nun jauh sana. Maka sebab memasing malas nak jalan so yeah, makan je la
Snowflake. Menda dah ada depan mata kan? Lagipon Ira cakap sedap, kalau tak
sedap memang siap la dia I tunjal.
Time kitorang datang
tu, memang only kitorang bertiga je. Tapi lepas kitorang duduk, ramai pulak
datang sampai penuh kerusi. Kata Ira, muka kami memang muka rezeki. Hahahaha.
Sebab tak berapa tau sangat nak order, kitorang guna konsep yang paling mahal
ialah yang paling sedap so kitorang share la makan Mango Deluxe. Lepas tu konon
nak share makan 3 orang sebab dah kenyang makan Nasi Briyani dekat office tapi
kata Abang dekat situ, mana cukup share 3 orang and paksa kami order lagi satu.
So I pon order Double Black Grass Jelly.
Skali bila sampai
bapak la besar hoi portion dia. Ni kalau makan sorang memang berak ais jer ni.
Naseb baik share makan 3 orang. I suggest kalau korang nak makan, satu mangkok
tu share la 2 orang sebab besar kepala Ira kot mangkok dia? Boleh beku otak
kalau tak share melainkan kalau dah dahaga sangat tahap minum sebaldi air pon
tak hilang dahaga so boleh la makan sorang-sorang takyah share. Paham?
Yang ni nama dia Mango Deluxe. Harga dia
RM15.90. Dalam dia ada 3 scoop ice cream, ais sagat dengan memacam lagi sampah
sarap. Macam ada gandum campak pon ada. Haha. Kira ABC Mango yang up la. Sebab
tu harga dia RM15.90. memang sedap. Makan memang layan. Memula nampak macam tak
boleh habes makan, tapi tetiba habes pulak. Ni tadi kata nak share 3 orang? Kah
kah kah.
Yang ni pulak nama dia Grass Jelly – Double
Black. Harga dia RM8.90. Atas dia ada 2 scoop eskrem grass jelly and ada gandum
campak tu. Lepas tu thick layer of grass jelly and bawah tu ada ais sagat. Nama
glemer grass jelly. Nama kampong cincau sudah. Takyah nak grass-grass jelly.
Sebijik cincau rasa dia. But sedap! So refreshing.
Actually ada banyak
lagi yang lain. Korang tengok ni menu dia I tempek dekat sini. Semua nampak
macam biadap je. Ni naseb baik la bukan bulan puasa. Kalau I tengok ni time
panas-panas bulan puasa memang I terbalikkan jer meja I. Hahahahaha. Bongok.
Actually tadek la mahal sangat. Harga
mampu milik. Yang buat kenyang sebab ada gandum campak tu. Memandai je I bagi
nama gandum campak.
Si Sarah ni badan jer kecik, tapi makan kus
semangat. Dia makan slow-slow jer. Tau-tau dah habes. Dia jenis kalau makan buffet,
amek buah dulu. Pastu duduk, makan buah. Pastu bangun amek salad, makan salad
pulak lepas tu baru amek makanan berat. Slow and steady je Sarah makan. Kalau
I? Amek semua segala mala air 3 4 gelas, dessert, cake, nasik, mee. Lepas tu
makan sampai nak muntah lepas tu tak bangun-bangun dah. Dasar pemalas. Sama la
macam lembu dekat atas tadi. Hahaha.
Suka eh kau Ira dapat makan Mango Deluxe?
Kalau bab makan, I memang geng dengan bebudak berdua ni. Makan apa pon ONNN.
Mahal ke murah ke belakang cerita. Duit boleh cari konsep dia.
Kusyuk kemain kalau menatap makanan. Well.
Eh. Best pulak baca
information pasal Snowflake ni. Dorang punya philosophy ialah hanya menggunakan
bahan yang terbaik, fresh and natural ingredient untuk buat dessert dorang.
Dorang mencuba sehabis baik untuk mengekalkan keaslian dan kesegaran setiap
kali dessert dihidangkan. Semua dimasak handmade and ada diantara bahan-bahan
dimasak berjam lamanya (sometimes days) untuk mengekalkan kualiti dan memberi
kepuasan kepada pelanggan.
Bahan-bahan topping
macam grass jelly, soya bean milk, tou hua, taroballs (yang I cakap gandum campak
tadi tu. Haha) and segala macam topping semua handmade. Wow. I’m impressed!
Maksudnya dorang buat sendiri semua. No wonder rasa sedap sangat..
Location dorang yang
lain ada dekat SS15 Subang jaya, Pavilion KL, Kuchai Entrepreneurs Park, Paradigm
Mall, Cheras Leisuremall, Berjaya Time Square and Sunway Pyramid. Untuk info
lanjut macam nak tengok menu ke apa, klik sini untuk check out dorang punya
website.
Selamat Menjamu
Selera!
-eNd-
1 comment:
Tgok time sakit tekak rasa laju je telan air liur....alahai...mesti sedap ni
Post a Comment