Thursday, May 28, 2015

Birthday Party Ayeisha and Suffiah at Fikcles

Assalamualaikum..

Ahad lepas Huda invite kitorang anak beranak pergi Birthday party anak dara dia yang dua orang tu, Ayeisha and Suffiah dekat Fikcles. Senang ada restoran, buat kat kedai sendiri jer. Kata Huda party start at 3.00pm. Pukul 2.00pm kitorang dah gerak dari Ampang. I kata pada Saz, ‘Sampai je sana nanti sedang elok tinggal makan jer’. Hahaha. Busuk sangat perangai, I know. Pagi tu kan kitorang makan kat Kubur Ampang tu, I cakap pada Saz nak makan Ciken Cop, tetiba tauke tu lambat bukak. By 9.30am kot baru dorang nak set up. Kitorang dah lama dekat situ dengan unlimited meja kalau lama-lama sangat macam tak fair dekat orang lain. So makan je la Mee Bandung. Sedap jugak. Letak sambal kicap. Perrgh perghh perrghhhh. Menyirap je Sazli tengok I makan Mee Bandung siap Milo Dinasor. Member now tengah diet, air pon teh o jer. Kah kah kah.

Sampai Fikcles sekali orang baru nak start pasang candy booth. I dah ketar kepala lutut kelaparan. Ada dalam 30-40 minutes kot I berdiri paling dekat dekat meja makanan dengan semangat berkobar-kobar. Lepas birthday girl sampai, Pengerusi Si Dino bagi ucapan lepas tu kata dia jemput Ustaz baca doa. I dengar Dino kata, ‘Ustaz ni kalau doa lama’, I sikit lagi nak menitis air mata sebab dah lapar sangat. Haha. Shein dengan Sazli masa ni, sikit I tak peduli. I berdiri tak gerak-gerak dekat tepi counter bebetul sebelah bubur jagung dengan fruit salad.


Cake for Ayeisha


Cake for Suffiah. Dedua tak sempat nak makan, sebab by the time Abang Taufik bagi kek, Shein dah tukar uniform. Takot nanti belemuih balik. 


Banner ni Candy Buffet team yang buat


Bila boleh makan? Haha.


Princess!


Candy Buffet.


The crowd.


Goody Bags

Lepas tu Dino kata, ‘Ok children can queue up for foods’. Huwaaaaaaaaaaa dah yang tua kalau lapar kena tunggu ke acane ni? I bengkak je tengok. Dah la barisan panjang. Takper la, makan buah dulu. Sunnah Nabi kan? Dan dan la time ni nak sunnah Nabi segala. Padahal hati dah bengkak tengok ada budak tu amek chicken drummet sampai 4. I peratikan jer. Dah la bebudak ni jenis tak boleh decide nak ayam ke nak fish fillet. Geram jer.  Kalau sampai turn I habes, memang I nanges dekat situ jugak. Haha.

Tak tahan nak tunggu bebudak kecik tu amek makanan, dah la semua terkemut-kemut, I masuk queue jugak. Tetiba I sorang jer orang besar. Haha. Lepas tu I amek pinggan and cakap, ‘I take for my baby. See over there with his dad’. Beria explen dekat Abang yang tukang ambikkan makanan tu sebab I sorang je orang besar time tu. HAHAHAHAHAH. Lepas amek 1 pinggan Aglio olio and 1 pinggan Bolognese, I letak pada Sazli and Shein. Bangun lagi ambik chicken drummet (sebab takot habes) dengan pita bread + salted egg squid. Lepas tu duduk tak pandang kiri kanan dah. Kata Sazli, ‘Takper, Bubu makan dulu, Papa kawan dengan Shein’, terus zaaaapppp makan habes 3 pinggan semua sekali. Puas hati aku. Tak pandang kiri kanan dah. Rish datang pon I ‘hi’ sekejap lepas tu sambung makan. Sungguh tak kisahkan orang dah. I sangat lapar. Hahahah.

Dah siap makan, baruuuuuuuuuuuu la lega. Tengok I senyum balik, Sazli urut dada. Haha. Dia tau I kalau lapar memang boleh mood kelaut, then baru la I melayan Shein main masak-masak campur kek dengan spaghetti la apa la macam rumah dia. Tu yang dia susun pinggan dalam makanan RIsh tu. Dalam pukul 5.00pm kitorang gerak balik. Tak boleh tunggu lama sebab Shein dah rimas serba tak kena. Sana nak lari, sini nak lari. Dia buat macam Playground. Baik balik sebelum memasing tarzan. Hahaha. Nak borak dengan Kakyus pon tak sempat sangat. Huda pon bizi layan tetamu.


Kata Kak Yus, 'Jom Su, ambik gambar sebelum Kak Yus makan', ketar-ketar I suap makanan time ni. Haha.


Lovely Huda and Kak Yus


Shein, can you stay for a second?


Raisa pon pelik tengok Abang Shein dia huru-hara sangat. Haha.


'Raisa, awak taknak masuk dalam blog Chooyaya ke?' Kata Rish pada Raisa.


Macam janji je kitorang pakai kuning harini. Terus team Maskot Digi. Rish pakai kuning lawa la, I pakai terus lebam.


Budak Raisa ni baik giler... Diam jer. Suap apa pon makan. Bagi kordial sikit nak mintak banyak-banyak lagi. Dia ingat dia 2 tahun? baru 7 bulan kot? Haha.

Anyway, thank Huda for having us. Sedap semua makanan. Dah nama pon Fikcles, kalau tak sedap memang carik pasal la kan? Nanti birthday Shein nanti, nak mintak Fikcles buatkan macam ni jugak la. Simple jer. Ajak kawan-kawan party tepi kolam. Lepas makan boleh terus terjun sejukkan badan. Gitu. Tapi berangan jer la. Bila time birthday celebrate anak-beranak jer. Semua ni cost! Kalau nak buat birthday Shein, tunggu dia pandai appreciate duit, appreciate things baru boleh buat. Kang party dah grand segala, time nak potong cake pon dia guling atas lantai tak ok jugak. Kan?


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...