Wednesday, April 1, 2015

Ultraman at Genting - Part I

Assalamualaikum..

Kitorang punya ad-hoc plan untuk bawak Shein tengok Ultrman Live at Genting akhirnya sukses! Woo hoo resonok giler. Eh. Seronok giler! Kekadang I rasa I pulak macam terlebih excited dari Shein sendiri je. Tapi I tak kisah pon sebab I pon kenal Ultraman jugak. Bukan Shein sorang. Lagipon ni pengorbanan I sebagai individu yang selalu di firekan dek Sheindong ni ha. Hahaha. Beli ticket pon last minute giler. Kata Sazli suruh carik ticket yang betul-betul dekat rail depan pentas tapi dah kalau nak pergi esok, harini baru beli tiket acane nak dapat? Yang offer dekat Groupon tu pulak tadek VIP Tiket so I beli online guna Genting Website. Tu pon naseb baik la ada *phewww.

Sebetulnya yang plan nak tengok Ultraman dekat office ni Sarah dengan Ira. Tapi I yang dapat pegi. Nenenene. Sarah dah tak sempat sebab dia ada wedding weekend tu and I dengar citer, show weekend full house! Kitorang amek show pukul 4.00pm, so gerak dari KL around 2.00pm kot? Tak sampai Tol Gombak, I dengan Shein dah gone. Sedar-sedar je dah nak masuk parking First World Hotel tu. I lega la sebab Shein dah tido dalam kereta so dia bangun fresh la. Tadek la huru-hara sangat nanti.

Kitorang check-in dulu. Dekat First World Hotel ni ada self-service check-in. Dia ada kiosk. Tapi konsep dia, apa yang dia bagi bilik, kiter amek je. Sebab nak cepat kitorang redha jer la. Dapat la bilik katil single 2. Lepas tu bukak tingkap, view belah sana ialah bilik orang. Pon boleh. Aircond tadak sebab maybe dah sejuk kat Genting ni. Takyah nak aircond sangat. Ada kipas je. Electric Kettle tadek, toilet tempat mandi and tempat berak asing. Tv tadek remote. Konsep dia I rasa memang bilik untuk tido je. Jangan nak banyak komplen lagipon bili RM170/net je harga. Murah.

Ni first time I tido dekat First World Hotel. Dulu masa I pergi, tido dekat Resort World. Yang tu baru ‘hotel’. Tapi takper la. Memang kalini datang sebab nak tengok Otomen je kan? Balik bilik untuk tido je so ok je la dengan bilik ni. Tapi kan? Kitorang punya heater kan? Kalau panas, panas macam nak melecur. Bila sejuk, sejuk macam ais. Tu Shein nak basuh berak kena guna paip biasa, kemut-kemut bontot dia sejuk. Keluar je toilet, terus hulur towel and suruh I lap lepas tu suruh peluk dia. Hahaha. Sazli je tabah mandi sesungguh walaupon air macam ais. I mandi depan je sebab sejuk. Blakang badan kering. Hahaha. Bongok!

Lepas masukkan barang dalam bilik, terus kitorang gerak ke tempat Show Ultraman dekat Genting Resort. Nak menuju ke sana lebih kurang dalam 10 minutes walk. Jauh jugak. Sampai-sampai dah ada ramai orang dalam hall tapi show tak start lagi. Shein masuk je hall terus chiyaaaaarkkkkkkkkkkkk!! Tumbuk angin and berguling atas lantai lawan resaksa. Hahaha. Omel sangat perangai.


Tapi bila keluar je Ultraman atas stage, bila Shein nampak terus muka dia jadik macam ni. Senyum langsung tak. Mata sayu jer. Ya Allah, sebak I tengok expression muka Shein. Sazli pon bergenang air mata. Shein macam terpaku tak tau nak react macam mana. Yerla, Otomen depan mata dia kan? Kaku je. Muka serious!


Mata dia lari ngekor je ikut mana Otomen dengan Rasaksan tu berlawan. Dia diam jer. Langsung takde gerak ok? Suruh duduk pon taknak. Punya happy terpaku sampai nak senyum pon tak boleh dah.


 Tengok la Shein. Langsung taknak dah gurau dengan I. Hahahahah. Omel sangat Shein. Dia macam lost ke apa entah. I agak dia terlalu terkejut kot?


Show dah start! Habes keluar segala mala adik beradik Ultraman. Ada Ultraman Mevius, Ultraman Tiga, Ultraman Zero and macam-macam jenis Ultraman. Show sekejap je. Dalam 1 jam setengah tapi macam worth it giler. Simple show tapi bebudak memang happy la. 

Masa Rasaksa Baik keluar and ada game baru la Shein macam normal balik. Start la dia gelak-gelak and korek-korek mata and mulut I. Baru nak berbual-bual. Hahaha. Time ni dia dah start hilang minat nak duduk diam. I agak dia memang minat nak tengok Ultraman jer kot? Time ni dorang ajak menari ikut rasaksa tu. I beria joget. Nampak sangat I sorang beria. Orang lain malu-malu kot? I tak kisah pon sebab bukan ada orang kenal pon. HAHAHAHAHA


Ultraman ni dia pakai suit getah. Big Size. Lagi tinggi dari Sazli. I rasa dalam 6 kaki kot? Biasa kan orang Jepun pendek? Tapi dorang semua tinggi-tinggi. 


 Yang Rasaksa ni besar giler. Taktau la berapa orang ada dalam ni. Besar-besar pon kalah jugak. Dorang pandai tackle Malaysian tau? Dorang cakap KL and JB la kena attack lepas tu guna visual yang ada KLCC, KL Tower kena fire dengan rasaksa semua. Good job!


Ada time, Ultraman dengan Rasaksa naik dekat tempat penonton and salam-salam dengan bebudak kecik dan bebudak besar. I cakap pada Sazli, ‘Papa, I nak peluk Ultraman!’ Excited nak mampos. Shein dah kaku dah. Mak dia lebih excited. Hahaha.


Habes show dorang bukak offer untuk sesapa yang nak amek gambar dengan Ultraman. RM35.00 siap print. Kitorang pon amek jugak la. Buat kenang-kenangan. (Ko tengok dalam gambar ni sapa yang beria?) Nanti bila Shein dah besar, I nak tunjukkan pada dia yang Mama and Abah bawak Shein naik Genting tengok Ultraman. Nak beli merchandise pon banyak yang dah habes. Yerla, show dah sebulan lebih, kurang 3 hari baru nak datang so apa yang ada jer la kan?


Masa turun escalator, I dengar ada orang panggil Suraya! Rupa-rupanya Aisyah. Blog reader. Dia pon datang bawak anak-anak dia tapi tengok show pukul 8.00pm, dia datang tadi sebab nak collect ticket. Kata dia, kenapa Shein ok je ni? Baik je duduk dalam stroller? Yerlaaaaa member tengah tak habes terkejut lagi tengok Otomen depan mata. Hahahahaha. Tu Ultraman Zero kecik tu dia memang tak lepas langsung. Sayang sangat.

Overall I sangat happy dan puas hati. Paling best Sazli kata next time kalau taktau nak pergi mana, boleh je datang Genting barang sehari semalam. Dekat sini best, sejuk! Nak datang sini pon dekat. I memujuk dia nak datang Genting ni ada la 7 tahun. Dia memang taknak sungguh. Kata dia gayat sebab tinggi. Tapi ni bila dah pergi, ok je. Tunggu la tahun 2016 kiter datang balik bila Outdoor Themepark dah siap. Now dorang tengah buat major renovation.

Tenkiu Papa for this trip! Tenkiu sebab buat I dengan Shein happy…. Lain kali kalau ada apapa kiter datang bawak Shein lagi ok? Kepada Shein, Nak Uweeeetttttttttttttttttttt!


-eNd-

2 comments:

aisha said...

yehaaa..nape bilik u mahal sgt?
i nye bilik tajuk dia XYZ sbb dapat 1 katil queen and 1 katil single.. and tv baru, ada remote, ngadap gunung, tapi air kalu sejuk, memang beku, kalu panas mmg melecur.. so 16 kali adjust baru dapat suhu air yg betul, pastu tak tutup air sampai suma orang dah abis mandi.. bilik XYZ ni rega dia 90 ringgit je..

so, esok nya kena pow apa lagi dek shein?

Nur Mujahidah said...

Kak su, Japanese dkt ofis ida ni semua Nye tinggi2 kak.

hanya sorang dua je pendek. ada plak yang hensem. eh. hahaha...

so, kesimpulannya, Japanese ni dah ada teknologi untuk tinggikan diri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...