Wednesday, April 1, 2015

Ultraman at Genting - Part II

Assalamualaikum..

Ok, Part II dah. I buat sampai Part III jer. Kemain pergi sehari semalam sampai nak Part ke 800. Hahahaha. Kasik chance please? Kata dah dekat 10 tahun tak pergi Genting Highland? So memang jakun.com sikit la.

Kat sini I tengok ramai giler Chinese and I rasa dorang ialah Chinese yang datang dari China and Singapore. Bukan local. Kata Sazli, ‘Ni ramai Chinese yang nampak macam miskin tapi beli jam Rolex 20,000 pound macam Chinese yang kiter pergi Europe trip dulu. Beli jam sampai 20,000 pound ok? Bukan RM.’ Palotak punya kaya. Lepas tu Chinese kekaya bawak Lambo and Ferrrari biasanya tuwe-tuwe jalan pon tak berapa nak larat, rambut tak berapa nak ada tapi aweks pulak muda remaja baya-baya I (Walaupon).  

Dorang pergi gambling dekat Casino. I can say 90% kot Chinese? Yang lain ialah bangsa-bangsa lain macam Indian and Pak-pak Arab. Melayu ada la 2 3 kerat. Yerla, nak ramai-ramai Melayu dekat sini buat apa? Takkan nak main judi kot? Kan haram? Lagipon Outdoor Themepark under renovation. So lagilah kurang Melayu. Tapi jangan risau, nak carik makan dekat sini tak susah. Segala mala tok nenek restaurant ada and semestinya HALAL. Dari Japanese, Fast Food, Chinese, Pack-Food and Mamak pon ada. Cuma harga mahal la. Air mineral pon RM5.50 sebotol.

Kat sini kedai baju untuk shopping macam Seed, Poney, FOS, BUM semua pon ada. Ala-ala mini shopping mall. Reflexology center ada. Guardian, Watson segala mala bank, toilet merata, surau and tempat beli souvenir bersepah. Convenience sangat. Pendek kata, I boleh ‘hidup’ dekat sini. Yang lemas Sazli la. Sebab dia kata, dia rasa macam tak boleh nak bernafas duduk dalam building je. Dia nak open air. Tak payah nak open air sangat la sebab sejuk kot kat sini.

Dekat First World hotel I perasan ada 1 café 24 hours dekat luar and also Marry Brown pon bukak 24 hours. So jangan risau kalau korang jenis lapar tetengah malam. Sini ada tempat makan. InsyaAllah takkan ada masalah kebuluran. Hahahaha.

So balik dari tengok Ultraman Show, kekonon kitorang nak lepak makan lepas tu bawak Shein main puas-puas and later baru balik bilik tapi sekian dimaklumkan, Shein telah menumpahkan segelas chocolate ice atas seluar jeans beliau. Dah hensem-hensem tak pepasal balik bilik dekat hotel pakai pampers je. So kitorang take away makanan yang kitorang makan tadi and makan dekat bilik. Lepas maghrib baru keluar balik.

Kitorang makan dekat Japanese Restaurant menda ntah nama dia. Tak sedap langsung! Dah la mahal. Disini menyesal. Sebab rasa bersalah Shein tumpahkan air, so I cakap pasa Sazli, I belanja. Cecece. Bila tengok bill mahal, Sazli offer nak bayar half lepas tu I cakap ‘Sokay Papa. I belanja’. Bunyik riak ada sikit padahal sekali tu je kot yang I belanja selama jalan kat mana-mana. HAHAHAHAHA.


Sakae Carpaccio. RM20.00
Masa dia sampai ni sedap lagi sebenarnya, tapi kitorang take away. And Salmon ni dah berendam dalam sos masam tu, so dia dah masak. Not nice. Tapi dalam not nice, setel jugak. Haha.


Kitorang order sorang satu Tori Teri Den ni. RM20.00/bowl. Tak sedap! Dekat Sushi Zanmai jugak yang sedap. Kata Sazli, Sushi Zamani. Pepandai je ubah nama. Lepas tu kitorang order Soft Shell Crab Temaki dengan Spicy Sake Temaki. Total bill RM 121.94. TAK SEDAP LA WEI!


Sebelum kejadian Shein tumpahkan air. Sebok nak berlawan dengan otomen, sebok nak minum, sebok nak makan. Sekian Terima Kasih. Lepas ni kena bebetul alert dengan air. Biasa I bawak bekal seluar, haritu entah kenapa tak bawak.

So dah siap maghrib semua, Shein pon dah tukar pampers and tukar baju lagi tebal kitorang keluar balik. Kata Sazli jom la kiter hirup fresh air. Terus menuju ke tempat  Ultraman Show tadi. Jalan 10 minute tak penat pon sebab sejuk. Kat sini macam antara 2 darjat tau? Resort world macam untuk ongkaya, and First World untuk golongan marhaen macam kitorang. Haha.


Are you ready boss? Shein dekat sini sampai la penyakit pemalas nak jalan. Nak naik stroller jer. Naseb baik ada stroller payung omel ni. Banyak jasa pada Shein.


Seeeeejuk giler dekat luar ni! I memang tak tahan sejuk. Sekejap je duduk luar, lepas tu masuk dalam. Shein dengan Sazli main kejar-kejar. Kawan baik 2 orang tu.

Lepas tu kitorang bawak Shein main game kat dalam ni. Shein main macamkan pandai sangat tekan-tekan. Main kereta la, main motor la, main tembak-tembak kacau Sazli la. Kemuncak, dia nak masuk dalam rail yang tempat main basketball tu. Bila tak bagi, dia baring atas jalan and buat show. Udah…  Jom la balik bilik. Lagipon dah dekat 10.30pm. Dekat sini 10.30pm pon orang ramai je lagi. Dorang tak tido ke apa? 


Macamkan pandai


Shein siap tukar gear ok? Mana dia belajar entah. Hahaha.


Kacau Abah dia pulak.


Tak terkawal Shein masa ni. I pon taknak kalah. Semua nak main. Sazli yang jaga Shein. Hahahaha.

Kata Sazli jom la kiter coffee sekejap. Skali masa otw nak pergi Coffee Shop, Shein dah selamat tido. So tak jadik, terus la balik bilik. Pakai baju tebal, tutup kipas and tutup tingkap tapi still sejuk. Lepas siap Isyak, Sazli keluar balik nak isap rokok. I dah selamat dengan Shein. Tak sedar pon pukul berapa dia masuk bilik balik. Best la bila ada Shein. Sekarang I tak kisah dah kalau tinggal berdua dengan Shein dalam hotel kalau Sazli nak keluar sorang-sorang. Dulu siang-siang pon I takot.

So selesai untuk harini. Esok kitorang plan nak breakfast, lepas tu balik bilik mandi and check out and sambung la main dekat Snow World or apapa yang menarik untuk Shein try. (Sesambil Mama tumpang sekaki).

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...